30 December 2010

fenomena SOCIAL NETWORK sekarang



Sekarang aku nak cerita pasal rangkaian sosial. Kalau korang dok kat Amerika sana, diorang panggil 'social network'. Saja nak bagitau. Nanti korang kata aku jahil English pulak.

Rangkaian sosial adalah web yang mengaplikasikan profail individu untuk tujuan sosial di alam maya seperti Myspace, Friendster, Tagged, Hi-5, Facebook dan macam-macam lagi. Aku tak tau pun yang lain, jadi kalau letak "macam-macam lagi" lebih senang. Dengan adanya rangkaian sosial ini, kita dibolehkan untuk berhubung dengan individu lain di dalam planet Zadora ini dengan hanya berbekalkan seketul komputer dan sambungan internet. Aik? Apahal dah jadi macam tenaga pengajar kat Fakulti IT pulak ni? Takpe, aku ada potensi nampaknya.

Kita boleh letak gambar (biasanya yang terbaik dari ribuan gambar dalam simpanan), menghantar komen, mencari rakan lama yang terputus hubungan, menceritakan pengalaman melalui gambar, berkumpul dalam satu kumpulan dan membuat diskusi, berkongsi minat, luahkan perasaan, luahkan geram, tunjukkan sayang, memberikan ulasan terhadap gambar atau profail orang lain, mempromosi barangan, mempromosi diri, mempromosi boifren atau gelpren, tunjukkan pada dunia kita tengah bahagia, tengah sedih, sebarkan berita terkini tentang kita dan orang-orang di sekeliling kita...


Banyak benda boleh buat dengan rangkaian sosial. Fenomena yang seringkali kita dapat lihat adalah:


"Comment my pic please..." 
Apabila buka satu-satu profile antara jutaan yang ada, ada segelintirnya yang buat aku tertarik. Macam-macam ragam dunia dapat kita lihat disini. Dapat jumpa profile yang banyak album gambar. Bagi yang nak tengok kecantikan kejadian, profile macam ni lah yang mereka cari. Gerenti add punya lepas tengok gambar-gambar dia. Tetapi semuanya penuh dengan gambar dia seorang sahaja. Dalam album A, gambar dia dalam bilik pakai baju ungu seluar hitam. Album B penuh dengan gambar dia seorang pakai baju kuning pula, gaya rambut lain sikit. Album C pula semua 24 gambar dia tengah camwhore dengan kawan-kawan sekolah. Yang pasti, muka itu-itu sahaja. Cuma gaya je lain-lain. Letak jari kat pipi, muncungkan bibir, buat muka sedih, beliakkan mata, macam-macam lah. Yang ini mempromosi diri. Jenis nak kumpul peminat seramai mungkin. Hak dia, biarlah. Yang kesiannya dia.


"Add lah I taw..." 
Biasanya perempuan yang cantik-cantik je. Letak gambar terbaik, tulis ayat manja-manja sikit, status pula 'single'. Pakej yang sudah memadai untuk mengumpul ramai "rakan maya" dalam waktu yang singkat. Dia tak kira, asal ada permintaan untuk menjadi kawan, mesti dia approve. Nak test market. Kesian kat dunia dia, lebihkan 'maya' dari 'realiti'. Ye tak?


"Can I have some privacy, guys?" 
Macam ade something wrong pada statement di atas. Minta privasi di alam internet. Amende le. Macam ni lah. Kalau korang dah mendaftar diri dalam rangkaian sosial ni, korang dah membuat satu agreement yang menetapkan bahawa hidup korang dah tak ada privasi. Nak sangat merasa jadi artis, kan? Jadi bila orang komen macam-macam terhadap korang, komen gambar-gambar korang, ramai nak minta masuk dalam friendlist, lepas tu kalau tak reply mesej kena marah, janganlah nak mengeluh. Boleh?


"Bro, buat apa sekarang? Nak jadi kaya tak?" 
Yang ini pula spesis rasa diri bijak. Bisnes melalui strategi konon. Kononnya, akan dapat tarik seorang-dua masuk jadi downline dia. Memang keji lah bagi aku. Dahlah memburukkan kerjaya lain, lepas tu guna gambar perempuan cantik pulak tu sebagai tarikan. Ada jugak yang letak gambar duit banyak-banyak dan gambar kereta laju. Sengal kuasa dua punya orang. Tak tahu adab bersosial betul. Hari-hari tag gamba duit kat aku.


"Abang sayang ayang" 
Yang ni agak berbulu aku tengok. Pasal aku sendiri pernah hadapi. Nama profail lelaki, tapi dalam tu penuh dengan gambar buah hati dia. Sampai kawan-kawan suma dah jadi keliru. Adakah aku dah salah add orang? Atau pun si Leman ni dah tukar jantina? Orang jiwang yang kongsi profail friendster dengan awek camni selalunya jenis rambut sikat belah tengah, pakai minyak wangi tebal-tebal, pencuci muka beli tiap 3 hari, stokin wangi, kalau bagi surat cinta mesti taruk bedak, suka nyanyi lagu Indon, selalu baca novel, suka tengok drama Korea pastu nangis sorang-sorang, henset terima mesej 24 jam. 


Tapi tu lah, hak masing-masing. Aku tak ada hak langsung nak halang. Cuma aku kemukakan pendapat aku tentang hal ni. Mana yang salah bagi aku, mungkin betul bagi orang lain. Hak masing-masing. Maaf la kalau terasa. Takde kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian


note::sekarang ni pagi Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) melonjak naik die punya fanpage. Tak lama lagi boleh lawan fanpage cik awek lisa surihani.keh keh


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...