30 November 2010

TALQIN terakhir!

Tahukah korang semua apa yang semakin menghampiri kita dan sedikitpun tidak menjauhi kita?
Tentunya KEMATIAN!


Kita semakin menghampiri kematian, tidak terlewat sesaat ataupun terawal sesaat. Semuanya adalah ketentuan Ilahi.


Jadi kita sesama Islam haruslah ingat mengingati. Entri kali ini membawakan kepada korang semua akan BACAAN TALKIN yang seringkali dibacakan oleh Tok Imam selepas daripada pengembumian jenazah.


Sebenarnya BACAAN TALKIN ini adalah untuk mengingatkan dan mendekatkan kita kepada kematian. Jadi, marilah kita bersama-sama baca dengan teliti. Moga-moga apa yang disampaikan akan dijadikan panduan oleh kita semua, InsyaAllah.


***************************************************





Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, (ni sebagai contoh)
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, 
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, 
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH,  tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah Wahai MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN NORIAH, 
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

*****************************************************

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

note::sesungguhnya kematian sentiasa menghampiri kita

27 November 2010

skema soalan SPM tahun gajah



Secara jujur, aku dah malas nak hupdate belog lagi hari ni. sebabnya dah dua entri aku buat arini. Tapi ade pulak satu makcik comel ini dah tag aku, so marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawap ini. Semua soklan akan dijawap berdasarkan skema peperiksaan SPM tahun gajah. ok, itu tipu.

Baik lah cik dotdot, dengar baik2 ya.

01. what's your middle name?
aaron aziz. sebab nama wa MUHAMMAD AMAR AARON AZIZ AIZAT BIN ABDULLAH.kehkeh

02. how big is your bed?
king size bed. boleh main lontar peluru ngan bini

03. what are you listening to right now?
dengar lagu Negaraku. cepat berdiri tegak!


04. what was the last thing you ate?
malam tadi tak makan ape-ape la. mogok lapar.haaaaa


05. how is the weather right now?
skang ni nyaman je kat sini. sebab sekarang musim bunga. tunggu la musim luruh nnt

06. who was the last person you talked to on the phone?
lecturer. nak bagitau die yang saya rindu dekat die. ok, itu tipu 

07. what is the first thing you notice in the opposite sex?
cantik dan cute 

08. favourite type of food?
ape-ape pon makan. janji bukan ikan bilis mentah.fobia

09. do you want children?
oh, nak le. nak 3 pasangan kembar!

10. what do you drink?
air yang halal dan yang halal-halal belaka

11. fave holiday?
mana-mana pon pergi, janji hepi. jom oliday!

12. favourite season?
mestilah musim mengawan.hahha


13. have you ever cried over a boy?
pernah.pernah.tyme saya berebut choki2 ngan pakcik

14. last movie you watched?
entahla. tgk pon lima tahun sekali kott. paling last cite Lagi-lagi Senario 

15. what books are you reading?
tak baca pon. saya buta hurufff
 
16. piercings?
ade.ade.kat kepala.eh? boleh jadi wali tak??haha.tipu je la

17. favourite movie(s)?
semua muvie yang best kecuali 2 ALAM Dr Rozmey tu

18. what are you doing before filling this out?
makan.makan.makan 

19. have you ever loved somenone?
tak remaja la kalau tak bercinta

20. are you hiding something from someone?
ade kot

21. first thing you thought about this morning?
nak tau ade sarapan ape hari ni. lapar kot
 
22. favourite hangout?
lepak-lepak kat mekdi smpi subuh 

23. 3 things/persons you cannot live without?
laptop aku, handet dan keluarga.ahah

24. what are you afraid of?
takutkan Allah.sobs.sobs.sobs 

25. what are your nickname?
kan dah cakap tadi. aaron la

-KERTAS SOALAN TAMAT-

p/s:cik dotdot, saya curi gamba awk satu.hehe.sori

note::selamat membaca ye cik dotdot


episod gembira dan duka di GUANGZHOU


GUANGZHOU: EDISI SUKAN ASIA 2010

Salam sejahtera semua! Semoga korang semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Hari ini sukan Asia yang berlansung di Guangzhou akan melabuhkan tirainya, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh kontinjen Malaysia dalam edisi pada kali ini.
Jika sebelum ini kontinjen negara kita telah mencapai sasaran pingat emas di New Delhi dalam sukan komanwel, semalam kontinjen Malaysia akhirnya berjaya mencapai juga sasaran pingat yang telah disasarkan iaitu 9 pingat emas. Pingat emas ke-9 yang telah dimenangi oleh kontinjen Malaysia adalah melalui sukan skuasy dalam acara berpasukan wanita yang diketuai oleh ratu skuasy negara, Dato’ Nicol Ann David.
Aku dah mengikuti Sukan Asia Guangzhou ini sejak dari awal pertengahan temasya lagi, banyak perubahan ketara yang aku dapat lihat. Sudah pastinya banyak kejayaan yang tidak diduga yang telah dicapai, terutamanya pasukan hoki lelaki Malaysia yang pada mulanya tidak mensasarkan sebarang pingat. Tetapi telah terbukti apabila, mereka berjaya mencipta sejarah yang tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final sukan Asia buat pertama kalinya dalam sejarah penyertaan.
Tetapi terus terang aku cakap, aku agak terkilan dengan aksi di pentas final apabila pasukan hoki kita tunduk kepada pasukan Pakistan 2-0. Memang tidak dinafikan, Pakistan mempunyai reputasi tersendiri dalam sukan hoki yang telah memenangi 7 emas dalam sejarah sukan Asia dan mereka telah berjaya mendapatkan emas yang ke-8 aritu.
Apa-apa pun, aku tetap berbangga dengan aksi pasukan hoki kita. Semoga mereka akan lebih sukses di masa yang akan datang dan mengembalikan reputasi pasukan yang digeruni sebelum ini. Tahniah daripada aku buat kontinjen Malaysia yang telah mecapai sasaran 9 emas di sukan Asia pada kali ini, semoga kontinjen Malaysia akan terus berjaya di masa yang akan datang. Malaysia Boleh!

GUANGZHOU: EDISI UMI AZLIM 2007


Gadis ini mengejutkan negara kerana berita penangkapannya dan didapati bersalah serta dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou.
Bagaimanapun, lulusan Ijazah Sains Biologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman itu yang kini ditukar kepada penjara seumur hidup. Umi Azlim yang baharu empat bulan menamatkan pengajiannya ketika itu bagai membuka mata rakyat Malaysia mengenai kemelut penipuan ini. Apa yang menimpa dirinya wajar dijadikan iktibar kepada kita semua, tidak kira sebagai seorang individu, anak ataupun ibu bapa. Simpati dan doa kepadanya dan juga insan lain yang teraniaya agar mendapat pengampunan dan pembebasan.


Sejak terpenjara, banyak perkara yang berlaku pada keluarga Umi Azlim di dunia luar. Sebagai anak sulung, tiga tahun berlalu, adik-adiknya semakin dewasa dan ujian seterusnya mendatang lagi apabila ibunya meninggal dunia.


Umi Azlim mungkin sama sahaja dengan gadis lain yang menamatkan pelajaran di universiti, mahu segera bekerja dan kemudian membantu keluarga di kampung. Niatnya murni namun langkahnya kecundang hanya kerana dia bersangka baik. 


Kalau korang ikuti perkembangan cerita Umi Azlim ni tahun ini adalah tahun ketiga Umi Azlim berada kat sana. Namun, Umi tabah melalui dugaan itu dan dia sempat memberikan pesanan kepada rakyat Malaysia melalui Konsulat Jeneral Malaysia kat sana.


Pesanannya kepada rakyat Malaysia terutama remaja dan gadis muda supaya berhati-hati dengan orang asing terutama dari Afrika, jangan mudah terpedaya dengan kata manis dan pujukan mereka. "Dia juga menasihati remaja lain supaya sentiasa mempunyai iman yang kuat kerana iman yang kuat dapat membantu kita daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak mendatangkan faedah terhadap diri sendiri," kata Umi Azlim.

Difahamkan kedua ibubapa Umi Azlim sudah pun merayu untuk mendapatkan pengurangan jumlah hukuman kepada Umi dan saya berharap mendapat ihsan daripada kerajaan China. Mereka juga menasihati remaja supaya sentiasa berhati-hati walaupun dengan kawan baik sendiri. Jadikan kejadian yang berlaku sebagai iktibar supaya diri tidak menjadi mangsa seterusnya.

Kesimpulannya, terdapat satu episod suka dan satu episod duka yang berada di Guangzhou. Kepada kontijen Malaysia, tahniah dan syabas aku ucapkan. Manakala kepada keluarga Umi Azlim banyakkan berdoa kepada Allah kerana ingatlah Allah S.W.T sentiasa ada untuk membantu kita

note::setiap masalah yang datang pasti ada penyelesaiannya


tugas RASMI syaitan!


IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.


Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing. Antara tugas syaitan ialah:
1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)
2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.
“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)
3. Menyesatkan manusia. 
“Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)
4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. 
“Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)
5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. 
“…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)
6. Mencari calon penghuni neraka. 
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)
7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. 
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)
8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.
“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)


note::banyak-banyakkan mengingati Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...