19 February 2011

diluar kotak pemikiran mahasiswa

Entri yang bernada serius dan khusus untuk bacaan para mahasiswa sahaja. Sekian

Aku bukanlah aktivis mahasiswa. Apatah lagi seorang pemimpin agung di Universiti. Namun mata yang diberi. Akal yang dikurniakan ilahi. Bukanlah sebagai perhiasan untuk berdiam diri mengerti kehidupan rakan-rakan di sekitar kampus. Isu-isu berbangkit bukan sebagai kosmetik kepada pihak yang bertanding untuk merebut kerusi. Hakikat yang perlu diteliti. Kerana dengannya mahasiswa seperti kami belajar erti untuk hidup berasaskan ilmu. Bukan sekadar belajar ilmu tanpa mengerti apa itu hukum alam.



Kalau anda sedia maklum, Universiti mempunyai corak politiknya sendiri. Walaupun ada kepala keretapi yang mengikat dari luar kampus. Tak perlu nak menafikan penglibatan parti politik luar dalam mengacuankan citarasa politik kampus. Walaupun kedua-dua belah pihak dari parti politik menafikan penglibatan mereka. Namun, mahasiswa masih bijak berfikir. Kami tahu semuanya. Namun kami masih terleka dan biarkan sahaja. Mungkin disebabkan suapan makan dan minum sudah membuatkan sendawa yang kuat. Buatkan kami terus lena dibuai mimpi.


Kami merasakan tugas sebagai pelajar perlu di bilik kuliah. Perlu dihiasi dengan anggukan dan kata sokongan kepada si pemberi. Perlu kepada penghawa dingin dan kesenangan kolej untuk terus berkubur di kolej sehingga tamat pengajian. Sedangkan di dalam diri terdapat penentangan. Di dalam hati terdapat fikiran yang diluar kotak. Namun disebabkan kotak itu adalah kotak yang teduh. Maka teruslah kami berada di dalam kotak. Asalkan bedak di muka tidak cair dek kepanasan bercakap diluar kotak teduh.


Ada juga dikalangan kami yang mencari identiti orang lain. Katanya kita mengikut majoriti... Katanya aku sokong Barcelona sebab ramai sokong Barcelona. Bukan sebab permainannya. Apatah lagi hendak bangun menyorak gol kepada pasukan lawan Barcelona di tengah-tengah kedai mamak yang dikelilingi penyokong Barcelona. Ok, contoh je. Ini bukan masa untuk cerita pasal bola.


Mahasiswa di Universiti merasakan untuk apakah berkata tidak kalau terpaksa menyewa di luar kampus. Untuk apakah berkata tidak kalau terpaksa bersusah payah mengikut birokrasi ‘Pejabat Hal Ehwal Pelajar’. Bukan nak menyuruh mahasiswa berdiri gagah di gazebo mengangkat tangan mengatakan penentangan. Bukan mendesak mahasiswa menunjukkan penumbuk tanda tidak bersetuju. Namun anda ada fikiran yang tersimpan. Kita adalah mahasiswa. Bukannya pelajar sekolah yang mendapat skim pinjaman buku teks. Bayangkan jika jiwa anak muda seperti kita wujud pada zaman Pengisytiharaan Malayan Union? Sudah pasti padang Kelab Sultan Sulaiman lenggang dari suara kita.  Apatah lagi jika mahukan kita berada Dataran Tahrir macam kat Mesir tu!


Entri ini bukan mengherdik.  Mahasiswa adalah bakal pembuka jalan pemikiran. Bukan hanya mengikut peta yang dilakar si pemberi. Namun Mahasiswa adalah pembuka juga peneroka!!. Hormatilah pemikiran mahasiswa. Cukuplah pengajaran kisah pembunuhan Hang Nadim itu menjadi sejarah buruk dunia intelek orang muda. Apalah gunanya kita menyatakan bekerja keras meniru idea gagasan institusi pendidikan di Barat sana. Katanya dunia penyelidikan di sana jauh lebih terbuka. Dunia penyelidikan di sana penuh dengan mahasiswa yang hidup. Bukan mahasiswa yang lesu. Namun dalam isu kebebasan mahasiswa melawan arus kita mengambil pendekatan dunia komunis. Jangan salahkan Chin Peng andai kita sendiri mewarisi pemikirannya.


Kepada mahasiswa yang hanya membawa bendera tidak. Kita bukannya pengikut rentak orang luar disana. Bukan semuanya perlu ditidakkan. Bukan semuanya perlu didemonstrasikan. Kita punya jatidiri. Apalah bezanya kita jika kita mahasiswa berfikiran di luar kotak. Orang luar yang sepatutnya tunduk hormat diatas kata pemikir dari orang muda bergelar mahasiswa.


Ya Allah…pimpinlah generasi  kami dari insan yang menyayangi. Buatlah pilihan yang terbaik. Salam ikhlas.


note::selamat bertanding kepada rakan-rakan yang terlibat dalam pilihanraya kampus. semoga berjaya


18 February 2011

KISAH AYAM DAN KAMBING PART II

hari tu ada la si ayam gemuk ni soh wat sambungan cerita ayam
dan kambing dia. sambungan part II.

tapi, baca dulu part I disini ye.
























note::cik ayam, sila buat sambungan part III. sekian

Ya Tuhanku, terimalah taubatku


Ya ALLAH, terimalah taubatku ini..
Kerna tiada erti dunia ini tanpa ampunan-Mu, 
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, 
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Allah, 
Ku akui kelemahan diri, 
Ku insafi kekurangan ini, 
Ku kesali kejahilan ini, 
Terimalah, Terimalah, Terimalah taubatku ini..

Di hadapan hamparan ini ku meminta, 
Moga taubatku diterima..
Ya Allah, kerana cinta-Mu padaku, 
Kau perkenankan aku menyedari dosa-dosaku, 
Ya Allah, hanya dengan kasih sayang-Mu, 
Maka Kau izinkan aku bertaubat, 
Ya Allah, hinanya aku yang penuh dosa, 
Ku mohon maghfirah-Mu sudilah kiranya mengampunkanku..
Pimpinlah jalanku menggapai redha-Mu..
Ya Allah, hanya satu kupinta-Bertemu dengan-Mu,
 Dalam keredhaan-Mu tanpa secalit dosa.
Kupohon rahmat-Mu Tuhanku, 
perkenankan harapanku yang satu ini. 
Amin ya Rab.


Sesungguhnya Allah merentangkan tanganNya pada malam hari memberi kesempatan taubat bagi pelaku kesalahan pada siang hari dan merentangkan tanganNya pada siang hari memberi kesempatan taubat bagi pelaku kesalahan pada malam hari, sampai kelak matahari terbit dari Barat (hari kiamat). (HR. Muslim)

note::Setiap kali terlihat kalimah Allah, hati ini tersentuh dan rindu padaNya.. Dalam setiap kali solat, pasti hati ini ingin melihat kalimah ini ada di hadapan mata.. Cukuplah hanya Allah buat kami... Allahuakbar!!!


16 February 2011

nak berubah, tak semudah memakan sambal belacan


Zaman sekarang ni kalau kita duduk sembang-sembang, kita akan dapati ramai dikalangan kita ini mahu berubah. Tapi, banyak sangat alasan atau lebih manis jika aku katakan halangan. Antara halangan-halangan yang menduduki carta tertinggi ialah kurangnya ilmu, persekitaran yang tak membina dan paling tersembunyi dalam diri ialah takut orang kata atau diperli. Ye tak?

Memang dah sebati dalam budaya kehidupan masyarakat kita, bila orang nak buat baik je, muncullah kata-kata yang kurang manis akan berbunyi. Tapi kalau buat jahat lagi lah dikeji. Jadi nak buat baik ke buat jahat?




Tenanglah wahai jiwa amaraizat dan kawan-kawan semua. Takut apa nak buat baik? Manusia takkan puas dengan kita. Sedangkan Nabi S.A.W yang sempurna sekali pun sering dikeji oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Inikan kita yang solat pun di akhir waktu dan tak kurang yang meninggalkan solat.

Benarlah kata-kata Imam Al Ghazali, benda yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. Benda yang paling dekat dengan kita pula ialah mati. Jadi, kalau tak berubah sekarang, bila lagi? Siapa tahu dia akan mati bila?

Tenanglah wahai hati amaraizat dan kawan-kawan semua. Kalau nak berubah ingatlah mati, pasti akan dapat terjadi dan bukannya sekadar bermimpi di siang hari. Tak payah la nak ambil kira apa orang nak kata. Ye tak? Kalau difikirkan sangat kata-kata orang yang perli perubahan kita, takkan ke manalah kita.

Ok, fikir camni, kalau kita tak berubah ke arah kebaikan, siapa nanti nak tolong jawab dalam kubur nanti, merekakah? Tidak kan? Jadi mengapa harus takut kepada kata-kata dan perlian mereka.

Tanamkanlah azam untuk berubah. Jika korang lelaki, belajarlah untuk menjadi Imam kepada bakal isteri dan anak-anak. Jika korang ialah wanita, belajarlah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu yang baik buat bakal anak-anak dan suami korang. Laaaaa, rilex la mar, lambat lagi kot nak kahwin. Betul tu, lambat lagi. Tapi benda yang baik bukan mudah untuk dibuat, ia memerlukan masa untuk perubahan. Jadi mulakan dari sekarang.

Kau cakap senang la kan, aku ni budak jahat, macam mana nak jadi baik? Aku dah la perangai macam haram, semua orang tahu tu kot.

Alah ko cite senang la. Aku ni yang menanggung, ko bukan tak tau kawan-kawan aku macam mana. Ko ingat senang macam petik tali gitar terus bunyi ke? susah derr...

Jujur, aku memang bersetuju dengan dialog kat atas tu. kerana itulah realiti kehidupan di zaman  pesbuk dan twitter. Jadi yang penting tanamkan dulu keazaman, mulakan dengan memperbaiki solat. Jika elok solatnya, maka eloklah akhlaknya. Jika terasa lemah, maka bangunlah solat tahajud untuk mencari kekuatan batin dan jiwa.

Akhir kalam, berubahlah ke arah kebaikan, kerana di akhirat nanti, kita yang akan menjawab tentang apa yang kita telah lakukan pada hari ini. Bukannya kawan-kawan kita.


Terima kasih kawan-kawan yang selama ini mengingatkan aku ke arah kebaikan. Aku ingat lagi nasihat kalian, sesusah mana hidup kita, ingatlah masih ada yang lebih sukar daripada kita. Walaupun jatuh macam mana pun kita dalam kehidupan, ingatlah masih ada yg pernah jatuh lebih teruk daripada kita dan syukurlah walaupun kita jatuh dalam kehidupan ini, kita masih diuji oleh Allah kerana ujian itu adalah tanda Allah sayangkan kita dan inginkan kita hambanya yang sentiasa bersyukur kerana hakikat syukur itu adalah kebahagiaan hakiki.

note::selamat berubah, amaraizat

14 February 2011

kami rindukanmu, Ya Rasulullah



Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah 
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...

Baginda datang dengan tersenyum 
dan muka bersih di muka pintu rumah kita,

Apa yang akan kita lakukan ? 
Mestinya kita akan sangat berbahagia, 
memeluk Baginda erat-erat dan 
lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta 
dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi

menginap beberapa hari di rumah kita.


Baginda tentu tersenyum...

Tapi mungkin kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di depan pintu 
kerana kita teringat Video CD rated 18xxx 
yang ada di ruang tamu dan kita tergesa-gesa 
memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum...

Atau mungkin kita teringat 
akan lukisan wanita setengah telanjang 
yang kita pasang di ruang tamu kita, 
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya

ke belakang secara tergesa-gesa.


Mungkin kita akan memindahkan lafaz Allah dan

Muhammad yang ada di ruang tersorok 
dan kita meletakkannya di ruang tamu. 
Baginda tentu tersenyum...


Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia
menginap di rumah kita?
Mungkin kita teringat bahawa anak atau ahli keluarga 
kita lebih hafal lagu-lagu barat seperti Lady Gaga

daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Mungkin kita menjadi malu bahawa keluarga kita

tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW 
kerana kita lupa dan lalai untuk mengingatkan mereka.


Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu bahawa anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah 
dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai

anggota Power Rangers atau Power Puff Girl.

Mungkin kita terpaksa harus menukar 
satu bilik menjadi ruang Solat.
Mungkin kita teringat bahawa perempuan di rumah

kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai 
untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum..

Belum lagi koleksi buku-buku kita.
Belum lagi koleksi DVD kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita.
Kemana kita harus menyorokkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita?
Mungkin kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahawa kita tidak pernah ke masjid
untuk berjemaah sesudah azan berkumandang

Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu kerana 
pada waktu Maghrib keluarga kita sibuk di depan TV. 
Mungkin kita menjadi malu kerana kita menghabiskan

hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Mungkin kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Mungkin kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al-Qur’an.
Mungkin kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal jiran tetangga dan saudara seIslam kita.


Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah 
yang setiap hari bekerja di depan rumah kita.

Mungkin kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan alamat 
tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum Baginda masih ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah kita sekarang...
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk 
dan menginap di rumah kita? 
Ataukah akhirnya dengan berat hati, 
kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah 
kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah...

Masihkah Baginda tersenyum? 
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...

Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini 
dimata Rasulullah SAW..


SEKIAN.
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

klik untuk tumbesaran berganda

note::marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW tanda kasih dan sayangnya kita kepada Baginda


kerana dirimu begitu berharga

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu


Kepada Puan Noriah binti Haji Mohd Nor



Terima Kasih
kerana melahirkan aku ke dunia yang begitu indah ciptaan oleh-Nya.
kerana menyusui aku ketika aku masih tidak boleh menghadam makanan biasa.
kerana menjaga, membelai, mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepadaku.
kerana memberiku pendidikan supa kelak aku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara .
kerana memenuhi segala kemahuanku, walaupun aku jarang mengungkapkannya
kerana menegurku ketika aku kadang-kadang tertinggi suara padamu, teguran itu tandanya sayang.

Ibu , Umi , Mother , Mommy , Mama .....
Terima Kasih kerana menjaga serta menyayangiku "bagai menatang minyak yang penuh".

Maafkanlah anakanda sekiranya terkasar atau tertinggi suara terhadap ibunda. 
Maafkanlah anakanda juga sekiranya anakanda menggores hati ibunda .

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibu !

Semoga diberkati , dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur . InsyaAllah, Amin .

Ucapan Terima Kasih itu tidak mencukupi dengan apa yang telah engkau berikan pada diriku ini .

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

note::sayang ibu! mmmuacx


12 February 2011

loghat melaka paling sopan!

Mari belajar loghat Melaka. Ade sesapa yang nak belajar loghat Melaka tak? Jom




Ramai member aku cakap loghat Melaka ni yang paling kasar. Ye tak? Ye, aku mengaku. Jangan le kecik hati kalau ade orang Melaka cakap "Hawau la kau!" Itu mende biasa bagi kami.


Ok, jom aku nk tunjuk korang. Sila perbetulkan lidah dulu ye.


Loghat Melaka ni, semua yang ade hujung perkataan R tukar jadi U okey
Besar = Besau
Kasar = Kasau
Asar = Asau
Bayar = Bayau
Belajar = Belajau
Suratkhabar = Suratkhabau
Pagar = Pagau
Ular = Ulau
Biar = Biau
AMAR = AMAU


Pastu, yg hujungnya A mesti jadi E
Kita = Kite
Apa = Ape
Bila = Bile
Biasa = Biase
Melaka = Melake
Kata = Kate
Kereta = Kerete


Ada jugak perkataan yang diorang ubah kat depan
Rumah = Gumah
Rambut = Gambut
Ranting = Ganting


Ada lagi perkataan yang diubah sampai sebutannya meleret-leret
Baldi = Beledi
Almari = Lemaghi
Berdiri = Berdighi
Rupanya = Ghupenye


Ikut lenggok Melaka keyh. Kalau tak, tak jadik


Ada jugak perkataan lain yang mempunyai makna yang lain. Yang ni ramai tak tau
Moh kite pegi masjid
moh = jom

Kendian je le kite pegi
kendian = kemudian

Lambat nau kau ni. Taleh cepat ke?
nau = sangat

Asyik sangap je kau ni, tak cukup tidor ke?
sangap = menguap

Nak beli lopak baru yang ade gambau otromon
lopak = pencil box

Dak Amar pegi mana tu?
dak = panggilan untuk orang muda

Antu Leman tu dah pegi haji ke?
antu = panggilan untuk orang tua

Kau ni jangan menggigal sangat Boy
menggigal = kecoh

Kau ni kahau betul la
kahau = kasar

Mak! Kensal Amar mana?
kensal = tuala

Jom bongkau..boring le
bongkau = beredar

Kau tiak dak Majid jap
tiak = panggil

kau ni lorat nau aku tengok le
lorat = mengada-ngada

Birah betul budak ni aku tengok
birah = miang

Kau ni himul betul la
himul = degil

Oi lahabau! Kau dah godak air ni tak?
godak = kacau

Jom gi kedai Pak Hamid membokoh asam pedas
membokoh = makan

Adek, kau jgn nak mengembuh je. Aku dah kemas ni
mengembuh = menyepah


Perkataan kasar pon ade digunakan. Tapi time bergurau je. 
Hawau kau! Apsal kau tak bagitau aku awal-awal

Lahabau punye budak! Spender kurap aku pon kau nak curik ke?


Actually, ini je ayat atau loghat melaka yang tau aku. Yang lain aku tak berapa nak tau sangat la. Sebab aku pon baru 22 tahun hidup.


note::lahabau! hari ni takde note la hawau


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...