24 January 2011

wahai adik, bergembiralah kamu di syurga



Kejam! Tak berperikemanusiaan! Zalim! Tak bertanggungjawab! Apa perasaan korang bila lihat, dengar, baca kes-kes buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang? Marah ke? Sedih ke? Atau sekadar duduk dan menggeleng kepala tanpa ada apa-apa usaha nak betulkan keadaan? Sekarang ini kita sering dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang aku sifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Gejala buang bayi ni adalah berpunca daripada si pelaku (kalau ikutkan hati nak tulis si binatang je) yang tidak menginginkan bayi tersebut akibat daripada keterlanjuran mereka dalam melakukan hubungan luar nikah dan kehadiran bayi tersebut hanya akan mengundang kejian dan tohmahan daripada masyarakat yang membuatkan si pelaku merasa tertekan dan mengambil jalan singkat dengan membuang bayi mereka tanpa perasaan simpati. 


Bayangkan la, tubuh kecil si comel yang masih belum mengerti apa-apa dan mengharapkan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan bapa, terkulai layu tanpa nafas, dijumpai dalam tong sampah, dalam mangkuk tandas, dalam longkang, dalam semak, dalam tempat pembuangan najis, dicampak tanpa simpati, apa perasaan korang?

 




Sesekali aku tertanya-tanya apakah pelaku tidak mempunyai sebarang perasaan semasa membuang bayi mereka. Tidakkah mereka merasa berdosa melakukan perbuatan sedemikian? Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia menyatakan di mana sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. Namun adakah tempoh masa selama 20 tahun itu sudah cukup untuk menginsafkan pelaku dan juga orang ramai? Daripada sudut pemikiran sendiri, aku rasa tempoh masa ini masih belum mencukupi kerana masih ada lagi kes-kes yang sama dilaporkan berulang lagi hari ini. Ini jelas membuktikan bahawa si pelaku masih tidak takut akan undang-undang dan terus melakukan jenayah terkutuk ini.


Pihak berkuasa haruslah mengkaji semula hukuman yang diperuntukkan kepada mereka yang membuang bayi ini. Sebagai contoh, hukuman berat seperti gantung dan sebat haruslah dilaksanakan sebagai usaha untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa dan terus menjadi duri dalam daging kepada semua pihak termasuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Apabila terlaksananya hukuman gantung kepada mereka yang membuang bayi, pasti ramai yang takut dan akan berfikir dua kali untuk melakukan jenayah ini. 




Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu





Gejala pembuangan bayi sudah menjadi semakin serius di Malaysia ini. Di manakah letaknya tanggungjawab kita sebagai umat manusia? mengapakah masih ada segelintir manusia yang begitu rakus dengan nafsu dunia sehingga saanggup bertindak sebegitu rupa. Hukuman yang berat dan menyakitkan mungkin bakal menjadi guru kepada tindakan mereka, seterusnya membendung gejala membuang bayi di Malaysia.


Entri ini adalah sebagai menyokong kempen APAKAH DOSAKU yang sedang giat dijalankan di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

note::apakah dosa anak-anak kecil itu?


6 comments:

Zeanne said...

kejam..tau buat tak tau nak bertanggungjawab..bila dah kena,senang2 je buang..orang yang takda anak terseksa,dia boleh lak buat macam ni..hai manusia sekarang..harap2 dijauhkan ~

missoreoo said...

sumpah!!mmg xley tgok baby2 yg dalam keadaan cmniyh...xtaw laa nk ckp pew...tp mmg cdeyh sgt tgok baby2 tue...

bermulalah ceritera hikayat hang nazheef said...

orang zaman sekarang memang ta bertamadun .. dah rety buat tanggung la sendiri .. nyawa seseorang ue bukan kita yang berhak nak atur .. ape salah kalau diberi dekat orang yang ta de anak atau beri kat jabatan yang bertanggungjawab .. mereka berhak untuk hidup juga ..

amaraizat said...

anne::ye. saya setuju dengan anda

amaraizat said...

missoreoo::yes. agree wif u

amaraizat said...

nazheef::betul tu. sokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...