21 November 2010

kebiasaan bagi kenduri di MELAKA

Agak-agak antara korang ramai-ramai ni, sape yang selalu pegi kenduri? Tak kisah la kenduri kawen ke, kenduri kematian ke, kenduri berkhatan ke atau pun kenduri kesyukuran sempena dapat mimpi BAIZURA KAHAR. ok, itu tipu. kehkeh. Walau apapun kenduri yang korang pegi,  sedikit sebanyak mesti ada beberapa amalan yang sama diamalkan oleh setiap rumah. Senang cite, macam peraturan kenduri la. haihhh

Kalau kat Melaka la majlis bacaan Yassin atau doa selamat lebih dikenali sebagai Kenduri. Ini berbeza dengan bahasa beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan sebagainya.. di mana Kenduri bagi mereka adalah jemputan perkahwinan... macam-macam. sebab tu kita kena tau semua bahasa negeri-negeri kat Malaysia ni. sebab kita kan 1 Malaysia. Ye tak? 

Tapi kali ni aku nak citer pasal protokol kenduri zaman dulu-dulu.. Zaman hari ini kebanyakannya guna kaedah buffet dan bukannya berbentuk hidangan. Kalau hidangan pun aku rasa ramai tak tau protokol atau adab orang tua. Lagi-lagi kalau bab nak menghidangkan makanan. Meh aku citer agar pengetahuan ini tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Menda ni aku dpt dari otai-otai Melaka. Same-sama lah kita mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan.keh keh


Ok aku nak mula cerita. Yang jauh mari dekat. Yang dekat mari lagi dekat. Jangan rapat sangat. Aku tau korang tak mandi lagi. Pengsan aku bau nanti. haaaa. Baiklah mula. Kalau jemputan kenduri kita waktu maghrib, time nak solat maghrib tu wakil tuan rumah (Lelaki) akan berjemaah di surau dan menjemput ketika lepas solat maghrib tersebut. 

Bila kat rumah, ahli keluarga lelaki yang dewasa akan menyambut di pintu hadapan. Semua wanita termasuklah Cik Kiah, Cik Bedah, Cik Joyah yang tengah sibuk buat "ketupat" tu berada di dapur dan menyambut sekiranya ada pengunjung wanita yang akan datang ikut pintu dapur. Zaman dulu memang lelaki ikut pintu depan.. pompuan ikut pintu dapur kecuali Perayaan seperti hari raya.

Setelah selesai bacaan yassin atau doa, waris lelaki akan ke dapur untuk mengambil makanan untuk hidangan. Kat sinilah adab mengeluarkan makanan sangat penting bagi orang tua dulu-dulu. Aku pernah kena tegur pasal salah bawak yang mana dulu.


selalunya bila hidang kat dapur akan ada beberapa hidangan yang perlu dibawa keluar. Macam mende-mende:

1) Nasi dalam pinggan (siap-siap bubuhkan nasi. Bukannya bagi pinggan kosong)
2) Dulang Lauk
3) Nasi Tambah (wajib ni)
4) Cawan dan air (dulang air)
5) Air basuh tangan (Kendi)
6) Tisu / tuala tangan
7) Berkat (bungkusan kuih muih untuk dibawa pulang)

Daripada semua alatan tersebut, waris lelaki akan ke dapur dan mengambil barang-barang di atas yang telah disediakan oleh waris pompuan. Adab untuk membawa keluar mengikut turutan adalah seperti dibawah dan satu dulang adalah untuk empat orang.

1) Dulang Air
2) Dulang Lauk
3) Nasi Dalam Pinggan 
4) Air basuh tangan
5) Nasi Tambah
6) Tisu / Tuala Tangan
7) Berkat

Kemudian kalau orang ramai tengah makan, beberapa waris lelaki akan dok berdiri macam tiang TNB dan memastikan semua lauk adalah mencukupi. Sebagai contoh lauk Asam pedas ikan parang telah berkurangkan, maka satu pinggan atau mangkuk asam pedas dibawa keluar dan digantikan dengan yang telah habis tersebut. 

Masa balik, waris lelaki berada dipintu masuk kemudian mengucapkan terima kasih sambil bersalam dengan hadirin yang keluar.

Sesi mengemas adalah milik lelaki namun membasuh adalah perempuan. kah kah. part ni mesti aku akan sembunyi kat bawah pokok nangka. Nak ngelat buat keje la maksudnya

Lepas tu sembang sampai letih. Time ni la paling syok! Banyak cerite-cerita akan kuar. Kadang-kadang aku sampai bawak tilam, bantal nak dengar pakcik-pakcik ni bercerita. Punye la taksub.


Ok lah cukup sedikit sebanyak peraturan yang ditetapkan oleh orang tua-tua dalam mengendalikan sesi kenduri di Melaka. Kat tempat korang pulak macam mana? Mungkin lain tempat lain tradisinya.. Walau apapun tradisinya.. aku bangga bila ahli keluarga aku masih mengekalkannya.

note::kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo. masuk kandang cumita mcm mana pulak?

4 comments:

azwa amani said...

lebih kurang mcm kat n9 jugak lah....

amaraizat said...

azwa::lebih kurang kot..berjiran la katakan

Anonymous said...

zmn skrg ni mmg ssh nk jmpe lg knduri cmni...byk wt kt surau jek..bg duit..on jek..

amaraizat said...

anonymous::ya betull. so marilah kita menghidupkan semula tradisi ni. rindu kott

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...