31 December 2010

soalan WAJIB ketika cuti semester





Berikut adalah senarai soalan yang telah aku hadapi bila balik cuti semester. Tapi aku dah standby dah jawapan padu untuk semua soalan ni. Sebab aku tau jenis ape soalan-soalan yang akan orang-orang kampung aku tanya.



"Eh, hidup lagi kau? Lama aku tak nampak kau. Pergi mana?"
Yang ni la paling selalu. Soalan ini biasanya dari kawan-kawan sekolah yang masih menetap di Melaka, lepak kat warung yang sama, naik motor yang sama, dan beli top up di kedai yang sama. Tapi ada jugak kawan yang dah kerja dan memang jarang nampak muka tanya soalan ni kat aku. Yang ini aku pelik. Kau pun jarang lepak, aku pulak belajar jauh, lagi nak tanya soalan cepu emas kan?


"Cuti ke? Berapa lama?"
Soalan ni klise gila. Ni kalau aku terserempak dengan makcik-makcik jiran masa aku dalam perjalanan mencari rezeki. Bayangkan kalau ada 74 makcik kat kejiranan rumah aku, aku kena jawab soalan yang sama sebanyak 74 kali. Sampai satu tahap aku rasa macam nak tampal kertas "Saya sedang bercuti selama dua bulan" kat belakang baju aku.


"Berapa tiket bas hari tu?"
Yang ini dari member-member aku, setiap kali aku balik. SETIAP KALI. Cuba la tanya soalan berkualiti sikit. Kenapa, nak mempersendakan aku? Ingat aku menyusahkan mak bapak ke belajar jauh-jauh? PTPTN kan ada. Lagipun, tiket sekarang murah la kott. Walaupun aku sedar yang naik bas tu amat membahayakan. Takpe, tahun pertama je tak boleh bawak kenderaan. Siap la semester depan, lambogini kaler ijau aku bawak. Ok, itu tipu.


"Macam mana belajar? Pointer okay?"
Yang ini dari saudara-mara jugak. Terutamanya dari pakcik/makcik gua yang berkhidmat dalam profession pendidikan ataupon yang berpendidikan jauh. Memang soalan ni juga yang akan ditanya, tak perlu risau. Setiap kali aku dengar soalan ni, aku akan mintak diri pergi ke tandas. Sakit perut. Tak pun aku akan pura-pura tolong emak kupas kulit kentang di dapur.


"Awek Pahang cantik-cantik tak? Ade macam Datuk Siti Nurhaliza tak?"
Yang ini dari kawan-kawan yang baru tau aku belajar kat Pahang. Kecantikan adalah perkara subjektif, jadi aku tak layan soalan camni. Ataupun aku akan counter balik dengan bertanya, "Kenapa? Nak cari awek kat sana ke? Awek Melaka lagi cun la."


Tapi ada satu soalan yang aku paling tak boleh handle. Kalau soalan lain tu senang-senang je aku pusing, tapi soalan ni susah sikit. Sampai hari ni aku tak dapat nak jawab. Rasa kebas je telinga kalau soalan ini berkumandang. 


"Kat sana tak ada kedai jual pencuci muka ke?"

Aku terdiam. Sekian



note::aku rasa, cuti untuk semester depan pon soalan-soalan ni yang akan ditanya. so, bolehlah bersiap sedia. dan tak lupa kepada semua, selamat kembali ke universiti masing-masing. adioz amigos


30 December 2010

fenomena SOCIAL NETWORK sekarang



Sekarang aku nak cerita pasal rangkaian sosial. Kalau korang dok kat Amerika sana, diorang panggil 'social network'. Saja nak bagitau. Nanti korang kata aku jahil English pulak.

Rangkaian sosial adalah web yang mengaplikasikan profail individu untuk tujuan sosial di alam maya seperti Myspace, Friendster, Tagged, Hi-5, Facebook dan macam-macam lagi. Aku tak tau pun yang lain, jadi kalau letak "macam-macam lagi" lebih senang. Dengan adanya rangkaian sosial ini, kita dibolehkan untuk berhubung dengan individu lain di dalam planet Zadora ini dengan hanya berbekalkan seketul komputer dan sambungan internet. Aik? Apahal dah jadi macam tenaga pengajar kat Fakulti IT pulak ni? Takpe, aku ada potensi nampaknya.

Kita boleh letak gambar (biasanya yang terbaik dari ribuan gambar dalam simpanan), menghantar komen, mencari rakan lama yang terputus hubungan, menceritakan pengalaman melalui gambar, berkumpul dalam satu kumpulan dan membuat diskusi, berkongsi minat, luahkan perasaan, luahkan geram, tunjukkan sayang, memberikan ulasan terhadap gambar atau profail orang lain, mempromosi barangan, mempromosi diri, mempromosi boifren atau gelpren, tunjukkan pada dunia kita tengah bahagia, tengah sedih, sebarkan berita terkini tentang kita dan orang-orang di sekeliling kita...


Banyak benda boleh buat dengan rangkaian sosial. Fenomena yang seringkali kita dapat lihat adalah:


"Comment my pic please..." 
Apabila buka satu-satu profile antara jutaan yang ada, ada segelintirnya yang buat aku tertarik. Macam-macam ragam dunia dapat kita lihat disini. Dapat jumpa profile yang banyak album gambar. Bagi yang nak tengok kecantikan kejadian, profile macam ni lah yang mereka cari. Gerenti add punya lepas tengok gambar-gambar dia. Tetapi semuanya penuh dengan gambar dia seorang sahaja. Dalam album A, gambar dia dalam bilik pakai baju ungu seluar hitam. Album B penuh dengan gambar dia seorang pakai baju kuning pula, gaya rambut lain sikit. Album C pula semua 24 gambar dia tengah camwhore dengan kawan-kawan sekolah. Yang pasti, muka itu-itu sahaja. Cuma gaya je lain-lain. Letak jari kat pipi, muncungkan bibir, buat muka sedih, beliakkan mata, macam-macam lah. Yang ini mempromosi diri. Jenis nak kumpul peminat seramai mungkin. Hak dia, biarlah. Yang kesiannya dia.


"Add lah I taw..." 
Biasanya perempuan yang cantik-cantik je. Letak gambar terbaik, tulis ayat manja-manja sikit, status pula 'single'. Pakej yang sudah memadai untuk mengumpul ramai "rakan maya" dalam waktu yang singkat. Dia tak kira, asal ada permintaan untuk menjadi kawan, mesti dia approve. Nak test market. Kesian kat dunia dia, lebihkan 'maya' dari 'realiti'. Ye tak?


"Can I have some privacy, guys?" 
Macam ade something wrong pada statement di atas. Minta privasi di alam internet. Amende le. Macam ni lah. Kalau korang dah mendaftar diri dalam rangkaian sosial ni, korang dah membuat satu agreement yang menetapkan bahawa hidup korang dah tak ada privasi. Nak sangat merasa jadi artis, kan? Jadi bila orang komen macam-macam terhadap korang, komen gambar-gambar korang, ramai nak minta masuk dalam friendlist, lepas tu kalau tak reply mesej kena marah, janganlah nak mengeluh. Boleh?


"Bro, buat apa sekarang? Nak jadi kaya tak?" 
Yang ini pula spesis rasa diri bijak. Bisnes melalui strategi konon. Kononnya, akan dapat tarik seorang-dua masuk jadi downline dia. Memang keji lah bagi aku. Dahlah memburukkan kerjaya lain, lepas tu guna gambar perempuan cantik pulak tu sebagai tarikan. Ada jugak yang letak gambar duit banyak-banyak dan gambar kereta laju. Sengal kuasa dua punya orang. Tak tahu adab bersosial betul. Hari-hari tag gamba duit kat aku.


"Abang sayang ayang" 
Yang ni agak berbulu aku tengok. Pasal aku sendiri pernah hadapi. Nama profail lelaki, tapi dalam tu penuh dengan gambar buah hati dia. Sampai kawan-kawan suma dah jadi keliru. Adakah aku dah salah add orang? Atau pun si Leman ni dah tukar jantina? Orang jiwang yang kongsi profail friendster dengan awek camni selalunya jenis rambut sikat belah tengah, pakai minyak wangi tebal-tebal, pencuci muka beli tiap 3 hari, stokin wangi, kalau bagi surat cinta mesti taruk bedak, suka nyanyi lagu Indon, selalu baca novel, suka tengok drama Korea pastu nangis sorang-sorang, henset terima mesej 24 jam. 


Tapi tu lah, hak masing-masing. Aku tak ada hak langsung nak halang. Cuma aku kemukakan pendapat aku tentang hal ni. Mana yang salah bagi aku, mungkin betul bagi orang lain. Hak masing-masing. Maaf la kalau terasa. Takde kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian


note::sekarang ni pagi Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) melonjak naik die punya fanpage. Tak lama lagi boleh lawan fanpage cik awek lisa surihani.keh keh


momentum ngauman HARIMAU MALAYA!



LAPORAN SUKAN EDISI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
* sori agak terlewat kerana penulis amat sibuk dengan persiapan nak balik kolej.


Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia membenam pasukan Indonesia 3 gol berbalas 0 tempoh lalu meletakkan satu langkah selesa bagi pasukan negara untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Satu langkah lagi bila kita bermain di Stadium Bung Karno, Jakarta pada malam ini. Perlawanan agak sengit tapi aku bangga Malaysia mampu mencapai keputusan yang sangat selesa. Berbekalkan 3 gol ini pasti sedikit sebanyak menyukarkan pasukan Indonesia untuk bangkit dari kekecewaan ini.

Memang skema nak mampus mukadimah aku di atas. Aku bangga gila Malaysia dapat menewaskan Indonesia dengan 3 gol. Isu laser? Hahaha, masa World Cup pun dah ada isu ni tapi orang barat tak pernah nak kecoh pun pasal benda ni semua. Apa yang penting adalah mentaliti dan focus ditengah padang. Lagipun masa ketiga-tiga gol itu dijaringkan tiada laser yang dipancarkan. Gol itu Halal untuk Malaysia.

tgk! encik otromen yang punya pasal la

Player Malaysia yang paling aku sayang gila adalah Safee Sali. Beliau mengingatkan aku pada Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau memang mengaum masa perlawanan tu. Garang bagaikan harimau menggigit kepak si Garuda. Ya, aku bangga sangat malam tu. Saat beliau meledakkan gol pertama aku macam orang kena histeria sambil menjerit-jerit “Safee Sali, Safee Sali awwww!!”.. Gedik sekejap ya disitu. Gila apa nak jerit macam tu. Mestilah aku jerit “Go000000000l!!!!!!!!!!!!!!” bernada 14 harkat (Lepas tu mencarut kecil sambil mengeji goalkeeper Indonesia).
Ya, gambar ni bukan aku yang ambil. Aku main curi je dekat Pakcik Google. Tandukkan maut dari Safee Sali pujaan hatiku. Meletup gawang gol Indonesia. Penjaga gol Indonesia bernama Markus yang berkepala botak tu hanya mampu melihat sahaja bola itu menerjah gawang gol beliau untuk kali ke-3. Pada aku gol inilah paling high class sekali. Sikit punya laju bola tu beliau tanduk. Memang kepala besi laa kau ni Safee Sali. Hahaha.

Yang paling membanggakan aku adalah, Malaysia membuktikan kemenangannya tanpa menggunakan sebarang player import. Itu yang kita mahukan ya. Kalah atau menang biarlah kita menggunakan kemampuan kita sendiri. Barulah Harimau Malaya macam tu.  Untuk pasukan Indonesia, well aku malas nak komen banyak sangat. Satu je nasihat aku untuk korang adalah Letakkan player import kau dibangku simpanan dan masukkan Bambang Pamungkas kerana beliau lebih berkualiti dari player import korang“.

Semoga pasukan Malaysia akan terus sukses walau dimana jua mereka berada. Ngauman Harimau Malaya di Stadium Bung Karno. Ayuh! Mari kita sorakkan dengan sorakan 1 Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!



LAPORAN SUKAN EDISI STADIUM GELORA BUNG KARNO

Alhamdulillah akhirnya penantian Malaysia selama 14 tahun untuk menjulang piala Suzuki AFF kini sudah berakhir. Seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan peminat bola sepak, Malaysia menjadi juara baru (new king) pada kejohanan kali ini. Sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali sahaja ke peringkat akhir pada tahun 1996 (ketika tu kejohanan ni dinamakan Tiger Cup) tapi Malaysia tewas di tangan Thailand, 1-0.


Tapi tu dulu. Skang ni, Harimau Malaya membaham Garuda, 3-0 pada perlawanan final pertama Ahad lalu di Bukit Jalil (seperti laporan kat atas tu). Pada perlawanan kedua yang baru berlangsung tadi pula Malaysia tewas dengan 1-2, hasil gol sendiri.hukhuk. Kalau tak silap aku, ni kali kedua diorang bagi gol FOC kepada indonesia sepanjang kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 ni.

Papepon, tewas 1-2 kepada indonesia malam tadi tak memberi erti kepada kita sebab kita tetap menang dengan agregat 4-2 secara keseluruhannya.


Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak kali ni setelah berjaya menyumbat lima gol sepanjang kejohanan berlangsung. Cayalah!

Selaku juara, Malaysia menang USD 100,000. Indonesia pulak dapat USD 50,000.

Tahniah kepada semua pemain Malaysia! Kowang semua memang rock la! hehhe


note::lepas ni ramai la yang search page Safee Sali, Khairul Fahmi kat pesbuk. K Rajagobal bila pulak?

28 December 2010

beza yg ketara antara amaraizat dan lisasurihani

Sememangnya lelaki macam aku dan wanita macam cik awek lisa surihani dua makhluk Tuhan yang berbeza. Bukan saja dari segi fizikal, tapi dalam pemikiran ni jugak. Hal-hal macam ni lah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi, macam aku dan cik awek lisa surihani. Ok, itu tipu. Namun, sebelum kita saling melengkapi mari kita selidik apakah yang membuatkan kaum adam dan hawa ni begitu berbeza.


Jom mulakan sesi penyelidikan. woot woot


1. NAMA
Kalau Lisa Surihani, Baizura Kahar dan Raja Farah kuar makan, diorang tetap akan memanggil Lisa, Baizura dan Farah diantara sesama mereka.
Jika Amar Aizat, Aaron Aziz dan Kamal Adli kuar makan pulak, diorang akan memanggil boroi la, raksasa la, hitam legam la, panau la diantara mereka. Macam-macam nama ejekan kuar.


2. MAKAN KAT LUAR
Bila dapat bayaran bil, Lisa, Baizura dan Farah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah bil tu. Siap kuar syiling lima sen
Kalau Amar, Aaron dan Kamal dapat bil pulak, diorang akan keluarkan RM10.00 sorang walaupun jumlahnya berharga RM 25.45. Takde antara diorang yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.


3. DUIT
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit kalau benda tu jadi idaman hati. Even mahal, tapi kami mementingkan kualiti dari harga.
Wanita pulak sanggup keluarkan duit dengan banyak bila shopping. Tapi diorang akan bayar lebih dan bukan pada barang yang mereka inginkan pon. Hal ni terjadi bila berlakunya YES. Apa itu? Year End Sale laaa kak limah oi


4. BILIK AIR
Lelaki hanya mempunyai lima barang je dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.
Wanita pula secara puratanya mempunyai hampir 315 barang di dalam bilik air diorang. Sampaikan suami/ayah mereka sendiri pon tak tau apa barang tersebut dan tujuannya.


5. PERTENGKARAN
Wanita ni selalu ade je kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala, kira macam kesimpulan kepada pergaduhan tu la.
Lelaki pula, selalu menambah kata-kata akhir wanita itu. Last-last, kata-kata itu yang akan jadi topik baru untuk diorang bertengkar. hahha.


6. KUCING
Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ni.
Lelaki? Diorang akan cakap yang diorang sayangkan kucing tapi kalau wanita takde time tu, tak pasal-pasal kucing tu akan makan penyepak kaki saiz 8. Ye tak? ish ish


7.  MASA HADAPAN
Seorang wanita akan risaukan masa depannya sampai diorang dapat suami.
Seorang lelaki tak pernah merisaukan masa depannya sampai diorang dapat sorang isteri.


8. KEJAYAAN
Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan kepada isterinya.
Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas ni!


9. PERKAHWINAN
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah tetapi malangnya takkan ade perubahan.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah. Agak-agak berubah ape tu? berat badan kot. keh keh


10. BERGAYA
Seorang yang bernama wanita akan bergaya bila diorang kuar shopping, buang sampah kat luar rumah, amik surat kat post box dan jugak ketika tangok tv.
Lelaki pulak akan bergaya kat majlis perkahwinannya dan juga majlis pengebumian.


11. SIFAT SEMULAJADI
Seorang lelaki bila bangun pagi, rupa diorang semua sama macam waktu petang dan jugak sebelum tidur. Gaya kami sama saja. Sebab kami simple tapi macho
Seorang wanita pulak cantik rupanya bila keluar waktu pagi, petang dan malam. Kalau mereka bangun tidur? Huh! Menakutkan. Macam hantu kak limah.


Jadi, secara kesimpulannya lelaki dan wanita itu saling melengkapi. Sekian.


note::takde komen!


25 December 2010

selagi masa belum terhenti



Pejam celik, pejam celik dah pon nak masuk bulan Januari tahun 2011. Terlalu pantas masa berlalu. Kalau berjalan terkedek-kedek memang sah kita akan ketinggalan. Zaman sekarang, semua nak berlumba-lumba ke hadapan, cari tempat kukuh dan selamat la konon. Ye tak? Jika kita lambat melangkah, mesti akan ketinggalan ke belakang. Orang lain melangkah 10 tapak ke depan, kita baru terkial-kial melompat setapak. 


Jangan macam tu la. Kita sebagai sorang remaja, sudah pasti kita antara barisan hadapan yang bakal memimpin generasi akan datang. Berhentilah berangan-angan ibarat Mat Jenin dan usah omong kosong semata-mata. Kini tibalah masanya untuk kita terus melangkah dengan penuh agresif ke arah matlamat yang positif. Selagi masa tu belum terhenti, selagi masih bernafas, selagi punya kudrat..selagi itulah perjuangan perlu diteruskan. Biarpun pelbagai onak liku dan cabaran yang mendatang, jadikan ia sebagai semangat untuk kita terus memacu kejayaan. cehhh aku cakap dah macam ahli politik pulak ha.


Macam mana pon, tak sume yang kita usahakan tu akan berjaya. Jangan terlupa, kalau hari ni kita berjaya, jangan ingat esok atau lusa kita akan berjaya gak. Apa pun, gagal hari ni tak semestinya gagal selamanya. Apa yang penting jangan berhenti berusaha, berdoa dan selebihnya bertawakal la.


So, menjengah ke 2011 ni sebelum terlambat marilah kita bersama-sama untuk buat check list ape yang kita tak dapat buat pada 2010 ni dan apa yang kita nak buat 2011 nanti. Macam biasa la, bila nak mulanya tahun baru setiap dari kita mesti nak buat azam baru. Aku pon selalu gak buat. Tapi, hahha tak semuanya azam tu akan mencapai targetnya.


Apa yang aku harapkan untuk 2011 ni akan lebih baik berbanding 2010. Aku belum lagi nak buat azam. Tunggulah esok ke lusa ke aku buat la. Entri ni aku buat untuk mengingatkan kat kita semua yang 2010 bakal meninggalkan kita. Segala yang baik itu kita jadikan panduan dan yang buruk itu sebagai sempadan. 


Aku pun ade rancangan aku sendiri untuk 2011 ni. Aku ngat nak melansungkan pertunangan dengan cik awek Lisa Surihani la. Agak-agak tarikh 09.10.11 ni cun tak? hahha


note::kadang-kadang boleh berangan tapi biarlah berpada-pada


24 December 2010

merry Krismas! ho ho ho


Dari kecil aku disogokkan dengan cerita kartun Disney macam Cinderella, Snow White dan sebagainya. Masa tu aku suci sangat sampai aku tak rasa ada nafsu bila tengok Cinderella ataupun Rapunzel pakai seksi-seksi. Cuma aku bernafsu bila dia tunjuk dalam tu ada salji. Aku selalu berangan kalau boleh hujan yang turun tu diganti dengan salji. Ok, sangat budak-budak pemikiran masa itu. Aku tau.

Tapi kalaulah betul-betul ada salji kat Malaysia ni, macam-macam aku nak buat.


Buat orang salji
Bila cakap pasal salji je, mesti nak buat benda ni. Lepas buat orang salji aku nak buat anjing salji. Nak pegang yang real kan haram, pegang yang buatan sendiri pun cukuplah.

Buat ABC dari salji
Nak tadah salji yang turun letak dalam mangkuk lepas tu tuang sirap dan jagung. Siap boleh refill lagi. McDonalds pun takde menu ni.


Berguling atas salji
Ini kot beza salji dengan hujan. Kalau baring atas air hujan, basah baju. Baring atas salji tak basah kot. Aku rasa la.

Lahirnya pemain ski jumping
Masing-masing beli skate dia tu lepas tu terjun dari atas tempat tinggi. Siapa yang duduk apartmen atau flat tu untunglah.



Marathon ribut salji
Berlari dalam ribut salji tak sama macam berlari atas padang. Tak berpeluh sebab sejuk. Tapi berlari dalam ribut salji boleh membawa maut kalau lawan arus.

Mandi air batu
Buat pertandingan siapa boleh tahan paling lama dalam tu. Mandi air sejuk ni banyak kelebihan dia. Boleh berubat penyakit. Tapi jangan amal sangat. Boleh dapat penyakit jugak. Tak pasal-pasal kena penyakit taun. Ok, itu tipu.

Bilangan pelancong berkurangan
Biasanya pada musim sejuk, pelancong datang ke Malaysia sebab dekat sini tak sejuk macam sana. Tapi kalau dekat sini pun sejuk, baik diorang lepak kat sana je.

Futsal atas salji
Mesti tak nampak garisan dengan tiang gol sebab semua putih.

Meluncur atas salji
Akan jadi favourite tak kira di bandar atau kampung. Boleh guna penutup tong sampah, kuali atau pelepah kelapa. Juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Perang bola salji
Kalau tak puas hati, ambil je salji bawah kaki kita lepas tu gumpalkan dan baling. Nak baling batu kan takut cedera jadi balinglah salji ni. Tak masuk mata pun. Jangan risau.

Ada tempat membakar dalam rumah

Jangan bakar dekat bawah langsir sudah. Terbakar rumah kang. Aku tak tau

Cari kayu api kena jadi hobi
Kalau nak membakar macam kat atas ni, carilah kayu api. Takkan asyik nak main je.


Bilangan kemalangan meningkat
Dengan cara pemanduan rakyat Malaysia, kemalangan dijamin bertambah berkali ganda. Konfem punya la.

Bilangan Mat Rempit berkurangan
Aku tak tahu kalau ada Mat Rempit tegar yang akan merempit dalam salji.

Kenaikan harga viper kereta
Viper adalah benda paling kerap rosak dalam musim salji. Jadi sediakan viper sebelum salji.

Siaran Astro tergendala
Selama ni kalau hujan sikit, Astro dah hilang siaran. Bayangkan kalau salji? Aerial pun boleh patah.


Tapi semua ni angan-angan je lah. Entah bila Malaysia nak ada salji.




Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari natal kepada mereka yang menyambutnya. Lagi satu, kalau korang berkesempatan jugak, jangan lupa untuk menghadirkan diri di Rumah Terbuka Malaysia Krismas kat Perkampungan Portugis Melaka. Jom ramai-ramai


note::ape korang nak buat kalau Malaysia ada salji eh?



23 December 2010

sedarkah kita?

Teringat mase kecik-kecik dulu, selalu dengar orang-orang tua cakap “hasil takdak takpa, semangat tu yang penting!”. Dulu tak faham erti “sarcastic” tu apa. Ingatkan betullah nak bagi semangat, tapi bila fikir-fikir balik, aikk, nak memerli rupanya. Makan dalam ni aku rasa berlaku pada semua orang. Bagi aku “cakap berkias” ni dah menjadi adat masyarakat kita.


Contoh terbaik la kat facebook. Korang boleh lihat, setiap kali kat paparan “News feed”, akan ada dua tiga orang rakan kita yang akan menggunakan bahasa kiasan untuk memerli orang lain. Ayat seperti "aku ada kesah ke kalau ko nak _____ ", "terserempak dengan betina gatal" atau "kalau nak wat jahat tu, pikirlah orang lain" .Mesti la korang penah baca kat tetingkap pesbuk korang tu. Ayat-ayat seperti itu tanpa segan silu cuba mengkritik orang lain dengan harapan orang itu akan sedar. Namun, kawan-kawan sedarkah kita bahawa orang lain juga boleh mengagak siapakah yang kita maksudkan dan seterusnya ia akan mengundang salah sangka. Ada pula dari kalangan kita memblock pula orang yang ingin kita tujukan kritikan tersebut. Alangkah tak bijaknya.

So pengajarannya, kita gunakanlah ruang yang betul dalam menyalurkan ketidakpuasan hati kita. Hidup ini indah dan perlu kita perindahkan dengan sesuatu yang boleh dipuji bukannya dengan sesuatu yang orang boleh katakan sebagai bodoh. Kalau tak puas hati sangat, pegi dekat orang tu, dan lempanglah dia, moga-moga dia mendapat rahmat. Ye tak?

So, kepada Cik Kiah yang telah memblock aku kat pesbuk, aku mintak maaf la kalau ape-ape kiasan aku tu ade menyinggung perasaan kau. Kita manusia, sentiasa melakukan kesalahan. Buang yang keruh, amik yang jernih. Ok?

note::hiduplah dengan harmoni sebab hidup ni sekali jer. Da mati nanti, hidup lain lak.

19 December 2010

cepat katakan TAK NAK!


Info menarik mengenai rokok untuk tatapan korang sume.

Jumlah penduduk dunia - 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam - 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia - 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok - lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia - Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel.

Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta.

Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok.

Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta sehari.

Sedarlah :

Perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 juta setahun.

Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita berasa apa-apa?

Masih mahu merokok lagi?

Berhenti yer... korang pasti boleh !!!

note::katakan TAK NAK pada merokok

17 December 2010

kita anak-anak MILLENIUM

Ini adalah versi Tazkirah Jumaat dibawakan khas oleh amaraizat.blogspot.com


Cuba bayangkan.

5 atau 10 tahun akan datang, bila korang dah ada anak. Bagi mereka yang mahukan anak mereka 'menjadi orang', anak-anak akan diasuh dengan nilai yang boleh diterima oleh orang-orang sekeliling. Dari segi agama, akhlak, common sense, budi bicara, komunikasi, pergaulan sesama manusia dan makhluk lain dan banyak lagi. Semua perlu dijaga sehingga kita sendiri berasa agak mustahil untuk mempunyai anak yang begitu sempurna budi pekertinya. Sebab kita, sebagai anak-anak zaman sekarang sudah merasakan betapa mustahil semua itu. Ye tak?

Tanya je orang-orang disekeliling, ada lagikah budak lelaki yang tak pernah melihat tubuh wanita bogel sekarang ni? Ada lagikah si perempuan yang duduk di dapur menemani ibunya? Ada lagikah remaja yang tidak suka bersosial bersama kawan-kawan? Ada lagikah yang tak faham bila orang berkata "p*k*m*k" dan "f**k you"?

Sebab kita sendiri dah nampak, betapa besarnya pengaruh luar terhadap kita. Betapa banyak medium yang disalurkan kepada kita. Paling dekat ialah kawan-kawan. Kemudian media. Kemudian orang sekeliling. Kemudian diri sendiri yang cuba mencari anjakan la konon. Terlalu banyak faktor sehingga kita merasakan kalau sekarang sudah begitu telus anasir-anasir negatif disalurkan kepada kita, macamana agaknya lagi 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? 30 tahun?

Sekarang pun bukan tak pernah berlaku. Sudah ada sipolan binti sipolan ni depan mak ayah alim bertudung labuh, di belakang mereka buka tudung pakai baju ketat nampak tatu salib di dada. Dah kita jumpa sipolan bin sipolan depan mak ayah cakap sopan, belakang mereka lepak dengan kutu rayau, mat ganja, dadah, kaki judi. Depan awek bukan main manis, bila berjauhan pergi clubbing dengan member bawak 'apam' sebarang dua. Ni baru pengaruh persekitaran. Ish ish. Nauzubillah

Macam mana dengan pengaruh media? Korang tau macam mana Marilyn Monroe dapat berjaya kat Hollywood? Korang tau apa yang terjadi antara orang yang bernama Norman Hakim dan Abby? Apa cerita terbaru Mas AF? Macam mana Kurt Cobain semasa dia hidup dan macam mana dia boleh mati, korang tau? Kisah hidup mereka semua ni menjadi tatapan kita sehari-harian dan pelbagai judgement dibuat. Macam-macam ulasan, tohmahan, pujian, lambungan dan cacian diberi.

Sekarang aku nak tanya la, pernah korang jumpa diorang semua tu depan mata? Tak pernah kan? kan?

Tu lah pengaruh media. Daripada tak kenal, kita jadi kenal. Semua benda dari setiap penjuru didedahkan. Britney Spears masuk tandas awam tak pakai kasut pun orang tau. Itu baru benda yang remeh macam tu. Kalau orang kecoh pasal ahli parlimen punya gambar separuh bogel disebarkan, kisah pramugara terlampau, artis dipalat bila gambar bogelnya disebarkan bekas kekasih, mesti korang Google kan? Agak kalau ada orang 'ter'rakam gambar Awie korek hidung pun, mesti lu orang nak Google gak kan? Tipu la kalau tak Google.

Ingat, tak semua benda yang kita lihat, kita dengar, kita cakap, kita rasa, ditapis dari perkara negatif. Satu-satunya modal insan yang penting untuk menapis benda negatif ini ialah diri kita sendiri.

Bagi aku, ada 3 perkara untuk ditafsir setiap apa yang sampai kepada kita iaitu baik buruk, bijak dungu, dan menang kalah. Kita sendiri yang tentukan. Baik atau buruk sesuatu benda itu, adakah keputusan kita (baik atau buruk) itu adalah sesuatu yang bijak atau dungu, dan adakah menjadi bijak atau dungu yang membuatkan kita menang? Ataupun kita sanggup kalah semata-mata untuk dianggap bijak?

note::fikir-fikirkan lah!


15 December 2010

MAGIK rahsia hati korang

Hari ni aku nak bawak korang menerawang ke alam magik! Istimewa dan unik. Korang pasti teruja melihatkan keajaiban permainan ini. Mudah je caranya. Jawab soalan yang aku bagi. Tapi, mesti la jawab dengan seikhlas budi hati sanubari. ecehh. Jawapan-jawapan ni juga bakal menceritakan siapa korang sebenarnya.


Hanya tiga minit diperlukan! Jangan berlengah. Ayuh mulakan sekarang.


Peraturan: Sediakan kertas dan pen. Pakai kapur ngan papan hitam pon boleh.keh keh. Kalau korang dikehendaki untuk tulis nama seseorang, pastikan mereka-mereka itu benar-benar wujud. Jangan pulak korang letak nama Puteri Ezora dari Planet Zadora tu. Yang tu Putera Amar yang punya. hahha.


AMARAN KERAS: Dilarang melihat jawapan terlebih dahulu.


Step 1: Tulis nombor 1 hingga 11 dalam satu kolum. (berturutan ke bawah)


Step 2: Kat sebelah nombor 1 ngan 2, tuliskan dua nombor yang korang suka. Nombor ape-ape pon boleh. Jangan nombor ekor sudah.


Step 3: Disebelah nombor 3 ngan 7, tuliskan nama individu berlainan jantina ngan korang. Jangan tulis yang sama jantina ngan korang. Tak memasal orang tuduh korang gay atau lesbo nanti. Gunakan gerak hati.
(1 nombor, 1 nama je)


Step 4: Kat sebelah nombor 4, 5 ngan 6 tuliskan nama sesapa je yang korang sayang. Tak kisah la nak letak kelaurga atau nama kawan-kawan korang.
(1 nombor, 1 nama jugak)


Step 5: Tuliskan empat tajuk lagu yang korang paling suka kat nombor 8, 9, 10 dan 11.
(1 nombor, 1 lagu)




Tiga minit dari sekarang!












































JAWAPAN
Nak tau kaitan nombor dan jawapan yang korang bagi tu? Ok, semak kat bawah


1. Bilangan individu yang akan korang bagitau untuk permainan magik ni. (Jawapan untuk nombor 2)


2. Nama individu kat nombor 3 tu adalah si dia yang korang cintakan sebenarnya. He he he


3. Nama individu yang kat nombor 7 tu adalah si dia yang korang tak bape nak suka tapi masih boleh dipertimbangkan. Ye tak?


4. Korang paling prihatin dan amik berat kat individu nombor 4.


5. Individu kat nombor 5 tu adalah mereka yang sebenarnya amat memahami korang.


6. Nama yang korang letak kat nombor 6 adalah pembawa tuah korang.


7. Tajuk lagu yang nombor 8 tu adalah sesuai untuk korang bagi kat individu nombor 3.


8. Tajuk lagu kat nombor 9 tu adalah untuk kat si dia bernombor 7.


9. Jawapan kat nombor 10 tu adalah lagu yang dok cerita pasal fikiran dan pandangan korang. Woooo! Berpandangan jauh la konon.


10. Lagu kat nombor 11 tu adalah lagu yang menceritakan pasal apa yang korang rasa tentang kehidupan yang fana ini..


Jadi macam mana? Terkejut tak? Kagum atau takut? Jangan bimbang la. Ia sekadar permainan dan secara kebetulan je. Jom kongsikan bersama-sama teman tersayang!

note::gerak hati adalah kurniaan paling berharga. bukan drama GERAK KHAS ye tuan-tuan


13 December 2010

lunch hour



Korang mesti pernah mengalami situasi ni kalau korang seorang yang bekerjaya. Kepada yang sedang belajar, korang boleh jadikan benda ni sebagai pedoman.kehkeh.

Actually, malas nak buat introduction panjang-panjang sebab aku pon bizi skang ni. So, straight to the point je la.

TURUTAN PERLAKUAN LELAKI WAKTU LUNCH
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Gi surau

TURUTAN PERLAKUAN WANITA WAKTU LUNCH
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. …
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!

Amacam ? Banyak beza kan? Kepada perempuan-perempuan di luar sana, jangan marah naaa.

Credit to amazing nara

note::cubalah kaum wanita buat 10 step mcm lelaki tu je. jimat masa dan tanaga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...