05 February 2011

pontianak pon pakai syampu






Seperti yang kita sedia maklum, rambut pontianak yang panjang itu telah memberikan mereka sedikit kelebihan. Terutama aura dalam menakutkan manusia. Dengan berambut panjang si pontianak yang glamour berwajah hodoh lagi menakutkan dapat menyorokkan mukanya tatkala dalam penyamaran.

Pontianak ini sebenarnya spesis pemalu yang amat. Sebab itulah selalunya bila kita terserempak dengannya dia tertunduk sahaja. Sorokan muka di balik rambutnya yang panjang itu. Ye tak?

Sungguh pun ia berambut panjang tetapi kusut masai. Bukanlah jenis rambut panjang berteknik rebonding, atau pun teknik syampu rejoice 'dengan jari pun boleh'..kehkeh

Jadinya, kat sini aku nak bagi teori-teori kenapa si pontianak itu berambut panjang!

1) Pontianak memang berambut panjang. Kalau berambut pendek itu dipanggil hantu raya. Tapi kalau yang botak gondol dipanggil pula toyol!

2) Takde sorang pun tukang gunting yang sanggup mengguntingkan rambutnya. Belum pun sempat mengangkat gunting sudah pengsan dek ketakutan.

3) Pontianak hanya keluar di waktu tengah malam. Mengilai pun di waktu tengah malam. Jadinya mana ada kedai gunting di Malaysia ini dibuka waktu tengah malam. Salon pun tutup bang ..hehhe

Pengajarannya, usahlah anda dibayangi misteri sebab sekarang misterinya sudah terbongkar.


note::try la gi gunting rambut pontianak tu


4 comments:

Leena said...

guna jari pon boleh :P

misz farahniza said...

sumpah terasa menyesal bkak blog nie pukul 3 pagi..............
huh...................
pic yang mampu wat gse nak tdow skang gak..................
noneng................
nitez............................

amaraizat said...

leena::hehe.jari kaki lagi afdaaal

amaraizat said...

misz farahniza::hahha. padan muke kan. sape soh bukak pepagi camni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...