15 November 2012

bayangkanlah mereka itu sebagai abang, kakak, adik, ibu dan ayah kita.




kalau kita tengok hari ini, Masjidil Al-Aqsa telah pun dikepung semula oleh satu bangsa yang cukup angkuh dan bongkak. bangsa ini merasakan hanya bangsanya yang layak mentadbir dunia kerana kemuliaan yang ada pada bangsa ini. bangsa ini juga merupakan keturunan daripada para anbiya', tapi para anbiya' ini telah mereka bunuh dengan sewenang-wenangnya. merekalah bangsa Yahudi laknatullah yang Allah firmankan akan bawa kerosakan di bumi.



Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." [Al-Israa': 4]



ketika kita disibukkan dengan propaganda daripada media zionis dan sekutunya tentang isu-isu dunia dan hiburan, mereka dengan sewenang-wenangnya membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.




ketika kita sedang asyik dilamun cinta terlarang dengan si dia, mereka dengan selambanya membina tembok-tembok besar yang memisahkan kasih sayang antara ibu dan anak, sahabat dan teman.


ketika kita sedang asyik makan-makanan mewah direstoran-restoran berprestij, rata-rata daripada rakyat Palestin mati kebuluran kerana bekalan mereka disekat oleh puak zionis.



lalu, dimanakah kita sebenarnya?



kenapa hari ini kita terus berdiam diri?



Rasulullah SAW bersabda :



Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [HR Muslim]



kenapa hari ini kita tidak peduli pasal mereka?


apakah kerana isu ini berlaku di tanah 'Arab maka ia menjadi isu orang-orang arab?



apakah kita tidak punya perkaitan langsung dengan mereka di sana?



Allah SWT berfirman :



Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]




bukankah mereka itu saudara kita, Saudara seakidah yang lebih kuat daripada hubungan darah?



hubungan antara kita tidak akan dipisahkan melainkan salah satu daripada kita mensyirikkan Allah SWT.



bayangkanlah mereka itu sebagai abang, kakak, adik, ibu dan ayah kita. bayangkan mereka dibunuh di hadapan kita dengan penuh kejam. apakah kita hanya akan berpeluk tubuh?



sudah tentu tidak. sudah tentu kita akan menuntut bela atas kematian mereka. sudah tentu kita akan berusaha menyedarkan dunia tentang kekejaman yang berlaku. sudah tentu keadilan hakiki lah yang kita pinta.



ayuh, perbaikilah diri kita. janganlah terleka dan terpedaya dengan propaganda zionis. binalah kefahaman yang benar agar kita tahu yang mana satu yang Haq dan mana satu yang Batil. infaqkanlah harta dan jiwa kita untuk bebaskan Al-Aqsa dan saudara kita di sana. ajak dan serulah kepada sahabat-sahabat yang masih kurang perihatin tentang keadaan saudara mereka sendiri.



jadilah insan yang akan melakar sejarah Islam dan pembebasan Al-Quds. jadilah orang-orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, para sahabat, salafusoleh dan para mujahidin.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.." [Yusuf : 108]




Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus berada di landasan yang benar.


InsyaAllah..


15 September 2012

antara beruk dan manusia



pada suatu hari ada seekor cucu beruk yang masih kecil bermain kat tepi sungai. bila penat bermain, ia duduk kat atas sebatang pokok ditepi sungai tu.

tak berapa lama, tiba tiba sang beruk melihat seorang lelaki berjalan menuju sungai membawa timba dan kain basahan. si beruk terus diam memerhatikan lelaki itu mandi di sungai, menggosok gigi, bersabun dan bersyampoo.


bila selesai mandi, lelaki itu pun memakai pakaian yang cantik dan rapi. kemudian ia pulang.


datang pulak beberapa orang perempuan untuk mandi dan membasuh pakaian. mereka mandi dan membersihkan diri lalu pulang ke rumah.

cucu beruk ini tak habis fikir, lalu ia pun pergi mencari neneknya untuk memberitahu apa yang baru dilihatnya.

“neeek!!!” jerit sang cucu.


“ada apa, cu?” jawab sang nenek terkejut.


“alangkah seronoknya jika kita jadi manusia, ya nek!” kata sang cucu.


“seronok? apsal cucu cakap macam tu?” tanya si nenek kehairanan.


“aku baru mengintai manusia yang sedang mandi di sungai. seronok sangat nampaknya, nek. dia gosok gigi, bersabun dan bersyampoo. sesudah mandi dia lap tubuhnya, lalu memakai pakaian yang cantik. kalaulah kita jadi manusia, ya nek!!!” kata sang cucu.


“alaa... cucuku, sebenarnya tidak seronok jadi manusia!” kata sang nenek tegas dan meyakinkan.


“kenapa, nek?” sang cucu ingin tahu.


“manusia mempunyai banyak kewajipan dan larangan, cu. pada bulan Ramadan diwajibkan puasa ke atas mereka. mereka diwajibkan untuk sembahyang lima kali sehari, kena tutup aurat.. jika mereka tidak akur, mereka berdosa dan mendapat seksa di akhirat. mereka juga dilarang mencuri, main nombor ekor, bersifat angkuh, memutuskan silaturahim dan banyak lagi”, sang nenek menjelaskan.


“yakah, nek? cucu baru tahu nie,” sampuk sang cucu kehairanan.


sang nenek melanjutkan: “sebenarnya, cu, lebih seronok jadi beruk macam kita ini berbanding jadi manusia. kita beruk tak ada kewajipan puasa, kita bebas makan bila-bila masa kita suka. kita juga tidak dilarang mencuri, pisang orang pisang kita, rambutan orang rambutan kita, jering orang jering kita, durian orang durian kita juga. kita tak payah nak tutup aurat, bulu-bulu kita ni ada.. pendek kata, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita suka bila-bila masa.”


“jadi, jika ada di antara manusia keberatan sembahyang, keberatan berpuasa, taknak tutup aurat silakan sahaja jadi beruk, ya nek?” kata sang cucu yang semakin bijak.

“tepat sekali cu,” balas si nenek.  

 

25 July 2012

don't be sad. Allah always with us.




waktu kita tempuh onak duri dunia, mesti derita akan cuit hati kita sekali sekala. hati remuk hingga menangis tanpa henti. kesedihan tu akan terus menerus bersemadi dalam hati.


waktu tu, sabar pun dah tak berguna lagi. 


dalam terharu, walau tak banyak, air mata akan tertumpah jua.


wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan dunia. 
sungguh! 
kita tak akan dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. 


adakalanya kita gembira, kita lupa pada yang sedang derita.
adakalanya kita tersangat kecewa, mereka sedang bergelak tawa.


namun, jangan risau manusia. 


Allah tu Tuhan kita.
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNya.


percayalah.
Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum di sana. tertawa di sana. berbahagia di sana. ya, di sana. di mana?


InsyaAllah di Syurga.
yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Indahnya!


di dalam hati manusia ada satu bentuk kekusutan dan tidak terurus kecuali menerima kehendak Allah.


wahai hamba Allah,
jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pon keesokan harinya.


kesedihan demi kesedihan akan membuatkan anda semakin terperusuk dalam keputusasaan.
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna.


padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih SyurgaNya yang tersangat indah.
serta bebas dari segala kesedihan.


disebabkan kesedihan juga air yang manis boleh rasa pahit
makanan yang sedap boleh rasa hambar
mawar mekar mewangi jadi layu.


ingat, tangisan terindah itu bila butir air mata mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita kerdil sangat.
dan begitu berdosanya kita disisi Allah.


hamba Allah, wahai sahabat saya
lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup jangan mudah putus asa


senyuman yang kau berikan, air mata yang kau titiskan
simpan.
jadikan tauladan. 


semua yang kau pandang dan dengar
simpan.
buat pedoman.






p/s: sebenarnya hati aku remuk sangat. semua data dalam laptop hilang. kosong. sedih. kecewa. Allah....

12 July 2012

cinta tu dari Tuhan. biar dia datang sendiri. bukan kita yang cari.





"apsal kau pendam ni? macam mana dia nak tahu yang kau sukakan dia?"


"saya bukan saja-saja pendam bang.. banyak benda yang main dalam fikiran saya.."


belajar.

yang paling penting, agama.

"kalau saya luahkan bang.. saya mesti angau nanti.. study ntah ke mana.. agama saya ke mana.. masa depan..? lagi ke mana.."

masalah yang sentiasa berlaku dalam jiwa remaja.
ya, guwa mengaku. memang guwa antara yang mengalami situasi begini..


**************************************************************


"habis tu, selama ni kau samarkan perasaan kau kat dia la..?"

"tah la bang.. ye kot.. saya memang saja tak nak bagitahu dia..
dah la bang.. benda ni dah lama la.. dia pun dah ada orang lain.."

"eh, kau tak frust ker..?"

 kecewa atas kesilapan sendiri.

tak berguna.

biar masa yang menentukan, segalanya.


**************************************************************



"jadi kau sekarang macam mana?"

"macam mana? macam ni je la bang.. teruskan belajar.. timba pengalaman.. saya tak sedih la bang.. ada la sebabnya tu kenapa dia pergi.. mungkin orang yang dia pilih tu jauh lebih baik daripada saya.. kan?"

tenang.

dengan senyuman lagi dia berbicara..

"saya nak belajar pandai2.. biar sampai berjaya.. dan paling penting.. saya ada Allah.. nak takut apa? bila dah berjaya nanti.. time tu baru sesuai nak bercinta ker.. kahwin pun boleh.."


**************************************************************



motivasi padanya untuk hilangkan kecewa. biar hilang bekas parut yang terbuku di hatinya.

kecewa.

supaya sabar.

untuk ke syurga...


**************************************************************



"jadi, apa erti cinta bagi orang yang memendam macam kau ni?"

"Cinta itu daripada Tuhan.. dan biarlah cinta tu datang sendiri.. bukan saya yang cari.."


**************************************************************

guwa tersentak. betul katanya.
perbualan kami terhenti takat tu saja.



10 July 2012

asal usul kejadian manusia




betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… 

pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, tetapi bila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. 

lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. 

lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. kata Allah: "hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu". apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia". maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. 

lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

**************************************************************


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 
  1. tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 
  2. tanah Bukit Tursina 
  3. tanah Iraq 
  4. tanah Aden 
  5. tanah Al-Kautsar 
  6. tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. tanah Paris 
  8. tanah Khurasan 
  9. tanah Babylon 
  10. tanah India 
  11. tanah syurga 
  12. tanah Tha’if 


Kata Ibnu Abbas : 

  • kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 
  • telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  • dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 
  • mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 
  • matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
  • giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
  • tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 
  • tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak. 
  • perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 
  • tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
  • dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
  • hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya. 
  • lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 


**************************************************************



PROSES MENJADIKAN MANUSIA? 

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 

3. sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan disirami dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 

4. kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 

5. demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. 

menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. 

hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang dibawah badan letaknya. tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

dijadikan pula lima buah pancaindera : 

1. mata alat penglihatan 
2. hidung alat penciuman 
3. telinga alat pendengaran 
4. mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya. 
5. anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 


**************************************************************



setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam: lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. 

setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. 

ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah”. oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. 

kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :

Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa.(Al-Israk:II

maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. maka seketika itu terasalah lapar. kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. 

setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...