18 November 2010

MELAKA: negeri bandar teknologi hijau

20.10.2010

MELAKA MAJU 2010






*anda dinasihatkan untuk double click pada images di bawah untuk lebih jelas.tq












Hampir sebulan tarikh di atas menjengah buat semua warga Melaka.. peristiharan Melaka sebagai sebuah negeri maju bakal tersiar.. Ramai yang berasa bangga tapi ada jugak rakyat Melaka yang masih tak faham dan merasakan sebenarnya Melaka tiada kemajuan. Maaf cakap.. pemikiran macam ni kalau letak kat UK atau Jepun pun tetap rasa tiada apa-apa perubahan.

Jom kita selami secara minda logik betul ke Melaka ni khususnya dan mungkin Malaysia umumnya telah pun maju. Kita tolak tepi 32 indicators yang diterima pakai OECD (Organisation for Economic C0-operation and Development). Kita buat perbandingan hidup sebagai rakyat biasalah je la.

1) Dulu Melaka berapa ramai yang mempunyai kenderaan?? Hari ini hampir setiap rumah mempunyai kenderaan sekurang-kurangnya motorsikal. Pengusaha bas merungut sekarang ni sebab orang tak naik bas lagi.

2) Dulu nak kirim duit, kena pergi pejabat pos antara pukul 8.30 pagi - 4.30 petang jer. Berhari-hari orang sana nak tunggu duit tu. Hari ini tengah malam buta pun boleh hantar duit on the spot.

3) Orang cakap kita gile kalau nak makan burger pukul 3-4 pagi. Itu belum lagi kau cakap makanan boleh hantar kat rumah, mau sebulan diaorang gelak kat ko. Hari ini ko pergi je kat mana-mana McD (Ayer Keroh, Dataran Pahlawan dan Kota Mas) yang ada buka 24jam atau telefon la pizza dan McD untuk penghantaran ke rumah.

4) Dulu kalau orang Alor Gajah nak pergi Jasin, mahu mabuk muntah ijau dengan jalan bengkang bengkok tu. Hari ini tak sampai sejam dah tiba. Orang Muar kerja kat Melaka ulang-alik sebab boleh guna lebuhraya AMJ.

5) Dulu nak hubungi sesiapa kena beratur kat public phone. Kadang-kadang ada orang bergayut sesuka hati dia. Kita nak telefon 2 minit kena tunggu 2 jam. Hari ini budak sekolah rendah pun dah boleh guna telefon. Bayangkan mengikut perangkaan setiap 1,000 orang Melaka ada memiliki 1,393 buah telefon. Maknanya ada orang Melaka yang ada lebih dari 2 dan 3 telefon.

6) Dulu nak buat operation, kira dah boleh la mengucap awal-awal. Minta maaf apa yang patut. Siap-siap tulis wasiat ke. Hari ini dengan kurniaan teknologi dari Allah, insyaAllah kadar operation berjaya berada di tahap amat memuaskan.

7) Dulu masyaAllah nak dapatkan sebaldi air kena pikul kat sungai atau ceduk air perigi, sekarang sambil tidor pun boleh dapat air. 100% penduduk Melaka memperolehi air bersih.

8) Dulu kalau ko sebut Internet atau komputer kat mak bapak kau orang, mahu diorang ingat kau dah kena sampuk, hari ini korang anak beranak boleh bincang sistem yang terdapat dalam komputer.

9) Dulu korang pernah pikir tak boleh naik tempat tinggi tanpa memanjat pokok?? Hari ini korang naik Menara taming sari.. 110 meter. Lebih tinggi dari pokok kelapa.

10) Dulu bila malam, segala macam citer hantu akan timbul dalam otak kita. Dah la pakai pelita je.. jelaga pelita boleh buat hitam taik hidung. Nak keluar rumah malam buta??? jangan buat hal. Tapi hari ini tak cukup lampu putih, lampu warna warni korang letak kat rumah. Kalau kat bandar Melaka tu macam siang je korang tengok.


masjid selat, satu-satunya masjid terapung di Melaka

Melaka River Cruise


Istana TYT Melaka


kereta lembu


sky park

mydin beroperasi 24 jam. tempat lain ada?

satu-satunya air terjun yang tak boleh nak mandi

planetarium Melaka


balai cerap Al-khawarizmi

jonker walk


pemandangan sungai Melaka


Sebenarnya banyak lagi kita telah mencapai kemajuan dari segi fizikal. Kita je kadang-kadang tak perasan atau buat-buat tak perasan sebab rasa bersyukur tak pernah ada dalam diri. Yang kita tahu hanya mengkomplen je. Kalau mengkomplen membina aku respect la jugak.

Tak percaya cuba pandang satu benda disekeliling korang sekarang. Fikir tentangnya dahulu dan sekarang. Tanamlah dalam fikiran bahawa memang kita dah pun berada di dunia yang maju. Hampir lengkap segala-galanya. Bersyukurlah kepadaNYA kerana kita terpilih dicampakkan ke keadaan yang ada hari ini.

Sedar la banyak lagi tempat diluar Malaysia ni yang sangat-sangat teruk. Kalau diaorang diberi pilihan tukar kewarganegaraan dengan korang sejuta kali diaorang setuju...

note::jadi, Tahniah kepada Melaka khususnya dan Malaysia umumnya. Semoga lebih maju jaya.


3 comments:

syirakhalid said...

sebab tu saya sayang melaka dan nak balik melaka for god!!

amaraizat said...

kak syira::hahha.balik la melaka kak. tak best pon kat KL tu.

syirakhalid said...

memang nak sgt balik melaka. tunggu la habis belaja lagi empat tahun lagi..pastu nak mintak tukar posting pun amik masa gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...