kalau kita tengok hari ini, Masjidil Al-Aqsa telah pun dikepung semula oleh satu bangsa
yang cukup angkuh dan bongkak. bangsa ini merasakan hanya bangsanya yang layak mentadbir dunia kerana kemuliaan yang ada pada bangsa ini. bangsa ini juga
merupakan keturunan daripada para anbiya', tapi para anbiya' ini telah mereka
bunuh dengan sewenang-wenangnya. merekalah bangsa Yahudi laknatullah yang Allah firmankan akan bawa kerosakan di bumi.
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." [Al-Israa': 4]
ketika kita disibukkan dengan propaganda daripada media
zionis dan sekutunya tentang isu-isu dunia dan hiburan, mereka dengan
sewenang-wenangnya membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
ketika kita sedang asyik makan-makanan mewah direstoran-restoran berprestij,
rata-rata daripada rakyat Palestin mati kebuluran kerana bekalan mereka disekat
oleh puak zionis.
lalu, dimanakah kita sebenarnya?
kenapa hari ini kita terus berdiam diri?
Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [HR Muslim]
apakah kerana isu ini berlaku di tanah 'Arab maka ia menjadi isu
orang-orang arab?
apakah kita tidak punya perkaitan langsung dengan mereka di sana?
Allah SWT berfirman :
Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]
bukankah mereka itu saudara kita, Saudara seakidah yang lebih kuat
daripada hubungan darah?
hubungan antara kita tidak akan dipisahkan melainkan salah satu daripada
kita mensyirikkan Allah SWT.
bayangkanlah mereka itu sebagai abang, kakak, adik, ibu
dan ayah kita. bayangkan mereka dibunuh di hadapan kita dengan penuh kejam. apakah kita hanya akan berpeluk tubuh?
sudah tentu tidak. sudah tentu kita akan menuntut bela atas kematian
mereka. sudah tentu kita akan berusaha menyedarkan dunia tentang kekejaman yang
berlaku. sudah tentu keadilan hakiki lah yang kita pinta.
ayuh, perbaikilah diri kita. janganlah terleka dan terpedaya dengan
propaganda zionis. binalah kefahaman yang benar agar kita tahu yang mana satu
yang Haq dan mana satu yang Batil. infaqkanlah harta dan jiwa kita untuk
bebaskan Al-Aqsa dan saudara kita di sana. ajak dan serulah kepada
sahabat-sahabat yang masih kurang perihatin tentang keadaan saudara mereka
sendiri.
jadilah insan yang akan melakar sejarah Islam dan pembebasan Al-Quds. jadilah orang-orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, para sahabat,
salafusoleh dan para mujahidin.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.." [Yusuf : 108]
Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus berada di landasan yang
benar.
InsyaAllah..