12 October 2010

beruntunglah anda LELAKI dan bersyukurlah anda WANITA





Sejak dah jadi dewasa ni aku banyak memikirkan tentang lelaki dan perempuan. Kelebihan dan kekurangan setiap jantina. Lepas tu baru la aku sedar yg Tuhan itu Maha Adil sebab Dia jadikan kaum Adam dan Hawa ni dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam entry kali ni aku nak nyatakan la beberapa kekurangan apabila bergelar seorang wanita. Tapi aku nak ingatkan di sini. Entry ni bukan usaha aku menjatuhkan martabat kaum Hawa. Sekadar hasil pemerhatian aku je.


Bila jadi perempuan ni, mesti kena belajar wat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh kain, mengemas rumah dan sebagainya. Bila tak reti masak nanti nak nikah takut tak laku plak. Lelaki ni kalo da nikah memang da tak minat nak makan kat kedai.

Sentiasa dianggap lemah oleh kaum lelaki. Walaupun dalam zaman moden sekarang ni pun ada lagi lelaki-lelaki berfikiran kuno yg menganggap tempat perempuan ni di rumah menjaga anak dan sebagainya. Kepada lelaki-lelaki yg berfikiran macam ni; korang wat aku malu nak mengaku aku ni lelaki.

Susah nak cari kerja terutama sekali bila da nikah. Sebabnya? Bila da nikah nanti mengandung pe sume da xleh keje. Kena amik cuti bersalin lama yg amat. Pastu kalo suami kena tukar kerja, dia kena ikut sekali. 

Kena pandai menjaga diri sendiri. Maksud menjaga diri di sini; kena selalu pastikan diri tu berpenampilan menarik. Ye la, da lelaki suka yg cantik-cantik, nak wat camne lagi kan? Kalo tak cantik nanti lambat plak nikah. ye tak?

Bercakap pasal nikah lagi. Bila da lambat nikah nanti mula la kena menjawab soalan cepumas makcik2 di kampung halaman. Bila nak kawin? Nak plak masa kaum kerabat tengah berkumpul masa raya atau kenduri. x pasal2 dapat malu sendiri kan? Kalo lelaki kawin lambat xpe. Bley guna alasan nak mengumpul kekayaan dulu. Lagipun lelaki xde expiry date utk mengembangkan zuriat.

Bila da nikah pulak, tanggungjawab makin besar. Nak kena jaga suami dan anak-anak. Lelaki ni plak, kalo nak tau, perangai pelik sikit bila da ada anak. Mereka macam clingy sikit pada isteri masing2. Mungkin sebab takut isteri tak pedulikan diri dorang kot.

Bercakap pasal anak-anak ni plak, perkara yg paling ditakuti kaum perempuan bila da beranak ialah berat badan naik. Tu memang masalah masyarakat sejagat agaknya. Contohnya akak sedara aku sendiri la. Masa bergelar anak dara tu berat 45kg je. Bila da dapat anak sorang berat naik jd 55kg. Tambah lagi sorang pastu jd 65kg plak. Pulak tu bila da bergelar ibu ni masa utk diri sendiri memang da xde so xde la masa sgt nak exercise ke ape. So dalam hati tu berangan je la nak pakai kebaya zaman muda2 dulu. Si suami pulak tau nak isteri tu cantik je. Tp ade ke tolong ringankan beban isteri tu? Mintak hampooonnnn....~~~gunalah produk dia

Berbalik kepada wanita-wanita yg masih belum kahwin. Bila orang nampak keluar dgn byk lelaki, mula la dijadikan bahan cerita. Dikatakan playgirl la, sundal la, murahan la, bohsia la. Walaupun pada hakikatnya kadang-kadang sesetengah mereka tu keluar dgn kawan-kawan biasa je. Tp kadang2 tu memang ada seperti yg dikatakan pun.

Wanita selalu menjadi mangsa keganasan, penindasan, dan ketidakadilan. Ada dengar cerita isteri dera suami? xde kan? Kalau yg simbah2 cuka tu da story lain plak.



Setakat ni tu je la yg dapat aku kemukakan. Kalo lain kali ada yg lain terlintas dlm kepala aku ni, aku post. JADI, BERUNTUNGLAH KITA MENJADI SEORANG LELAKI DAN BERSYUKURLAH KITA DIJADIKAN SEBAGAI SEORANG WANITA. masing-masing ade kelebihan dan kekurangannya.



Entri ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa. seperti kata pakar-pakar motivasi, ia adalah sekadar peringatan. sesiapa yang tidak boleh menerima peringatan atau teguran, baik kawan dengan kucing. ye tak??kehkeh


note::nak bagi note ape kali ni??aku blur..haha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...