30 December 2011

Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr





Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman. O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding. Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

This coming Tuesday will be da beginning of new episode for the war. I've to apply all the strategy to win da war. Yep, it's actually to win in da examination war. My 1st paper which will be on Tuesday is Ethnic Relation. Next Numerical Method on Thursday. And Fluid Mechanics on the next Monday.

Due to that, I hereby would like to ask an apology to all of you for any mistakes I've done. For those who will be facing da same war, I'm hoping that we could win the war peacefully. Let's strive to be the best among the best. May Allah bless us...

Please make du’a for me as my Finals begin in 4 days, insyaAllah! :)


"SUCCESS IS A JOURNEY, NOT A DESTINATION"

p/s: keep on going! All the best...(^^,)


23 December 2011

14 Things To Do Before I Die..



semua orang ada impian dan angan2. guwa pun ada. ini lain dari cita-cita. ada beberapa impian hidup yang guwa dah dapat capai (contoh: kena dakwah dengan tabligh, buat drift pakai motor buruk arwah atuk guwa, belanja famili guna gaji pertama, naik jet ski, main kayak kat sungai perak.. dan bla..bla..bla...). so, sini disenaraikan 14 benda yang guwa nak buat sebelum guwa mati. huhu. (ada byk lagi rasanya..)

1. naik helikopter atau barakuda

2. ngorat lisa surihani

3. keliling dunia.

4. tanam pokok balak dan pokok getah untuk anak cucu.

5. beli bot persendirian.

6. masuk muka depan surat khabar.

7. bukak rumah anak yatim.

8. tulis buku/novel.

9. tengok liverpool live kat anfield

10. dakwa george w. bush atas jenayah perang.

11. bersahabat dengan salena gomes dan aaron aziz

12. bayar balik semua hutang dengan member, encik ayah, puan ibu, cinta, adik, sedare, cikgu, dan perpustakaan sekolah.

13. ambik gambar dengan sharizat jalil.

14. naik haji dan bertaubat..


p/s: apa pula wishlist korang?


17 December 2011

mengingati mati, menghilangkan keseronokan dunia



hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. lepas tu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. bila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

lepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang terus ke rumah. itu sekarang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi suatu hari nanti,

kita tak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan.

kita dah tak boleh pakai pakaian yg kita suka kecuali kain kapan yg berwarna putih.

kita tiada wangi-wangian kecuali kapur barus

dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid tetapi kita di usung.
 
lepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana kecuali kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu tanah perkuburan.

diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.


Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".


p/s: manusia cerdik ialah mereka yang mengingati mati

10 December 2011

apasal la kita malas semayang?



apasal la kita malas semayang,
Tuhan kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang,
bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang…

apasal la kita malas semayang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , setiap satu waktu kita tak boleh luang...

apasal la kita malas semayang,
Tuhan kasi otak supaya kita tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa kita tak kenang…

apasal la kita malas semayang,
main bola kita sanggup sampai petang,
beli tiket konsert kita sanggup beratur panjang
apa la kita ingat masuk syurga boleh hutang…?

apasal la kita malas semayang,
kita kena ingat umur kita bukannya panjang
pagi kita sihat petang boleh kejang,
nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

apasal la kita malas semayang,
siksa neraka cuba la kita bayang,
perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang.


apasal la kita malas semayang? apsal

p/s: sembahyang tiang agama. kalau tiang sendiri dah runtuh, yang lain macam mana?


06 December 2011

lelaki pun tau merajuk


jangan ingat perempuan je yang kuat merajuk. lelaki pun ade gak yang merajuk. tapi kalau ang pandai, apakah tanda-tanda lelaki tu merajuk? pikir cepat

.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah pikir dah? pikir lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

blank lagi? huh. baru nak belanja mekdi sapa dapat jawab. ok takpe, meh sini guwa nak tunjuk. 

sebelum guwa bercerita dengan panjang lebar, izinkan guwa menggunakan kata ganti nama bagi memudahkan anda semua faham akan apa yang ingin guwa sampaikan. guwa akan menggunakan frasa Leman sebagai lelaki dan Latipah sebagai wanita. harap anda semua faham la. antara tanda-tanda seorang Leman (lelaki) kalau merajuk kepada Latipah (wanita) ialah:


diam seribu bahasa
guwa tak tau la ada berapa banyak bahasa dalam dunia ni. tapi yang pasti setiap istilah mesti guna seribu bahasa jugak. kenapa? pikirlah sendiri. guwa malas nak cite panjang-panjang. ok, Leman akan diam je sepanjang ada dengan Latipah. walaupun Latipah bercakap dengannya, Leman hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Leman sikit pun tak akan layan Latipah seperti sebelum ini. jika benda ini berlaku, sah lah tu si Leman merajuk dengan anda, si Latipah.

buat tak tahu
Leman akan buat tak tahu dengan Latipah. kalau Latipah minta tolong seperti kemaskan meja ke, Leman akan buat acuh tak acuh je. paling teruk, Leman buat-buat tak dengar . ini cara protes yang paling teruk sebab si Leman bukan je buat si Latipah geram tapi buat seolah-olah si Latipah ni tak wujud.

menolak untuk makan bersama
bila Leman merajuk biasanya dia tak nak jumpa Latipah atau face to face dengan si Latipah. dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji Leman, Latipah dok je bersila depan Leman, sambil makan. tgk telan air liur ke tak si Leman tu)

masam muka
tindakan yang ni ialah tindakan yang paling si Latipah geram. dah lah tak nak cakap ngan Latipah, dah tu nak tarik-tarik muka pulak. tak puas hati la konon. tapi adat la kalau orang dah merajuk. Latipah pun lebih kurang je. dia punya masam muka lagi la, boleh buat gantung hanger kat muncung tu.

baca surat khabar
bab ni memang tabiat Leman. tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa Leman tak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri Leman. lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

menonton tibi sampai tengah malam
Leman akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Latipah kena la peka beb!

keluar rumah tanpa beritahu
Leman tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Latipah jangan paksa Leman untuk menjawab pertanyaan ang, kerana confirm Leman akan buat dek je!

matikan hanset
Leman tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. untuk mengelakkan Latipah mengganggu Leman, Leman akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. alasan Leman satu je, dia tak mahu dengar suara Latipah takut perasan marahnya lagi kuat. alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

hisap rokok
macam tak pernah dapat rokok setahun. keh keh keh



p/s : kepada wanita, cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. lelaki ni perlukan belaian seorang wanita (yang dah kawen je). ingat tu.

02 December 2011

akibat mencangkung di atas mangkuk tandas duduk



percaya atau tak, banyak  orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

tapi tindakan ini akan mengakibatkan ang berada pada posisi yang sangat berbahaya. mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

tengok gambar dibawah, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.











p/s : sama sama dpk beringat ye


 credit to : hasnulhadiahmad

01 December 2011

SURAT SEORANG IBU





hargailah mereka kerana mereka adalah anugerah terindah yang pernah kita miliki






video credit to: candid syndrome, cst production and id motion pictures
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...