12 February 2011

loghat melaka paling sopan!

Mari belajar loghat Melaka. Ade sesapa yang nak belajar loghat Melaka tak? Jom




Ramai member aku cakap loghat Melaka ni yang paling kasar. Ye tak? Ye, aku mengaku. Jangan le kecik hati kalau ade orang Melaka cakap "Hawau la kau!" Itu mende biasa bagi kami.


Ok, jom aku nk tunjuk korang. Sila perbetulkan lidah dulu ye.


Loghat Melaka ni, semua yang ade hujung perkataan R tukar jadi U okey
Besar = Besau
Kasar = Kasau
Asar = Asau
Bayar = Bayau
Belajar = Belajau
Suratkhabar = Suratkhabau
Pagar = Pagau
Ular = Ulau
Biar = Biau
AMAR = AMAU


Pastu, yg hujungnya A mesti jadi E
Kita = Kite
Apa = Ape
Bila = Bile
Biasa = Biase
Melaka = Melake
Kata = Kate
Kereta = Kerete


Ada jugak perkataan yang diorang ubah kat depan
Rumah = Gumah
Rambut = Gambut
Ranting = Ganting


Ada lagi perkataan yang diubah sampai sebutannya meleret-leret
Baldi = Beledi
Almari = Lemaghi
Berdiri = Berdighi
Rupanya = Ghupenye


Ikut lenggok Melaka keyh. Kalau tak, tak jadik


Ada jugak perkataan lain yang mempunyai makna yang lain. Yang ni ramai tak tau
Moh kite pegi masjid
moh = jom

Kendian je le kite pegi
kendian = kemudian

Lambat nau kau ni. Taleh cepat ke?
nau = sangat

Asyik sangap je kau ni, tak cukup tidor ke?
sangap = menguap

Nak beli lopak baru yang ade gambau otromon
lopak = pencil box

Dak Amar pegi mana tu?
dak = panggilan untuk orang muda

Antu Leman tu dah pegi haji ke?
antu = panggilan untuk orang tua

Kau ni jangan menggigal sangat Boy
menggigal = kecoh

Kau ni kahau betul la
kahau = kasar

Mak! Kensal Amar mana?
kensal = tuala

Jom bongkau..boring le
bongkau = beredar

Kau tiak dak Majid jap
tiak = panggil

kau ni lorat nau aku tengok le
lorat = mengada-ngada

Birah betul budak ni aku tengok
birah = miang

Kau ni himul betul la
himul = degil

Oi lahabau! Kau dah godak air ni tak?
godak = kacau

Jom gi kedai Pak Hamid membokoh asam pedas
membokoh = makan

Adek, kau jgn nak mengembuh je. Aku dah kemas ni
mengembuh = menyepah


Perkataan kasar pon ade digunakan. Tapi time bergurau je. 
Hawau kau! Apsal kau tak bagitau aku awal-awal

Lahabau punye budak! Spender kurap aku pon kau nak curik ke?


Actually, ini je ayat atau loghat melaka yang tau aku. Yang lain aku tak berapa nak tau sangat la. Sebab aku pon baru 22 tahun hidup.


note::lahabau! hari ni takde note la hawau


17 comments:

aNnE said...

cikgu anne kata , celaka bagi orang melaka maksudnya sayang . betul ke ek . haha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

me orng melaka gak..hahah...kesabaran yang amat siapa yang dari negeri lain masuk melaka. Semua ingt kena marah betul bial oraang kata hawau kau...and so on~

hana said...

huhu..
ari nh sye dh de word baru..
dari lahir smpai skang duk selangor je..
mmg xde la t'dedah ngn loghat2..
setaun duk melaka dolu pn x dpt pe2..
heheh

kiera'sakura said...

wah aku bru t'pk2 nk wat entry loghat perak.. jln pnye jln.. eh eh amar wat loghat melaka lah..xpe2 jom kte blaja same2... :)

d_tieah said...

Menarik jugak..
Nanti kalo nk buat dialog dlm bahasa melaka awk boleh tolong kite tak?
Hehehe..

amaraizat said...

anne::haha. mane ade. celaka tu maksud die kasar woooo

amaraizat said...

amira atiya::hahha. tau takpe. walau ape pun, orang melaka tetap sopan santun

amaraizat said...

hana::takpe. walau kat mana pun kita, kita tetap rakyat malaysia. sebuah negara yang aman damai. aminn

amaraizat said...

kiera::silakan lah buat entri loghat perak. saya nak baca! hehhe

amaraizat said...

d_tieah::boleh saja! awak roger saya nnt keyh

Anonymous said...

tambahan:

Darat : Atas atau tempat di kawasan yang tinggi.

Baruh : Bawah atau tempat di kawasan yang rendah.

Contoh ayat percakapan:

Rosli: Mat kau nak ke mana tu?

Mat: Aku nak ke darat, ada kenduri kahwin anak sedara aku..

Fatieya Rose said...

patot la kawan sy slalu panggil sy dak tieya.. upenye panggilan tuk org mude.. paling kelakar antu leman.. hahaha kalo panggil kt org tua negeri lain mau kene penampor.....

Anonymous said...

amar....np mcm pelik je part pkataan laen tp maksud laen..?mcm ganu nye je...hehe

alin linda said...

AMAU sngt kan.....hahahahahaha.... nk jugak nama die....

Anonymous said...

ade jugak loghat nye yg seakan sama ngan negeri lain ek..contoh mcm beledi..terengganu pon gune beledi..kendian..pon same kendian jgak..jume tmbah 'g' kat hujung tu..

amaraizat said...

i luv u cik kitty <3

Anonymous said...

Lahabau bukan makian
Lahabau tu campuran bahasa arab dan dibudaya kan oleh melayu melaka
Lakh khabar = bermaksud apa khabar/ lama x dengar khabar.. Setelah dibudayakan maka jadilah la-habau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...