12 June 2012

minta pada Dia. bukan pada makhluk.


"mar, aku dah frust ni.. dah macam-macam aku cuba, tapi dia tetap tak berubah!" keluh sorang member guwa.

"so, sampai bila ang nak sedih macam ni?"

"entahlah mar. aku pun tak tahu.. biar la macam ni.. aku dah penat."

"eh, ang janganlah macam ni."


.................................................


guwa suka untuk bawak angpa semua berfikir.

andaikata satu hari nanti Allah hanya menjadikan malam untuk kita, siapa lah agaknya yang akan dapat menerangi malam itu kembali?

takdak siapa yang mampu. sedangkan kita yang sebaik-baik ciptaan pun tak mampu melakukannya.

dan guwa nak simpulkan satu jawapan untuk luahan member guwa ni.

rasa sedih dan kecewa itu datangnya daripada Tuhan. Dia campakkan ke dalam hati kita untuk menguji.

dan di saat Allah mendatangkan rasa itu, siapa yang dapat menghilangkannya selain Allah?

paham kan?

hidup ni simple. jangan rumitkan kehidupan angpa.

jangan berasakan yang angpa telah kehilangan segala-segalanya di saat angpa sedang bersedih.

kerana Dia sentiasa ada, menunggu hamba-hambaNya untuk meminta kepadaNya.

lagi diminta, Dia lagi suka.

mintak je. tak susah.
mintak biar rasa kecewa tu pergi.

Allah takkan ulang persoalan yang sama, melainkan ada ibrah disebaliknya. sebab tu kita perlu buka mata.

mata hati, mata jiwa.



ringan-ringankanlah tangan untuk sentiasa berdoa kepadanya.

minta pada Dia. bukan makhluk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...