30 April 2012

kejayaan hari ini didukung oleh kesusahan semalam


tak semua orang anggap kesusahan tu sebagai satu yang menyakitkan. pepatah melayu pun ada menyebut 'alah bisa tegal biasa'. kerana dah biasa dengan penderitaan, jangan terkejut kalau ramai antara kita yang lebih rela terus hidup dalam kesusahan dan penderitaan, berbanding ambil langkah perubahan untuk baikinya.

bagi mereka, lebih baik terus hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. biar pun sakit dan makan tak pernah cukup, lebih baik begini, daripada menyambung pelajaran, menambahkan kemahiran dan kelulusan agar boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.

lebih baik gemuk, susah nak cari baju, beli ubat kencing manis, kolestrol dan darah tinggi bertambah-tambah dan perlu bekerja lebih menampung belanja makan dan ubat yang meningkat, daripada mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

lebih baik perniagaan kita ini sekadar cukup-cukup makan, daripada mengubah strategi, membuat pinjaman untuk menambah modal bagi meningkatkan pelaburan kerana kita sudah biasa begini.

lebih baik bercerai berai dan hancurkan rumahtangga, daripada masing-masing mengubah apa yang patut diubah. ubah sikap, ubah kebiasaan.

jangan terkejut kalau ramai yang berfikiran begitu.

malah lebih baik rakyat untuk mereka terus ditipu, diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang korupsi dan tidak berintegriti, malah terus derita dengan ketidakadilan politik dan sosial, daripada mengambil langkah mengubah pangkah, untuk berubah. biarlah terus derita dan sengsara daripada mengejar harapan dan kebaikan yang susah dan payah jalan mencapainya itu.

tak keterlaluan juga bagi sesetengah pejuang untuk membiarkan diri mereka terus ditipu, kalah dan terus kalah, mengulangi sahaja strategi lama yang mereka sudah mahir dan biasa, daripada memberanikan diri untuk berubah, ke arah yang lebih baik, kerana berubah itu SUSAH.

akhirul kalam, SELAMAT HARI PEKERJA kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja. jadilah pekerja yang berintegriti dan berdedikasi.

selamat bercuti.



29 April 2012

skrip kehidupan yang sudah diatur




tak ramai para remaja hari ini yang lantang dalam bersuara, peka pada isu semasa. namun sangat ramai dalam masyarakat  hari yang sentiasa happy go lucky, tak gemar berpolitik, tak ambil tahu isu semasa. mereka fikirkan, hidup senang, itu sudah cukup. apa guna melibatkan diri dalam politik, ambil tahu perkembangan semasa negara? asal bahagia bersama rakan, ada awek boleh berpimpin tangan, ada motor boleh berlumba haram, itu dah cukup.

memang sangat ketara perbezaan antara remaja yang cakna dan tidak cakna. umpama langit dengan bumi, bagaikan minyak dengan air. secret recipe, time Square, justin bieber adalah lebih penting dari bahan bacaan berbentuk ideologi. langsung tidak ambil tahu tentang dunia semasa. ketika gereja dibom, mereka terlopong menyangka terjadi di afghanistan. ketika pejuang-pejuang berhimpun, mereka sangkakan itu berlaku di mesir. mereka terlopong sekali lagi. membuat analisa sendiri tanpa merujuk kepada banyak sumber. menjadi raja di mata dan bersultan di hati.

happy! happy! happy!  itu je yang mereka cari dari kehidupan ini. jangan jaga tepi kain orang, itu moto hidup. siapa cakap? jaga tepi kain orang boleh tapi jangan selak kain orang. bila time baca suratkabar, hanya kat ruangan hiburan. tapi kadang-kadang ada jugak bukak kat ruangan isu semasa, itupun jika ada menteri kahwin artis. itu saja yang mereka fikirkan. membakulsampahkan dunia isu semasa. pada mereka, jika bercakap soal politik atau pentadbiran negara, atau isu semasa, itu bagi mereka hanyalah sekumpulan manusia yang gila kuasa. mereka tak peduli. tak perlu ambil tahu.

hadir ke universiti seperti insan lain. bangga menggelar diri sebagai mahasiswa. mendabik dada akulah warga menara gading. tapi mahasiswa jenis apa? apa guna menggelar diri sebagai mahasiswa jika hanya hadir ke kelas pagi, petang, kemudian musim peperiksaan mengurung diri di kolej dan perpustakaan menghafal nota? nota pula hanya yang dibekalkan pensyarah. nak membaca lebih tidak mahu. tak masuk sukatan kata mereka. cukuplah sekadar untuk mencantikkan CGPA. mencari ilmu demi sekeping sijil. bukan untuk menguasai ilmu secukupnya. apa berbaloikah membayar beribu-ribu jika sekadar memperoleh sekeping sijil? apa aku peduli. kata mereka.

aku tak peduli. aku tak peduli. itu lah skrip kehidupan mereka. lahir ke dunia untuk berhibur. cari kerja. kahwin. dapat anak. mati. itu saja. skrip yang sudah mereka atur!

dimanakah kita? adakah kita tergolong dalam mereka yang mengambil tahu isu semasa ataupun hidup sekadar untuk berhibur?

anda yang tentukan.

26 April 2012

hidup kat dunia ni kalau baik sangat, pun salah juga.


hidup kat dunia ni kalau baik sangat, pun salah juga. 


ok guwa bagi contoh. guwa ada sebijik tembikai. nak di bagi ke 16 orang memang sangat susah untuk berlaku adil. kadang-kadang, pisau tu tumpul untuk potong tembikai tersebut ikut ukuran yang sangat tepat. kalau salah potong nanti, terlebih. secara tak langsung dah dianggap berat sebelah.


oleh yang demikian, baik simpan je tembikai tu. makan dalam bilik sorang-sorang. siapa pun tak tau. dan takde yang akan terasa hati dan sakit hati. sebab manusia ini mempunyai sifat hasad dengki sejak dari azali lagi. itu fakta. yang membezakan ialah banyak atau tak sifat tu dalam diri.


kesimpulannya, ya. bukan senang untuk memuaskan hati semua orang. sekian




14 April 2012

malaysia : tak kenal maka tak cinta



siapa cakap duduk malaysia tak best? mai sini guwa nak kasi pelempang jepun namblas kali. orang malaysia memang best. angpa pi la ceruk mana dalam dunia nih, takkan ada punya perangai macam kita orang Malaysia.. tak kira bangsa, budaya, agama, warna kulit, bahasa, semua sama. 

pada kesempatan ini, sebabkan guwa takde mende sangat dah nak tulis, lepas puas dah guwa perah-perah idea nak hupdate belog. ini je jalan terakhir yang guwa mampu sampaikan untuk angpa suma. eh ingat senang ke nak hupdate belog? kalau di bagi pilihan antara hupdate belog dengan lari keliling stadium bukit jalil doploh satu kali, guwa rela keliling stadium sana. keh keh keh

baiklah yang pertama kita cerita pasal sarapan pagi. kalau ikut pakar pemakanan, pagi-pagi kita mesti ngadap karbohidrat, gula, dan protein untuk tenaga sepanjang hari. dan selalunya derang akan cadangkan cereal la, pancakes, sausage and omelette la. tapi, ade kita kesah?? kalau angpa perasan, apa beza sarapan pagi dengan makan tengahari, tea break, dan dinner?? TAK! TAKDE BEZA. haha.. yang pasti setiap hidangan akan ada nasi lemak, roti canai, karipap, teh tarik, mihun, nasi goreng, capati, tosai. sume mende ni kita makan tak kira time pun. jadi, lain kali kalau nak pikir untuk sarapan tak payah nak poyo-poyo la cakap makan koko krunch la, sandwich cheese with macaron la. tak payah la. kita tekak malaysia. 

yang kedua pasal rokok. andaikata ada anugerah pasal kempen paling popular dalam malaysia, mesti dapat kat kempen anti merokok. tapi buat la kempen apa sekalipun, letak la lisa surihani, rosnah mat aris sebagai model, keluarkan fatwa banyak mana pun, takde sape amik port. tabiat biasa bagi orang malaysia bila sebut rokok, lepas makan, wajib ada rokok kat mulut. time masuk tandas, wajib ada rokok kat mulut! time buat kerja, wajib ada rokok kat mulut. time tunggu bas, wajib ada rokok. tapi, bila amik gambar, time nampak awek, time mak mentua lalu, time bapak lalu depan mata, pandai pulak buang rokok tu. kahahaha. gentleman la sket.

apakah buah yang sedap baunya? apakah buah yang digelar raja buah? apakah buah yang luarnya berduri? apakah buah yang kita tak petik tapi tunggu dia gugur? haaaaaa jawab la cepat. takkan tak dapat teka lagi? bukan men banyak klu lagi guwa kasi. haha. ok, durian! terus terang cakap, dalam dunia ni, takde manusia lain yang makan durian macam kita. datang musim durian, pehhhhh berderet kete tepi jalan.. tapi selalunya, yang beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama waktu dengannya.. tapi yang naik moto honda cup, saga, kancil mesti bawak balik umah. kenapa eh?

seterusnya bercerita pasal haram dan halal. yang nih kontroversi ckit. untuk orang melayu kita, kalau derang pi club, pub, pegang tangan lelaki pempuan boleh. tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi.. haram.. (sambil si lelaki memeluk pempuan)" hoi, dialog apa yang kau sampaikan ni?

nasi. ya nasi. uniknya orang malaysia nih adalah pada makanan ruji kita: nasi.. cina, india, melayu, kadazan, dusun, iban, dayak, melanau, orang asli, portugis, baba nyonya, siam, sebut je semua makan nasi! termasuklah mereka yang melayu konon pakailah gaun labuh macam nak amik award abpbh, rambut blond, hijau biru ungu, mulut berterabur cakap omputih, tapi kat tgn tetap nasi gak. sapa tak makan nasi, angpa bukan manusia malaysia ya. mungkin angpa sesat dari afrika ni.

lastly is about over-generalise. yang ni paling dekat sekali dengan semua orang; tak kira apa produk sekalipun, mesti ada satu bentuk identiti: beli mee cintan panggil maggi, beli ubat gigi safi panggil colgate, beli whisper panggil kotex, beli pepsi panggil coke, beli uphamol panggil panadol, beli twisties panggil cheekadis, beli drumstick panggil cornetto. apa lagi?

best kan jadi orang Malaysia.

p/s: kita sentiasa mempunyai cara kita sendiri dalam menghargai kehidupan kita

07 April 2012

dia pempuan cantik. dia pempuan kurang cantik.



pempuan mana yang takmo cantik.? kalau ada, guwa rasa tipulah! rasanya semua nak kelihatan cantik. tak kira la untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang ataupun untuk tatapan umum. pada pandangan guwa, pempuan dan kecantikan tak dapat dipisah. umpama isi dengan kuku, umpama johan dengan zizan ataupun umpama yusry dengan lisa surihani.

dan semestinya ada cantik dan ada juga yang kurang. nak buat macam mana. tapi yang menjadi masalahnya ialah, pempuan cantik selalu dapat perhatian dan senang untuk mintak tolong. tak mintak tolong pun ada yang tawar diri nak tolong. ye tak? kalau yang tak cantik? sentiasa menjadi mangsa diskriminasi terutamanya dari kaum yang seangkatan dengan guwa. jangan nak tipu la. guwa dah 23 abad jadik lelaki. guwa tau la

guwa pun malas cakap banyak. jom baca kebenaran tentang diskriminasi yang berlaku antara pempuan cantik dan pempuan tak cantik. ni guwa dapat dari sebuah majalah.

kalau pempuan cantik pendiam
laki akan kata: wow! ciri2 isteri idaman...
kalau pempuan tak cantik pendiam
laki akan kata: tak reti bercakap agaknyer. entah2 bisu...

kalau pempuan cantik buat jahat
laki akan kata: mesti ada krisis nih... kesiannyer...
kalau pempuan tak cantik buat jahat
laki akan kata: dah la tak lawa, perangai plak mcm cilakak!!

kalau pempuan cantik tolong lelaki yang kesusahan
laki akan kata: wow! heroin sejati...
kalau pempuan tak cantik tolong lelaki yang kesusahan
laki akan kata: hmm... taktik nak ngorat la tu...

kalau pempuan cantik dapat lelaki hensem macam guwa
laki akan kata: ok la... bagai pinang di belah dua...
kalau pempuan tak cantik dapat lelaki hensem macam guwa
laki akan kata: kesian... mesti dah kena bomoh lelaki tu...

kalau pempuan cantik di tinggal kekasih
laki akan kata: buta kayu betol mamat tu!!
kalau pempuan tak cantik di tinggal kekasih
laki akan kata: patut pon kena reject...

kalau pempuan cantik bawak bugati veyron
laki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
kalau pempuan tak cantik bawak bugati veyron
laki akan kata: mesti anak org kaya ni

kalau pempuan cantik tuang air ke gelas lelaki
laki akan kata: wah... caringnyer...
kalau pempuan tak cantik tuang air ke gelas lelaki
laki akan kata: eleh, gedik la tu. menyampah

kalau pempuan cantik sedih hati
laki akan kata: don't worry, i will make u happy forever...
kalau pempuan tak cantik sedih hati
laki akan kata: sikit2 nangis!! cengeng tol.. ngade2 la...

kalau pempuan cantik pandai masak
laki akan kata: dah la lawa, pandai masak plak tu...
kalau pempuan tak cantik pandai masak
laki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

kalau pempuan cantik main-main miskol
laki akan kata: syoknye!! rindu la tu...
kalau pempuan tak cantik main-main miskol
laki akan kata: ko ni takde keje lain ke??! sibuk ni tau tak!!

kalau pempuan cantik hantar email hari-hari
laki akan kata: sukenyer...!!
kalau pempuan tak cantik hantar-hantar email
laki akan kata: asyik-asyik email dia... meluat!

guwa takde nak kondemkan sesapa kali ni. sebab guwa pernah baca pasal lelaki hensem vs lelaki hodoh. hari ni guwa jumpa mende ni pulak. saje nak share dengan angpa.

terima kasih baca.

assalamualaikum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...