29 October 2011

Negori Sembilan - Tranung

post ringkas


malam ni ada dua kemungkinan je. samaada ini, 




ataupun ini






ataupun ini






guwa harap kemungkinan ketiga tu tak menjadi realiti la. kang terbakar stadium, TV3 nak buat konsert jomheboh kat mana pulak?


p/s: hoben jang hoben

28 October 2011

kenapa umat Islam sembah Ka'abah






kenapa umat Islam sembah Ka'abah?


kenapa umat Islam sembah Ka'abah?


kenapa umat Islam sembah Ka'abah?


kenapa umat Islam sembah Ka'abah?


kenapa umat Islam sembah Ka'abah?





p/s: kenapa umat Islam sembah Ka'abah?

27 October 2011

dunia ini bukan kecil, tapi ia tak besar

suatu hari,


boss berkata kepada secretary : kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

secretary menelefon suaminya : untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti.

suami menelefon buah hatinya : isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama.

buah hati menelefon murid tuisyennya : saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen.

murid tuisyen tersebut menelefon atuknya : atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. mari kita habiskan masa bersama

atuk (boss) menelefon secretary : minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. batalkan outstation tuh.

secretary menelefon suaminya : minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu.

suami menelefon buah hatinya : kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

buah hati menelefon murid tuisyennya : minggu ni kelas tuisyen macam biase.

murid tuisyen menelefon atuknya : atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. sori, saya tak boleh temankan atuk.

atuk menelefon secretary : jangan risau, minggu ni kita outstation. jadi uruskan semuanya..

seterusnya, lu orang sambung la sendiri.


pening tak nak baca ? kah kah kah





ikan di laut, asam di darat,
dalam periuk, ketemu jua.

dialog di atas sebenarnya adalah selingan sahaja. mesej yang ingin disampaikan adalah semua kat dunia ni berkaitrapat. dunia ni bukanlah kecil cuma ia tak besar. pi mai pi mai tang tu jugak. 


kerana itu asam yang berlainan bangsa dengan ikan kembung akhirnya bertemu di dalam ‘bahtera’ kuali sedangkan ikan kembung tidak pernah pun tahu akan kewujudan asam di darat, tetapi mereka disatukan.



p/s: dunia ini bukanlah kecil, tapi ia tak besar.

26 October 2011

"aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "


"Aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "

kenapa perlu tengok ciri-ciri ekstrinsik (luaran) dulu.

sememangnya sifat semulajadi manusia melihat kecantikan luaran apabila menilai sesuatu secara kasar. sebagai seorang lelaki, sememangnya kita suka melihat perempuan yang putih kerana mind-set ni macam dah di ajar dari kecil. bila putih = cantik. 

sama la macam handphone, semestinya kita berkenan dengan design yang lawa, slim, color hitam berkilat, skrin terang dan lain lain. tetapi apa yang sebenarnya mempengaruhi kita untuk buat keputusan membeli handphone tu ialah feature yang ada pada handphone tersebut. buat apa rupa jer lawa tapi memori kecik, slow, menu tak user friendly, volume tak kuat dan macam macam lagi la.

guwa highlight kan suka melihat perempuan cantik kerana suka tak bermakna jatuh hati atau cinta. memang sifat lelaki yang suka 'flirt' atau dalam bahasa pasarnya 'meng-usha'. nak usha kena la yang cun-cun, kalau usha yang kurang sikit memang kena ejek dengan member la. itu guwa tahu, lu orang pon tahu. sape cakap tak tau, guwa tepuk dahi dia guna pembaris besi.


tapi bila masuk bab cinta atau soal memilih calon isteri, aspek lain turut diambil kira. baik dari segi pergaulan, percakapan, body-language, mental dan emosi, semua tu dipakejkan menjadi seorang wanita yang sempurna pada pandangannya. rupa jer putih, lawa tapi cakap kasar, takde siapa nak.


ada seorang perempuan kat tempat guwa belajar dulu. guwa taknak mention la kat mana. dia ni comel, kecik molek, senyum manis, rambut lurus, popular. ramai lelaki suka dia, tapi malangnya tak ada yang cinta, selang 4 bulan, dia konpem akan ditinggalkan. kemudian dapat pakwe baru, pun kena tinggal jugak. semua lelaki yang pernah couple dengan dia memang dah ada awek lain. dia hanya jadi barang melepaskan nafsu. kesian, cantik. dapat layanan lelaki tapi tak dapat merasa cinta sebenar, tak dihargai.


dunia hari ini terang terang memberitahu perempuan yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkulit gelap ni tak akan 'diusha' oleh kaum lelaki adalah dunia yang tidak adil. secara tidak langsung  rasa wujud diskriminasi terhadap golongan perempuan berwajah gelap ni. jadi tekanan wujud apabila mereka tau yang mereka tak diusha oleh kaum lelaki. relax, tenang, tak diusha tak bermakna tak akan dicintai seumur hidup.


serius, guwa pernah jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. tahu tahu je sekarang ni dia dah bertunang. dah nak kawin dah pon. siapa cakap orang berkulit gelap susah nak dapat pasangan hidup ha?


tanamkan rasa suka dan syukur terhadap diri kita walaupun kita sehitam mana pon. kalau kita sendiri tak suka dengan rupa kita, macamana orang lain nak suka dengan kita? 



p/s: guwa tulis entri ini sebab guwa sendiri pon berkulit gelap. dan guwa takde masalah sebab Allah mencipta sesuatu pasti punya 'ibrah.

kita merancang, Dia tentukan




Tak semua yang kita impikan itu akan jadi kenyataan
Tak semua yang kita miliki akan kekal selamanya.

Janganlah bermegah dengan apa yang kita ada
Kerana apa yang kita ada tu bukan hak milik kita selamanya.

Janganlah menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang kita ada
Kerana tak semua manusia hidup bahagia

Apa yang kita miliki hanyalah sementara
Semua adalah pinjaman semata-mata
Dan semua itu boleh hilang sekelip mata.

Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalunya cerah.

Jangan menyesal dengan apa yang terjadi
Kerana apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada
Redha lah akan ketentuanNya..

Ingatlah!
Kita hanya merancang...
Dia yang menentukan segalanya...


p/s: =_="

25 October 2011

akhirnya

terima kasih kerana memahami


minta maaf sebab saya buat awak, awak dan awak begini.


sebab saya taknak menghancurkan hati awak bila hubungan kita dah terlalu jauh.


sebab, saya tak nak berdepan dengan komitmen.


terima kasih kerana pernah meminati saya.


dan akhirnya kini awak membenci saya.


itu yang saya mahukan.




amaraizat, 25 oct 2011

24 October 2011

ya. guwa anak melaka sejati. problem?


ramai yang dok mengadu terutamanya orang yang tak berapa nak kenal dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. derang dok komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? betul ker sampai begitu sekali?

sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. laser dan suka berterus terang. tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. cakap pun main lepas sahaja, tapi takde pun yang simpan dalam hati. habis kat situ jugak. orang Melaka ni diakui jenis yang cepat mesra. 

macam guwa katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. ada gak orang Melaka celup yang tak terpengaruh pun untuk kasau bila bercakap. ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit. 

setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. guwa merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. tiada yang diubahnya. selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

bagi guwa bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka. cuma bila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

apa pun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. ye tak?

p/s: orang melaka ni lemah lembut orang nya..

21 October 2011

kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Masjidil Aqsa yang sebenar, tp ramai juga yang tersilap.

Inilah gambar Masjidil Aqsa yang sebenar


Ini adalah Masjid Umar atau Kubbah As Sakhrah (Dome of the Rock)

ramai yang tersalah anggap masjid ini sebagai Masjidil Aqsa. sebenarnya ini adalah strategi yahudi laknatullah untuk mengaburi mata umat Islam kerana mereka akan memusnahkan Masjidil Aqsa yang sebenar tidak lama lagi. bagi mereka yang tidak tahu, akan menganggap Masjid Al-Aqsa masih kekal dan tidak dimusnahkan oleh yahudi laknatullah.


melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. kalau diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. kini ia berada di dalam kawasan jajahan yahudi laknatullah. dalam keadaan yang demikian, pihak yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam .


agenda Israel adalah untuk menghapuskan Masjidil Aqsa.

berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka. terjemahan surat Dr. Marwan:

"Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka." 
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai.




 Al Aqsa




 Al Sakhrah



jadi berhati-hatilah selepas ini. jangan lagi terkeliru dengan mana satu al-Aqsa, mana satu al-Sakhrah. usahlah anda merasa ini semua tidak penting. kerana sesungguhnya al-Aqsa bukanlah sebuah masjid biasa. ia adalah kiblat pertama bagi orang Islam. dan amat memalukan jika anda yang mengaku Islam tidak merasa terpanggil untuk memberitahu kepada orang lain pula. 

credit to: darulnuman.com

p/s: sebarkan lah untuk kebaikan bersama. Wallahua’lam…


La Tahzan! Inna Allaha ma'a na

petikan daripada : ceramah 'mencari sakinah' Dr MAZA , 1 Nov 2009




apabila kita asyik duduk termenung,
memikirkan nasib diri di sini
merenung jauh mereka di sana,
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...


ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya 
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya...


betapa ramai orang berada dalam rumah yang besar,
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita...


ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
tapi dia lebih sedap dan selesa makan...


kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalau orang tu ada rumah besar,
ada makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu


tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT
jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa,
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah


jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan 
yang mana jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...


apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...
tuan-tuan tengoklah dunia ini
kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia,
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya...


berapa banyak dalam kehidupan tuan-tuan mengalami keperitan hidup?
cuba ingat.
ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tak dapat keluar daripadanya
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik


ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini...


ketika kita kata "Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa pada perkataan itu
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya...


orang orang yang diberitahu kepada mereka,
"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun orang nak amik tindakan kepada hang"
"Nun orang nak amik tindakan kepada kau"
"Nun orang nak bertindak kepada kau"


kata Allah, iman dia tambah
bukan kita kata "Pasai apa la Allah benci aku? Apa dosa aku?
tidak! tidak!
kata Quran, iman mereka bertambah
mereka kata "Hasbunallah wa ni'mal wakil"
"Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik baik kami diserahkan urusan"


pengalaman sering mematangkan kita...
sapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
orang orang yang pernah hidup dan bertawakal,
dia akan mendengar tentang keajaiban bertawakal
bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi
"Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah"


kita sering lupa kita masih punya kehidupan diakhirat
apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas


Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
"Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia. Allah masukkan dia ke dalam Syurga. dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam Syurga. kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanyanya. Wahai Fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup? dia kata tak. aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
hanya kerana masuk sekelip mata didalam syurga, lupa cerita derita.


"Allah amik manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. segala yang nikmat Allah masukkan dia dicelup sahaja ke dalam neraka. lalu dikeluarkannya. lalu Allah bertanya, pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini? dia kata tak. aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.


masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar...


suatu hamba Allah yang patah kakinya, 
yang dia tidak pernah pun sebutpun nikmat kaki yang selalu dia pijak setiap hari
tetapi apabila satu hari dia sakit kaki
dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
dia tau besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita"
yang kita ada ni harapan kita tapi bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


bersyukurlah wahai diri ini
sebab itu sebahagian para sarjana menyebut,
"syukur kadang-kadang lebih tinggi makamnya daripada sabar"
ramai orang terpaksa sabar, tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila susah nak kata apa "sabaq je la, nak buat apa"
tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan tuan
syukur di atas nikmat...


"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada engkau wahai Tuhan. bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"


Subhanallah
insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu"


tuan tuan, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,
kita akan merasa, MasyaAllah hidup ini...
apa yang Allah kurnia kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya...


tapi kalau tuan tuan ingat daripada hari tuan tuan dilahirkan,
tempat tuan tuan dilahirkan,
rumah tuan tuan dilahirkan,
sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini
MasyaAllah!
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu


Pesanan Nabi buat umatnya
"ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia,
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar
ketika mereka berada di dalam gua
ketika dia berkata dengan sahabatnya
La Tahzan! Inna Allaha ma'a na
Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita"


p/s: untuk lebih penghayatan, tontonlah di sini, Dr. MAZA

19 October 2011

kita nak bagi tau awak something ni



1- erm, nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- mmmm... camne nak cakap? baca je la NO 8
3- nak tahu ek? ermm, baca NO 9
4- huh, daripada pening baik baca jap NO 15
5- camna ek nak cakap.. NO 17 je k
6- kita nak cakap skarang tapi lebih baik, baca NO 16
7- kita akan cakap, tp baca dulu NO 2
8- yang kita nak cakap neh simple je.. tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la berdebar debar cmtu.. cume baca jap NO 18
10- belom lg la.. baca NO 19 ye..
11- da penat ke? baca jap NO 13
12- sebenarnya kita nak cakap kalau... (ah baca no 3 la)
13- tinggal sikit ja lagi baca NO 20
14- argh, penat ni.. baca NO 1
15- adush, dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? baca NO 12
17- ades, nk ckp nih.. baca NO 7
18- kita tak tahu kalau awk paham.. tlg baca NO 10
19. baca NO 11 dgn tenang ye.. nanti awk akan tahu..
20- ok ok, sekarang kite ckp.. bce NO 14, tp slow2 je k.

kalau mereka tak suka, pergi mampus!


keh keh keh

tajuk kat atas mcm nak kena fire dengan otromen je kan? haha. gurau je kak, abang, pakcik, makcik, pakwe, makwe. sebab guwa nak lu orang bukak entri ni dan baca pasal apa yang guwa nak tulis hari ni.

act, tajuk kat atas tu takde kena mengena pon. entri hari ni guwa dapat dari blog fynn jamal. siapa dia? google la sendiri kalau nak tau. apa yang best dengan entri dia sampai guwa share ni ye? ok jom tengok


PUISI ANAK KECIL DI DALAM JAMBAN, fynn jamal

ini kisah tentang seorang perempuan
seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan
pejamkan mata dan bayangkan saja situasinya berada
di dalam suatu tempat kecil
terpuruk
yang kau namakan jamban

aku tidak tahu tentang kamu-kamu
aku tidak tahu apa cerita kamu
tapi ini cerita aku, maka dengarkan
ambil mata kamu dan paku

dengar cerita aku disuatu masa
ketika dahulu di suatu masa
mengangis sendiri di suatu masa
tentang diri sendiri di suatu masa

aku dibesarkan dimanja, disayang
aku dibesarkan dengan segala rasa
aku dibesarkan dengan penuh cinta
aku dibesarkan biasa saja

ayahbonda, kenapa bohong?
kenapa engkau hendak bohong?
dulu dikata akulah raja puteri jelita
sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku

tapi ayahbonda,
dunia tidak mahukan jiwa aku!

yang dihendakkan cuma
wajah dan rupa saja
wahai ayahbonda,
kenapa engkau bohong saya?

aku dibesarkan sebagai seorang gadis
yang gemuk, pendek, busuk, tak cerdik
aku dikatakan orang
"hey babi,
kenapa engkau sangat jelik?"

wahai ayahbonda, kenapa dibohong?
aku ini bukan di sini
tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi

aku patut disimpan di suatu tempat
di mana cuma ada ayah ibu
di mana mereka 'kan sayang aku
untuk siapa aku
untuk siapa aku

bila aku keluar, aku dikeji
bia aku di luar, aku dimaki
kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri

ayahbonda,
kenapa bohong saya?
ayahbonda,
kenapa tak cerita?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
depa tak suka saya
depa tak cinta saya

kenapa ayah?
kenapa bonda?
tak dikhabarkan tentang mereka-mereka
yang tak sukakan siapa saya
yang hendak dari dulu menjadi saya

mereka semua hendak saya
jadi cantik, badan jelita
tapi itu memang bukan saya
bukan saya
bukan saya

maka apakah aku harus pergi
duduk di rumah dan terus mati?
apakah aku tinggal di sini
tak akan pergi?
tak akan pergi?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
tapi jangan sedar dengarkan semua kata mereka

dunia memang kejam
dunia macam-macam
tapi janganlah engkau percaya kata mereka

biar kita begini saja;
buruk, gemuk,
besar, cantik.

biar saja diri kita;
cantik, molek,
hodoh, jelik.

siapa kita, itu kita
cinta saja jiwa kita
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa.

tak apa
tak suka
tak apa

ini sisa-sisa rasa
rasa jiwa yang luka



credit to: fynn jamal

p/s: hari ni takde idea untuk entri. harap lu orang terhibur dengan puisi fynn jamal ini

14 October 2011

ya, kami bakal bakal engineer. amin

dulu-dulu kalau cikgu tanya kat sekolah pasal cita-cita jawapan guwa ringkas je, penjual aiskrim. kenapa? sebab guwa suka sangat makan aiskrim time tu. sampaikan guwa berangan satu hari nanti guwa nak bukak bisnes aiskrim ni sampai kat planet marikh. celaka. apa punya cita cita la. yela, dulu guwa penah dengar yang penduduk bumi akan dipindahkan ke marikh tidak lama lagi. sampai sekarang guwa masih bertapak kat bumi yang hijau ni lagi.


ok, berbalik kepada cerita asal, guwa tak pernah pon mimpikan nak bergelumang dalam bidang kejuruteraan ni sebenarnya. sebab guwa sendiri tak paham apa yan engineer buat. iye la, masa tu belum baligh lagi. anu pon belum potong lagi bhai!


ya, dan sekarang baru guwa memahami apa sebenarnya tugas engineer ini. even belum tinggi mana pon guwa belajar pasal engineering ni, tapi guwa dah menggenggam segulung diploma dan InsyaAllah jika diizinkanNya, segenggam ijazah akan menyusul. jadi kalau lu orang tau, apa sebenarnya sumbangan engineer ini sebenarnya dalam hidup kita. boleh bayangkan tak? boleh tak?


cuba lu orang bayangkan kalau engineer takde kat dunia ini? kebanyakan daripada kita tak menyedari kepentingan engineer sebab derang kadang-kadang berfikir kejuruteraan ini adalah satu yang kompleks, engineer bina satu benda itu kerana untuk kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu sahaja. tetapi sesuatu yang kompleks dan bersifat peribadi itulah yang diperlukan semua orang. kerana engineer tetap manusia biasa. 


kat bawah ini adalah kartun humor yang menggambarkan jika tiada engineer di dunia ini. jom tengok




DUNIA TANPA JURUTERA KOMPUTER



DUNIA TANPA JURUTERA AERONAUTIK



DUNIA TANPA JURUTERA ELEKTRONIK



DUNIA TANPA JURUTERA AUTOMOTIF




DUNIA TANPA JURUTERA AWAM



DUNIA TANPA JURUTERA TELEKOMUNIKASI


DUNIA TANPA JURUTERA ELEKTRIK


ha, mcm mana? payah kan kalau engineer tak wujud kat dunia ni. so, hargailah engineer dan bakal bakal engineer yang ada disekeliling anda itu. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...ok, itu mengarut. bai




p/s: kalau takde civil enginner, takde nye klcc. keh keh keh


p/s/s: picture credit to "the world wihout engineer"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...