29 October 2010

hidup kena kreatif

tiba-tiba aku ingat kisah yang berlaku beberapa bulan yang lepas kat satu opis kerajaan ni


dah kali ke 18 ratus kali aku tgk jam.. rasa mcm tak afdhal kalau tak tengok jam.. dgn harapan kerani yg vavi dan bermuka menjengkilkan tu perasan yg aku ni kejar masa...

setelah separuh masa kedua.. akhirnya number aku dah berdekatan..

tetibe...

kaunter tutup.. lunch time..

pundekk!!..

aku ketuk kaunter dgn manja..

"Kak.. tinggal saya and mak cik ni je kot kat sini.. tak kan sy nak tunggu sampai pukul 2pm kot.."

kakak tu buat muka tak endah.. "dik dah lunch time.. tunggu lah nanti pukul 2.. lagipon ramai cuti raya lagi.. xde org nk ganti''

aku dah start membara.. raya dah berlalu lama kot.. dah seminggu tak silap aku time tu.. apa jadah x naik keje lagi??.. baik bg aku je keje ni.. "kak.. x mati pon kalau akak settlekan kami berdua dulu.."

kakak tu buat bodoh dan blah.. kevavian tahap maksimum!

aku dengan selamber mengatakan.. "tak pe lah kak.. (aku benti jap bace tag kat cermin kaunter).. hhmmm.. Kak Rogayah binti Ali (bukan nama sebenar), En. Sipolan bin Sipolan tu saya kenal sgt lah kak.. nanti sy akan sampai kan salam akak ye kat dia.. selamat tukar jabatan"

aku buat-buat nak blah.. tetibe kakak tu panggil aku balik..

(setelah settle.. mak cik yg duduk termenung jauh tadi tegur aku)

"dik betul ke adik kenal pengarah dia?"

aku sengih...

"ha ah.. saya mmg kenal dia pakcik.. kenal sgt.. cuma..... dia yg x kenal saya.."

mak cik tu gelak x hengat sambil guling-guling.. "tapi mana adik tau nama pengarah tu?"

aku sengih lagi.. "kat dinding belakang kaunter tu kan ada carta organisasi diaorang..."

hehehehehehehehehehehe...

kesimpulannya.. kita semua memang kenal sangat dgn suma orang atasan setiap jabatan... tapi mereka je tak kenal kita... hahahahahahaha

**aku rasa kita perlu lebih bijak tanya soalan... especially bila aku tgh buat keje-keje yang common setiap hari. sebagai contoh, kadang2 time aku tengah makan. boleh plak sorang member ni tegur, "buat ape tu? makan ke?" padahal dengan dua bijik mata dia dah nmpk aku tengah makan kan. menyirap aku, rasa macam nak jawab je "eh, tak. kan tengah berkebun ni". sila lah jangan ulangi persoalan yang sama setiap hari. sekali dua hari aku ble layan.. tapi kalau asyik ulangi soalan yang sama, itu dah mengundang kemarahan... kang aku bertukar jadi the Hulk kaler kuning kang baru tau.. 




note::hidup kena kreatif


28 October 2010

sekadar renungan

AMARAN: entry ini mengandungi unsur-unsur seram yang keterlaluan. sila baca ketika korang dikelilingi oleh ramai kawan-kawan atau family. cerita ini adalah untuk pedoman kita semua sahaja. sila jangan putar belitkan fakta. 

PESANAN: ini adalah entri terakhir untuk tempoh 3minggu ini kerana aku akan menduduki final exam wehh. so, study mood is online. offline for blogging. sekian

dua tiga hari ni aku tak dapat tido. nak study pun tak aman. asyik terbayangkan kisah kematian mona fendi....terbukak hati nak baca kematian mona fendi..... dan inilah hasilnya


iras dan raut wajahnya macam 'jantan' Masa zaman ni.. kalo penyanyinya tak cantik, tak seksi, sure tak laku. Tiba-tiba pada 1993, namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi. Tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.

kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam hingga tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.



nama sebenarnya Maznah binti Ismail. Berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey. Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik.

dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Malah Monya Fandey pernah menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis. Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh JamalAbdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak... dah macam mini konsert dalam makhamah..

tapi dalam percaya tak percaya, banyak peristiwa aneh berlaku ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media. Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.

*******************************

berbalik pasal Mona Fandey, tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Tak pernah wartawan tanya masa hayat dia. Yang pasti Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I (sempena nama anak pompuan dia)




album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music. Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000.

nak tahu soalan kuiz nya?? Berapakah usia Mona? Jawapan pilihan 27, 29 dan 31. 

Soalan lain, tahun berapakah Mona mendapat gelaran Ratu Trengkas Melayu Malaysia - A. 60-an, B. 70-an dan C. 80-an. 

Di negeri manakah Mona dilahirkan - A. Kelantan, B. Perak dan C. Perlis. 

Soalan lain - Berapa hari bulankah album pertama Mona dikeluarkan. A. 15.6.1987, B. 13.6.1987 dan C. 20.6.1987. 

Dan last soalan... Siapakah nama suami Mona. A. Mohd Affandi Ab Rahman, B. Afandi Rahman dan C. Afendi Rahman. 

Korang try la jawab ngee~
album ini hanya meletup selepas kes Mona mendapat perhatian ramai. Bukan apa, orang nak dengar juga macam mana suara Mona ni.

pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan Thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon. Wahhh kaya.. korang ado?? ke propa semata mata!!!



**************************************

12 September 1994 - Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.

ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya. Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.. Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.

mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh. Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.
mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. Perghh dasyat kannn~


cantik sangat ke mona fendi ni? Persoalan itu sukar untuk dijawab. Pada aku cantik atau tidak terpulang kepada mata orang yang memandangnya. Tapi apapun, Mona Fandey yang muncul kali pertama di khalayak ramai selepas lebih lapan bulan - pada 12 September 1994 - memang berbeza dengan penampilannya sebelum itu. Dia pada masa itu kelihatan semakin cantik dan seksi. Mona tidak kelihatan seperti umurnya yang menjangkau hampir 40 tahun pada waktu itu. 

ada yang kata Mona bukan 38 tahun, tetapi sebenarnya lebih 50 tahun. Kannn korang jangan jelessssss~ Malah, ketika dia keluar mahkamah untuk menaiki trak, orang ramai yang berdiri di luar pagar mahkamah berteriak: "Mona makin lawa! Mona makin lawa!" Mona hanya membalas dengan senyuman berikutan pujian orang ramai itu. Beberapa anggota polis, saksi dan wakil media massa juga berpendapat Mona semakin anggun dan berseri-seri.




gambar kat atas membawa banyak cerita dalam kes Mona Fandey. Gambar rajah itu adalah keratan badan jasad Datuk Mazlan idris yang dipotong 18 bahagian.

memang mengerikan. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan. "Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.

kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua). Juraimi Husin mengaku hanya diberi RM180 selepas selesai melaksanakan arahan menetak leher, memotong sendi-sendi, melapah kulit dan daging serta menanam jasad Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Ek eleh.. ciput jer kannn.. tak bebaloi la beb…

juraimi dalam keterangannya di mahkamah berkata, dia menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sehingga tiga kali. Ini kerana kepala Datuk Mazlan tidak putus dari badannya selepas tetakan pertama dan kedua.pehhhh.. sadis tul.. mcm potong ayam lak.. 

ini plak keterangan Affandi. Katanya, sebanyak 21 lilin menerangi Datuk Mazlan Idris ketika dibunuh sewaktu upacara mandi bunga. Lilin itu dipasang oleh Mona Fandey di bilik air, tempat bekas Adun Batu Talam itu mati ditetak dengan kapak oleh Juraimi. Menurutnya, dia nampak Juraimi dengan jelas menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak dua kali dalam sinaran cahaya lilin. 

Bagaimanpun, katanya, dia dan Mona tidak dapat menahan Juraimi daripada menetak leher Mazlan kerana tergamam. Dia melihat Juraimi dalam keadaan seperti orang hilang pedoman. selepas kejadian itu, dia, Mona dan anaknya, Mazdiana, meninggalkan rumah itu selepas diarahkan oleh Juraimi supaya berbuat demikian.


Gambar Rajah Songkok dan Tongkat Sakti kepunyaan Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey, yang dikatakan bernilai lebih RM2.5 juta itu mesti dipakai bersama semasa upacara spiritual di lakukan.. korang ado?? 

barangan tersebut telah dijual kepada bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan dengan cengkeram RM500,000. Nak power punya pasal kan.. sanggup! Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat,songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar. 


Yang ni plak kenyataan dari Mona Fandey plak.. 

''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad.''


air matanya mula mengalir dan dia mengesatnya dengan sapu tangan. Mona fandey mengadu, dia diseksa di dalam bilik gelap, keadaan bilik itu kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, dia didera semasa seisi soal jawab dengar pasukan polis yang bertugas.. dia merayu supaya tidak dicederakan.. Mona Fandey menceritakan dia ditengking.. dipaksa membuat pengakuan bersalah. Malah dia menunjukkan bekas parut di kepalanya semasa didera dalam tahanan.. kasihannya.. 

Mona Fandey berkali kali menafikan dia dan suaminya terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah hatinya terguris dengan tuduhan polis yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral dengan VIP dan Menteri menteri.. Namun apa kan daya.. semuanya atas budi bicara hakim dan juri untuk menghakimi cerita cerita dioarg semua.. bersalah atau tidak.. semua kuasa Allah yang menentukan.


*******************************************


9 FEBRUARI 1995 tepat jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) dan Maznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori. 

tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin.

Mona dan Affandi yang duduk bersebelahan di kandang tertuduh sempat berbual dan bergurau sebelum keputusan itu dibuat. "I am very happy (saya gembira)," kata Mona Fandey dalam kandang tertuduh ketika ditanya mengenai keputusan itu sejurus hakim membacakan hukuman terhadapnya.

Affandi pula berkata: "Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it (merujuk pada Juraimi)."

Affandi sempat mengucup dahi Mona sebelum dibawa keluar dari kandang tertuduh.

"Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu. Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya cintakan Malaysia. I love Encik Fandi very much. Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya." Kata Mona Fandey ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah untuk ke trak polis.

*******************************************


Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurnakan dan dikebumikan pada hari sama.


jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

******************************************


begitulah tragis kisah Mona Fandey.. kita tidak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.. so, aku harap korang baca je apa yang aku google ni. tak payah la wat andaian apa apa. yg pergi telah pun pergi menghadap Ilahi. kita yang hidup ambik iktibar. jangan percaya tahyul, khurafat semua untuk mengecapi kesenangan di dunia. Ingalah. Khurafat ni adalah dosa besar dan boleh membuat kita terkeluar dari Islam.. Nauzubillah.. 


apa perasaan kita.. kalo Mona Fandey, Adun yg dibunuh ngan kejam atau Affandi atau Juraimi tu adalah dari kalangan family kita.. sure kita tak sampai ati kan.. thats why, hidup ni biarlah aman damai sentosa.. jangan cari pasal.. jangan wat jahat... InsyaAllah semuanya selamat.. banyak banyak lah berdoa supaya hidup kita dan keluarga kita serta kawan kawan kita tidak ditimpa bencana atau disesatkan sedemikian rupa. Insyallah


Al-Fatehah utk arwah arwah ni..

rumah mona fendi...





note::buat baik berpada-pada. buat jahat jangan sekali

25 October 2010

rutin STUDY WEEK


Entry ini ditulis khas sempena minggu study week yang mana setiap mereka yang bergelar pelajar akan menjadikan nescafe sebagai 'ubat' mereka untuk overnight di malam hari. Begitu juga aku.

Aku penggemar nescafe. Lebih tepat lagi ketagih. Setiap hari, sehingga ke saat artikel ini ditulis, secara purata, aku minum 2 hingga 3 gelas nescafe sehari. Ada orang yang nasihatkan  aku supaya tinggalkan nescafe. Ini kerana bahan yang terdapat dalam nescafe, iaitu kafein, adalah sejenis dadah, yang boleh memberi kesan buruk, jika diambil secara berlebihan dan berterusan. Ia buat aku tergerak hati mengkaji pasal kafein. Apa itu kafein?

kafein dalam coffe
Apa itu kafein
Kafein adalah bahan kimia aktif jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa  yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk.

Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
  • Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
  • Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
  • Badan  menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
  • kencing yang kerap, pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.

Namun, kesan yang dialami oleh pengguna adalah berbeza-beza. Pengambil kafein tegar mungkin kurang mengalami kesan-kesan tersebut berbanding pengguna yang jarang mengambil kafein.

Dan sekiranya penagih kafein tegar ingin mengurangkan pengambilan kafein, fenomena-fenomena yang mungkin dialami adalah:
  • sakit kepala
  • kepenatan
  • panas baran

Jadi macam mana? Kafein ini baik atau buruk? err…aku tak mampu nak jawab buat masa nie…

note::tue belum campur side effect gula lagi dalam coffee 3 in 1


21 October 2010

kalau kita spesis IKAN

Hah..! Kalau la kite nie semua ikan.. Korang nak jadi ikan ape ek? Pilih..! Pilih..! kalau lelaki mcm aku ni lak, gadis idaman korang skang cemane... Hehehe.. 




IKAN SALMON...

Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….

INI WANITA BERKERJAYA.....



IKAN ARWANA

Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. Nakal, melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.

INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas.....



IKAN EMAS KOKI

Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.

INI BINI ORANG.....



IKAN BANDARAYA

Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. Mcm gam.

INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ nii.....



IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu...saja... Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....

INI BINI SENDIRI.....




note::hargailah ape yang kita ada


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...