28 July 2011

entri pra-Ramadan bulan keberkatan

Time guwa tulis entri ni 26 Syaaban dah, maksudnya lebih kurang 5 hari begitu saja lagi untuk masuk ke Bulan Ramadhan. Mungkin kalau ditanya apa persiapan hari raya panjang lebar orang boleh jawab, tapi persiapan bulan puasa ramadhan ni macam mana pulak?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan, malah perlu kita lakukan sebelum menjelang Ramadhan ialah;
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Sebenarnya banyak lagi yang guwa nak terangkan tapi kerana bizi guwa nak bagi korang petua macam mana nak hadapi bulan Ramadhan nanti. Ok, jom klik sini Petua Menghadapi Hari Berpuasa.

p/s: Selamat Berpuasa!

17 July 2011

selamat bergelar mahasiswa, rakan-rakan!



Pertama sekali, guwa dengan rasa hepi dan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan guwa baik yang berada di melaka atau di serata dunia yang berjaya menyambung pengajian ke universiti. 


Guwa berharap korang akan menggunakan peluang berharga untuk belajar di universiti ini dengan sebaik mungkin dan tidak menghampakan harapan ibu, harapan bapa dan harapan kawan korang yang baik ni. kehkeh


Selain itu, guwa juga nak korang menimba seberapa banyak ilmu semasa berada kat tempat korang belajar dengan sebaik mungkin. Ilmu dan pengalaman yang korang dapat nanti, mesti digunakan untuk manfaat kepada negara. Tak kiralah korang amik kejuruteraan ke, ukur bahan ke, perancangan bandar wilayah ke, cikgu bahasa inggeris ke, doktor bedah haiwan ke dan bisnes sekalipon. Takde guna jugak ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh kita kalau tak diguna ke arah yang betul. ingat tu.


Akhirnya, guwa berdoa korang (termasuk guwa jugak) akan terus cemerlang dalam kehidupan ditempat baru masing-masing. 


Selamat bergelar mahasiswa.


p/s: guwa tujukan entri ini khas untuk rakan sekelas guwa time diploma dulu yang berada dan yang bakal berada di


 UTHM, Batu Pahat
- wan
- zamri
- chip
- syahir
- salman
- akil
- dila
- ramisah
- farhana
- syukri
- azlan kk
- echard
- nuar
- jijah
- suhana
- zunah

UiTM, Shah Alam
- foe
- nazmi
- nadia
- asmak
- suzie

UTM, Semarak dan Skudai
- kak kiah
- ain

UTP, Tronoh
- lam'ah

Unimap, Perlis
- intan mastura

UUM, Sintok
- alini


p/s/s: tak semestinya dah ada degree tu dah berjaya ye kawan-kawan. dan tak semestinya tak buat degree tu gagal. sebab guwa sendiri bekerja dengan majikan yang ada sijil spm je. sekarang kalau nak dibandingkan gaji dia  rm 2000 SEHARI berbanding gaji seorang jurutera berdegree iaitu rm2000 SEBULAN. rezeki masing-masing ye kawan-kawan. yang tak dapat sambung belajar tu mungkin Tuhan dah tentukan yang jauh lebih baik untuk kita. ingat tu.

11 July 2011

silap guwa pegi lunch sensorang

Tadi guwa pegi lunch sensorang. Selalu kalau guwa keje kat opis, guwa akan cuba balik rumah untuk makan. Tapi hari ni perut guwa sangat mengada-ngada. Dia nak makan kat kedai belakang opis guwa. Mungkin perut guwa bosan, asyik makan di tempat yang sama, makanan yang sama. Hari ni nak cuba masakan lain pulak.

(Perangai perut ini juga antara sebab guwa bergaduh dengan Lisa Surihani masa kolej dulu. Masa tu, hari-hari Lisa Surihani bawakan guwa bekal nasi goreng sotong. Tapi itu cerita lama. Guwa malas nak ungkit. Dia dah ada Yusri kan.)

Setelah sampai di tempat makan, guwa order. Kemudian guwa cari tempat duduk yang sesuai. Makan sorang-sorang ni, tempat duduk memainkan peranan penting juga supaya korang tak kelihatan seperti seorang forever-alone. Macam liverpool cakap, u never walk alone.


Nak dijadikan cerita,

semasa guwa sedang makan, guwa perasan ada seorang awek kat kaunter kedai makan ni cuma berdiri di satu sudut meja dan melihat sekeliling. Pertama kali guwa jumpa awek kaunter kedai yang tugasnya cuma memerhati orang sedang makan. Best job in the world, ye tak?

Walaupun guwa muka legend, tapi perlu diingatkan di sini bahawa muka legend itu sendiri tak suka orang tengok dia sedang makan. Sebab guwa ada perasaan tersipu-sipu malu. Kang tak memasal guwa tercekik straw pulak. Awek kaunter tak berenti memandang guwa lagi.

Bagi mengelakkan guwa mengamuk hanya kerana rasa tidak selesa, guwa makan cepat-cepat, kemudian segera ke sinki untuk membasuh tangan. Guwa tak rela di dipandang lama-lama begini. Tak rela taw. Guwa rasa awek tu mesti nak usha guwa.


[ , ]


Selesai basuh tangan, guwa terus pegi kat kaunter. Tenung awek tu lama-lama. Macam mana dia tenung guwa tadi, macam tu guwa tenung dia balik. Dengan harapan awek tu akan jatuh hati kat guwa. Guwa pon mintak dia kira. 

"Semuanya RM6.80, bang."

Guwa dengan konpiden nye mengeluarkan duit. 

Alamak! Macam mana guwa boleh tak perasan yang guwa ade sekeping RM5 kat dompet ni. Aduh!

Guwa tak tau nak tamatkan cite ni macam mana. Sebab guwa punye malu sampai sekarang tak ilang-ilang lagi. Taubat nak pegi kedai tu lagi

lagendaAMARAIZAT::lepas ni kalau pegi makan, biar la berdua, bertiga atau beramai-ramai. kalau korang tak bawak duit, boleh jugak korang pinjam kat geng korang tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...