17 May 2013

jadilah sombong






untuk Hawa ,

bila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, 
itu lebih baik.
kerana itu menandakan dirimu sukar untuk di dekati.
dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya jua .





untuk Adam ,

mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, 
dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu, 
bergelumang dengan dosa. 
bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. 
hormatilah keputusan mereka 
dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.



rupa-rupanya ada juga kegunaan sombong.
hanya untuk situasi di atas saja.
situasi lain, jangan!

16 May 2013

siapa kata kerja cikgu itu senang?


borak-borak dengan member pasal hari guru. tiba-tiba depa terlintas ayat

"kerja cikgu ni senang je. kerja dah la sikit. cuti banyak. sedap la. gaji pun tiap2 tahun PM naikkan"

tapi sebenarnya, orang yang tak tau menilai sahaja yang kata macam tu. kerja cikgu ni tak mudah. seperti yang digembar gemburkan. percayalah.
 
ampa tengok la time pertandingan bola, cikgu jd referee. cikgu buat garisan padang. cikgu buat persiapan padang. cikgu buat kertas kerja. cikgu jadi pbsm tengah padang. dan dan pulak bila murid kalah, cikgu x pandai ajar. kalau menang? budak tu pandai main…
  
time aktiviti kemahiran hidup, cikgu jadi petani. cikgu jadi penukang. cikgu jadi wayar-men. budak tersalah ketuk, cikgu kene marah. cikgu x pandai jaga…

awal tahun sekolah, time kutip yuran, cikgu jadi akauntan. kalau tak cukup, cikgu dulukan duit. bila cikgu minta dari parent, mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit…

ingat lagi dulu-dulu, time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid). cikgu jadi pelayan. kalau murid tak dapat RMT, kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan…

kat sekolah pulak time budak sakit, cikgu jadi doktor. bila dah tolong, kata cikgu punca anak murid sakit…

kalau nak upsr, pmr, spm, time ceramah, cikgu jadi motivator. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid… bukan sorang murid jer…

setiap minggu akan ada pertandingan kebersihan kelas. time hias kelas, cikgu jadi pelukis seni. cikgu jadi pereka. cikgu cat kelas.. suruh murid? habis kene baju murid. esok dapat teguran dari parent… ape cikgu ajar ni???
 
hari ini hari guru. time persembahan hari guru, cikgu jadi komposer. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan…

time baiki kerusi rosak, cikgu jadi tukang kayu. yang rosakkan kerusi anak siapa??

teringat lagi masa kita tadika lima tahun. tadika enam tahun. time muntah/berak dlm kelas, cikgu jadi tukang cuci. bagi tau ibu bapa.. jawapan "anak saya mmg macam tu…."

satu sekolah bukan semuanya baik. bukan semuanya jujur. time budak mencuri, cikgu jd detektif. nak hukum budak, esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent, parent cakap "tak per… budak-budak kan..."

kalau hari penyampaian hadiah. time budak wat persembahan… cikgu jd fotographer. yang ajar budak persembahan, cikgu juga. kalau terbaik, kata budak berbakat. kalau tak elok, kata cikgu x reti ajar. cikgu lagi…

kalau join aktiviti koku. time perkhemahan, cikgu jadi tentera. cikgu jadi pak guard siang dan malam. untuk pastikan anak murid sedap tidur. cikgu mata cengkung. orang cakap, mmg kerja cikgu…

waktu hari kantin.. cikgu jadi peniaga. cikgu jadi penjual. bila naik kan harga sikit, kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah…

siang tadi, time hari Guru, cikgu jadi penyanyi. sambut hari guru sendiri. jadi penghibur depan murid. murid hanya gelak pada hari guru. siapa yang disambut sebenarnya?

sekolah kotor. kena kerja untuk bersihkan. time gotong royong sekolah, cikgu jadi tukang kebun. nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid-murid selesa. tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit, orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan…

time masuk waktu solat, amali solat, cikgu jadi tok imam. bila anak tak solat, tanya murid kenapa tak sembahyang? "parent sendiri tak sembahyang". tapi bila tanya orang, orang cakap, cikgu tak ajar di sekolah…

nak jaga budak baru nak naik remaja bukan senang. time budak bergaduh, cikgu jadi hakim mahkamah. bila hukum sikit, esok dapat surat saman dari parent. sebab jentik anak dia…

time budak sakit kecemasan, cikgu jadi pemandu ambulans. kereta siapa? kereta cikgu… minyak duit siapa? duit cikgu….

aktiviti tahunan sukan sekolah. time merentas desa, cikgu jadi polis trafik. berpanas semata-mata nak bagi murid merasa aktiviti…

habis waktu sekolah hari ini. time parent amek lambat, cikgu jadi baby sitter. bila tinggal, orang salahkan cikgu tak bertanggungjawab. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat, banyak urusan di pejabat….

*************************************

siapa kata kerja cikgu itu senang?

saya tak pernah dengki bila cikgu dinaikkan gaji. tugas cikgu bukan sekadar mengajar.

************************************


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajar kami ilmu dunia dan akhirat. kurniakanlah kepada ganjaran dari kemurahan Mu diatas setiap usaha mereka untuk mendidik kami.

Ya Allah, Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada mereka terhadap anak-anak didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-anak mereka sendiri, kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar mereka.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat, dengarkanlah harapan dan pengaduan kami ini. mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang.

semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Ya Allah, Ya Karim, jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar, anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.

berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

amin amin Ya Allah..


 
**************************



SELAMAT HARI GURU kepada 
Encik Ayah, Encik Abdullah bin Samat
Puan Ibu, Puan Noriah binti Mohd Nor
Guru-guru Tadika Kemas Tampoi Krubong
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Krubong (1996-2001)
Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai (2002-2006)
Pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson (2007-2010)
Pensyarah-pensyarah Universiti Malaysia Pahang (2010-sekarang)
dan semua guru-guru di Malaysia dan seantero dunia!

terima kasih cikgu.




14 May 2013

perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang





menangis atau sedih bukanlah sesuatu yang hina, tergantung mengapa kita menangis.

jika tangisan itu mengingatkan kita pada Allah Yang Maha Berkuasa. maka menangis itu lebih baik.

dan teruskan menangis jika tangisan itu membuatkan kita sedar bahawa kita ini benar-benar makhluk yang lemah.

dan jangan berhenti menangis jika tangisan itu membuatkan kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama ini.

sedarkan diri kita bahawa bahagia itu tidak semestinya melambangkan cinta, tapi menangis itu juga melambangkan satu cinta yang agung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...