28 May 2012

salam terakhir sebelum peperiksaan

assalamualaikum




guwa rasa semakin hari semakin berdebar. final exam untuk semester ni dah semakin hampir. sekali sekala, rasa macam tak caya sebab pejam celik pejam celik dah sampai ke hujung semester.


tapi kat hujung-hujung sem ni la masih ada lagi mereka yang berhempas pulas dok nyiapkan esaimen yang diberikan oleh puan lecturer. tak lupa jugak kat mereka yang tengah mengerah otak, dok mengingat fakta-fakta penting yang dipelajari kat dalam kelas dulu.


buat latihan soalan-soalan exam yang lepas, bincang dengan member-member dan lebih baik kalau pi jumpa lecturer waktu-waktu akhir ni. mintak tips-tips penting exam disamping pohon doa dan restu derang sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan exam.


sambil dok studi tu, cuba tengok kat carry mark yang kita dapat sekarang. dengan carry mark yang ada dalam genggaman sekarang ni, rasanya cukup tak nak dapat A? atau atleast lulus dalam semua subjek?


tapi bukan tu pokok pangkalnya sebab dapat A ke, B ke, hatta lulus sekalipun, semuanya bukan bergantung kepada jumlah carry mark semata-mata. banyak hal lain yang menjadi faktor kepada kejayaan kita untuk dapatkan sesuatu.


antaranya




Hubungan kita dengan Allah

  • solat kita macam mana? di awal waktu atau sekadar cukup syarat di akhir waktu?
  • berapa banyak kita ingat Tuhan setiap hari? berapa kali kita berzikir setiap hari?
  • ada tak kita baca Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari?
  • setiap kali sebelum mula study, ada tak kita baca doa? ada tak kita ucap Alhamdulillah lepas berjaya setelkan sesuatu soalan?
  • berapa banyak kita berdoa memohon pertolongan Allah dan keberkatan ilmuNya?
  • sejauh mana kita berharap pada Allah untuk sesuatu kejayaan?
  • dan adakah kita belajar itu kerana Allah atau kerana untuk pointer yang tinggi?

sesibuk mana pun kita dalam membuat persediaan untuk exam, jangan pernah sekalipun kita mengenepikan tanggungjawab kita pada Allah. Tanggungjawab itu sewajibnya kita penuhi dahulu sebelum yang lain.



Hubungan kita dengan Ibubapa
  • cuba ingat balik. dalam masa terdekat ni, ada tak kita bergaduh atau kecikkan hati ibu ayah kita?
  • dah mintak maaf belum?
  • kalau ibu ayah kita minta tolong, apa jawapan kita?
  • kalau ibu ayah kita call atau minta kita balik kampung, apa reaksi kita?
  • pernah tak kita berkasar dengan mereka?
  • dah mohon restu dan halal makan minum dari mak ayah kita?


untuk mereka yang tinggal dekat dengan rumah, make sure sebelum masuk dewan exam, salam peluk dan cium ibu dan ayah masing-masing. mohon maaf setiap kesalahan kita pada mereka dan minta halalkan kasih sayang dan rezeki yang mereka curahkan kepada kita. restu ibu bapa juga merupakan kunci kejayaan kita masa hadapan. redha Allah itu bergantung pada redha kedua ibubapa.




Hubungan kita dengan Pensyarah

  • dalam kelas, time lecturer tengah dok ngajar ada tak kita borak dengan member sebelah?
  • kalau buat esaimen, berapa banyak kita buat sendiri? berapa banyak kita copy paste?
  • sejauh mana kita ada rasa hormat pada lecturer kita?
  • pernah tak kita mengumpat lecturer?
  • ada tak yang kita buat sesuatu sampai menyinggung perasaan mereka?
  • dah minta maaf tak dengan lecturer bila kita buat salah pada mereka?

kita selalu sangat dengar perumpamaan guru ibarat lilin yang membakar diri menerangi alam. tapi kita pernah paham tak apa yang diungkapkan tu? tanpa mereka dari mana kita nak dapat ilmu yang banyak? kalau bukan kerana mereka, kita tak masuk universiti. kita takde boleh berdiri hingga sekarang ni. jangan musnahkan harapan mereka untuk lihat kita berjaya. jangan kita lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka.



Hubungan kita dengan Manusia lain
  • macam mana hubungan kita dengan adik-beradik dan kawan-kawan kita?
  • ada tak adik-beradik atau kawan-kawan kita yang kecik hati dengan kita?
  • ada tak adik-beradik atau kawan-kawan kita yang berdendam dengan kita?
  • pernah tak kita melukakan hati mereka?
  • kalau kawan mintak tolong ajar apa yang tak faham, macam mana respon kita?
  • kita dah mintak maaf tak kat mereka?

kawan atau member-member adalah salah satu dari anggota badan kita. tanpa sokongan dan pertolongan mereka, kita nothing! kalau kita ada menyakiti hati mereka tanpa sempat meminta maaf dengan mereka, jangan harap Allah nak bagi kita kejayaan yang kita impikan tu. jadi sebelum masuk dewan exam nanti, sama-samalah bermaafan.


Hubungan kita dengan Makhluk Allah yang lain
  • adakah kita buat baik dengan alam dan tumbuhan?
  • pernah tak kita buat benda yang merosakkan alam?
  • cuba ingat balik, ada tak kita cemarkan alam sekitar dengan buang sampah merata?
  • pernah tak kita menyakiti kucing terbiar dan kelaparan?

alam, binatang dan tumbuhan pun mahkluk Allah yang tagihkan kasih sayang dan layanan baik dari manusia. jangan kita lupa, penduduk langit dan bumi ini sentiasa berzikir dan pada Allah dan dengan izin Allah mereka akan mengaminkan setiap doa hamba Allah yang bertakwa dan memohon keampunan dari Allah untuk setiap dosa yang kita buat. sayangilah mereka sebagaimana kita menyayangi saudara semakhluk kita yang lain.


so, ada yang terpalit kat hidung sendiri tak?
sebelum mula exam, marilah kita muhasabah diri masing-masing. tanya pada diri betul ke dah bersedia untuk hadapi exam ni?


selamat berjaya kepada semua rakan seperjuangan!



26 May 2012

cinta adalah fitrah manusia.




pernah tak angpa sume mancing ikan? kalau tak pernah memancing, pernahkah angpa tengok orang memancing? kalau tak pernah jugak, boleh angpa bayangkan seseorang sedang memancing?

baiklah, katakanlah angpa menemani member yang tengah sedap mancing ikan.

tiba-tiba joran kail dia disentap oleh sekor ikan dan dia cepat-cepat putar tali pancing.

sekali-sekala dia henjut-henjut joran tu supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

dan akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. angpa tengok member tu tersenyum lebar. gembira betol gayanya. angpa pon turut senyum sebab itu bermakna satu kemenangan.

angpa turut semangat tengok pemancing tu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

tiba-tiba, setelah dia lepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia campakkan kembali ikan itu ke air.

eh, pasaipa? angpa memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.



***********************************************************



angpa rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?

boleh tak ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tak dapat cari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tak mampu. dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana tak boleh aktif lagi.

begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kita hendaklah kita menjaga hatinya. jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kita dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kita.

sebab itu bila angpa merelakan hati untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan angpa itu, sebab jika angpa hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

tentu angpa dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

cinta adalah fitrah manusia. Allah menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah angpa lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.



************************************************** 



kalau angpa sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta angpa dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana Allah. hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

guwa nasihatkan, kalau angpa belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. kalau angpa belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.

sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan angpa itu akan memulakan satu derita.

ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan. jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.

ingat tu.


21 May 2012

kenangan guwa bersama Dato' Siti Nurhaliza.



lagi cerita di bawah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

antara kita ada dua jenis mata iaitu mata lalat dan mata lebah.

kenapa guwa bandingkan lalat dengan lebah je? kenapa tak mata rimau, mata tupai, mata beruk ke?

sebab cuba tengok mata lalat. cuba peratikan kalau lalat terbang kat taman bunga yang indah, apakah yang dia perhatikan? apa yang dia cari? lalat tu, even kat taman yang penuh dengan bunga-bunga,  pokok yang cantik, ia tetap akan mencari makanan yang kotor. ye tak?

tengok pada mata lebah pulak. cuba perhatikan pulak kalau lebah terbang kat kawasan pembuangan sampah, apa yang ia cari? ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya. itu fakta.

jadi apa sebenarnya motif yang guwa nak sampaikan ni?

ok, cuba kita muhasabah diri kita, apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain? adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor, lepas tu hinggap pulak pada makanan manusia dan kemudian membawa mudarat pada yang memakannya?

atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain? adakah kita seperti lebah yang boleh menghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia? alangkah baiknya kita jadi seperti lebah, yang hanya mencari yang elok biarpun dalam keaadaan yang kurang elok.

sentiasalah bersangka baik. apabila bersangka baik, tutur kata, tindakan, segalanya akan menjadi baik.

marilah kita bersama-sama muhasabah diri....



p/s: errrrr sebenarnya tajuk entri takde kena mengena langsung dengan isi entri. guwa tak tahu nak letak tajuk apa. main belasah. terima kasih baca ;)




18 May 2012

kita tak mampu. kita tak mampu




waktu kita lahir kat dunia, kita tak keluar dengan sendiri. ada orang yang sambut kita.

waktu kita nak belajar merangkak, bertatih, berjalan, kita tak mampu nak buat sendiri. ada orang lain yang bimbing kita.

waktu kita nak belajar bercakap, kita tak mampu nak bertutur sendiri. ada orang lain yang mengagah kita.

waktu kita pergi sekolah, pi universiti, kita memang tak mampu nak belajar sendiri. ada guru yang ajar kita. ada pensyarah yang ajar kita.

waktu kita sedang membesar, melangkah ke alam remaja, dan menjadi tua, kita tak mampu nak membesar dengan sendiri. ada puan ibu dan encik ayah yang membesarkan kita.

dan waktu kita sampai di penghujung nyawa, kita tak mampu nak berjalan sendiri ke kubur. ada orang lain yang uruskan kita.

tapi kenapa kita masih sombong dengan orang-orang disekeliling kita?

itulah pentingnya hubungan sesama manusia. dengan orang sekeliling.

hidup ni tak lama. yang kekal Allah sahaja.

;)


17 May 2012

hiduplah baik-baik




pengakhiran hidup ini adalah mati. 

kita tak perlu jadi munafik untuk nafikan hakikat mudah ni. 

ye.. guwa paham, mati bukan titik noktah kalau kita bergelar manusia. 

lepas mati kita akan dibangkitkan kembali. 

di sana. 

tapi itu kan sudah diluar bidang urusan kita? 

bukan urusan kita. bukan urusan pak menteri. bukan urusan hakim mahkamah tinggi.

itu urusan Tuhan. 

jangan tipu untuk kata angpa mampu pula tentukan urusan angpa lepas mati. 

kita takde daya lagi. takde

pengakhiran hidup hari ni tetap adalah mati. 

jadi hidup lah baik-baik.

jangan menyesal nanti.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." 
(Hadis riwayat Al-Asyakin)

16 May 2012

sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa




hari ini adalah hari guru. hari ini adalah hari yang diraikan untuk semua insan yang bergelar guru. kalau kita congak dan dihitung memang besar jasa semua guru-guru yang mendidik kita di alam persekolahan. walau apa pun yang berlaku, guru tetap bersemangat untuk memberikan ilmu kepada semua anak muridnya. guru atau cikgu memang menjadi lilin kepada kita semua hingga apa yang kita dapat sekarang.

kerana cikgu, kita tahu membaca A B C
kerana cikgu, kita mampu mengira 1 2 3
kerana cikgu, kita boleh menulis
kerana cikgu, kita kenal erti menimba ilmu pengetahuan.
kerana cikgu, kita kenal dengan lebih dalam mengenai Islam.
kerana cikgu, kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
kerana cikgu, kita menjadi apa yang kita kecapi sekarang.
dan kerana cikgu, kita tahu bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

semuanya kerana cikgu. memang tak terbalas dengan apa yang dicurahkan pada kita.  memang kita rindukan semua cikgu-cikgu yang mengajar aku di sekolah. saat-saat yang ingin dinikmati semula jika diizinkan. tapi semua dah berlalu. 






























sememangnya tak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh disentuh langsung. silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. namun ada jugak pelajar langsung tak menghargainya. seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya cemerlang. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. 

aku tetap bangga dengan apa yang berlaku pada diri aku sekarang. semuanya hasil didikan cikgu-cikgu atau guru-guru aku di sekolah kebangsaan kerubong dan sekolah menengah kebangsaan bukit rambai. 

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah Ya Allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu.. Ya Muhaimin masukkan guru ini dan guru-guru kami yang sudah kembali kepadamu ke dalam syurgamu atas jasa mereka mendidik kami. Amin. Terima Kasih Cikgu. Selamat Hari Guru.


Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru. walau dimanakan pun kamu berada, aku tetap mengenang jasamu. Insyallah.

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. 
( Imam Muslim)


10 May 2012

berkenalan dengan Allah dahulu, sebelum orang lain


pesanan penaja: entri ni agak panjang. khusus kepada sahabat-sahabat saya, Muslimin dan Muslimah yang betul-betul hendak berkenalan dengan lebih mendalam dengan Pencipta mereka. sekadar perkongsian untuk kita semua.


pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? kalau ditanya, mesti ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mesti la terus kenal Allah. umur 5 tahun dah diajar Iqra'. umur 6 tahun diajar solat. umur 8 tahun dah start puasa penuh. jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. 

tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? apa sifat-sifat Allah? yang 20 tu. apa nama-nama Allah? yang 99 tu. errmmm.. belum tentu semua orang ingat. belum tentu semua orang hafal. dan yang paling mengejutkan, belum tentu semua orang tahu. paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. yang tahu pun sebab kenal Allah bila solat. kenal Allah bila mengaji. kenal Allah bila puasa. tapi, Allah kan ada kat mana-mana. tiap-tiap ketika. tak sedar ke Allah tu sentiasa ada?

walaupun kita ada pasangan kekasih yang paling best, paling romantik tapi takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.


DIA PEMBERI KEKUATAN


kemana kita pi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat kita keseorangan, menemani diri saat kita kesedihan, menemani diri saat kita kegelisahan. jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.

kadang-kadang bila kita nak balik rumah dari tempat kerja, badan terasa sangat penat. kerja 8 jam sepanjang hari. nak drive balik rumah tersangat penat. ditambah dengan kesesakan jalan raya. bila bersandar kat tempat duduk menunggu traffic light merah ke hijau, tak sedar terlena. nasib baik Dia kejutkan. lampu dah hijau! okeh, gerak. walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. 

kadang-kadang bila kita melalui satu jalan yang sunyi di waktu malam. pukul 1 pagi. sorang-sorang. takut ke? tak... gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga kita.

Allah kan Maha Melindungi.

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah." (Al-Baqarah: 107).


DIA PENEMAN BICARA


banyak yang terpendam kat lubuk hati. tapi kadang-kadang terasa nak meluahkan pada seseorang. tapi ragu. bukannya boleh dapat penyelesaian. 

tapi pada Dia, kita tak perlu malu nak cerita. semua sekali! walaupun ada kata-kata yang segan untuk dituturkan, tapi Dia kata takpe. tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati kita tanpa perlu kita kata apa-apa. Subhanallah..

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (Ali 'Imran: 29).


DIA YANG KAYA RAYA


selalu kita tengok kawan kita keluar dating bawak balik banyak hadiah. teddy bear la, henpon la, kad la, bunga la, baju, kasut. banyak sungguh. pastu semua orang mula la puji. "eh, bagus la pakwe ko. best la makwe kau. sweetnye~~"

cukup sweet ke tu? kalau yang boipren atau girlpren tu sekadar guna duit loan, ptptn, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada masanya kita kena jugak guna duit sendiri. paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. duit kita akan kurang jugak. siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau sesen pun setiap kali keluar? 

kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. duit-duit yang kita dapat, semua daripada Dia. bukan duit je, semua yang kita ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. segala-galanya. amacam? hebat tak Dia. ada ke manusia yang sehebat Dia? takde.

tapi kan, Dia tak bagi semua ni pada kita directly. Dia bagi melalui medium lain. daripada encik ayah, puan ibu dan lain-lain. sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu kita akan segan sebab kita tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada kita.

"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?" (Yunus: 31).


DIA YANG PEMAAF


manusia ni susah nak mengaku salah. ye tak? toksah tipu la. guwa pon manusia. paling teruk, susah nak meminta maaf. chaishhh.

dengan Dia, kita ada banyak sangat kisah tentang kesalahan, kesilapan dan kemaafan. daripada kita mula lahir, sampailah umur sekarang dah banyak kali dah kita sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, kita buat jugak. apa yang Dia suruh buat, kita tak nak buat. degil! kalau dengan manusia, lama dah kita kena belasah. tapi, Dia tak pernah marahkan kita. Dia sabar layan kerenah kita. sebab Dia tahu, masa tu kita tak betul-betul kenal Dia, kita tak benar-benar fahami Dia. jadi, Dia bagi kita peluang lagi.

tapi bila dah tahu, bila dah kenal, kita tetap ulang kesalahan yang lalu. tapi, dengan muka tak malunya, kita pi minta maaf kat Dia balik. dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia pasti akan tetap maafkan kita. hebat kan?

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53).


DIA PEMBERI KETENANGAN


keluh kesah. resah gelisah. perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview. semua mesti akan ada perasaan sebegini.

"aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. kalau dengar je suara Leman, hati aku mesti tenang." 

kalau sesama perempuan?
"sesama perempuan ni lain. derang tak faham sebab kita sama kan. kalau dengan yang berlainan jantina ni, lebih mudah untuk saling memahami. cas yang sama kan saling menolak. bila cas yang berlainan baru saling menarik." amboi.

tapi, bila bergaduh...
"benci betul la aku dengan si Leman. dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. dah la kaki pukul. kaki tiga. kaki bangku". haaaa habis semua keburukan dia keluar.

tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk walau apa pun yang kita buat. dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani kita, mengurangkan bebanan perasaan. dan takkan pernah berhenti.

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28).

Allah Maha Pemurah. Dia bagi kita banyak sangat nikmat yang takkan mampu kita hitung. tapi tulah. dah pun namanya manusia. yang bermaksud pelupa.

ada ketika kita buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada kat sisi. tapi kita selalu tak layan pun Dia. tapi, Dia tetap jugak bagi kita macam-macam nikmat. kita pulak tak berterima kasih pun kat Dia. sebab bila kita syok sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat kita setiap sesuatu tu.

jadi, bila Dia dah mula rindukan kita, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan kita. tapi sebab Dia nak tahu, betul ke kita cintakan Dia? kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? dan paling penting, Dia nak kita ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat kita. jadi bila diuji, kita rasa sedih, kita rasa payah, kita rasa sakit. kita mesti nangis! tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti kita sebut... "Ya Allah!". dan Dia pasti akan gembira. sebab kita dah ingat Dia balik. rindu yang terlerai... 

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."  
(Al-Baqarah, 152).


DIA PENDAMPING ABADI


Dia sangat memahami kita. betul, Dia sayang kita. tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. setiap manusia perlukan pendamping. yang bersifat sama. seorang hamba.

jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. tapi, semua orang nak yang terbaik. dan Dia tahu kita nakkan yang terbaik. oleh kerana sayangnya Dia pada kita, Dia hadiahkan kita satu nasihat. takkan sama kaca dengan permata. kita meminta emas, takkan kita nak diberikan gangsa?

"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..." (An-Nur: 26).

saat itu, takkan pernah tercepat. dan takkan sekali-kali terlambat. bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.


jadi, kamu semua dah berkenalan dengan Allah? kalau belum, mulakan la perkenalan. bimbang kalau terlambat.

kata orang, tak kenal maka tak cinta

Thank You Allah.


credit: i luv islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...