30 December 2011

Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr





Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman. O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding. Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

This coming Tuesday will be da beginning of new episode for the war. I've to apply all the strategy to win da war. Yep, it's actually to win in da examination war. My 1st paper which will be on Tuesday is Ethnic Relation. Next Numerical Method on Thursday. And Fluid Mechanics on the next Monday.

Due to that, I hereby would like to ask an apology to all of you for any mistakes I've done. For those who will be facing da same war, I'm hoping that we could win the war peacefully. Let's strive to be the best among the best. May Allah bless us...

Please make du’a for me as my Finals begin in 4 days, insyaAllah! :)


"SUCCESS IS A JOURNEY, NOT A DESTINATION"

p/s: keep on going! All the best...(^^,)


23 December 2011

14 Things To Do Before I Die..



semua orang ada impian dan angan2. guwa pun ada. ini lain dari cita-cita. ada beberapa impian hidup yang guwa dah dapat capai (contoh: kena dakwah dengan tabligh, buat drift pakai motor buruk arwah atuk guwa, belanja famili guna gaji pertama, naik jet ski, main kayak kat sungai perak.. dan bla..bla..bla...). so, sini disenaraikan 14 benda yang guwa nak buat sebelum guwa mati. huhu. (ada byk lagi rasanya..)

1. naik helikopter atau barakuda

2. ngorat lisa surihani

3. keliling dunia.

4. tanam pokok balak dan pokok getah untuk anak cucu.

5. beli bot persendirian.

6. masuk muka depan surat khabar.

7. bukak rumah anak yatim.

8. tulis buku/novel.

9. tengok liverpool live kat anfield

10. dakwa george w. bush atas jenayah perang.

11. bersahabat dengan salena gomes dan aaron aziz

12. bayar balik semua hutang dengan member, encik ayah, puan ibu, cinta, adik, sedare, cikgu, dan perpustakaan sekolah.

13. ambik gambar dengan sharizat jalil.

14. naik haji dan bertaubat..


p/s: apa pula wishlist korang?


17 December 2011

mengingati mati, menghilangkan keseronokan dunia



hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. lepas tu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka. kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. bila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan.

lepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang terus ke rumah. itu sekarang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi suatu hari nanti,

kita tak mampu nak mandi dan kita akan dimandikan.

kita dah tak boleh pakai pakaian yg kita suka kecuali kain kapan yg berwarna putih.

kita tiada wangi-wangian kecuali kapur barus

dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid tetapi kita di usung.
 
lepas disembahyangkan, kita dah tak boleh pergi mana-mana kecuali kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaitu tanah perkuburan.

diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.


Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".


p/s: manusia cerdik ialah mereka yang mengingati mati

10 December 2011

apasal la kita malas semayang?



apasal la kita malas semayang,
Tuhan kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang,
bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang…

apasal la kita malas semayang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , setiap satu waktu kita tak boleh luang...

apasal la kita malas semayang,
Tuhan kasi otak supaya kita tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa kita tak kenang…

apasal la kita malas semayang,
main bola kita sanggup sampai petang,
beli tiket konsert kita sanggup beratur panjang
apa la kita ingat masuk syurga boleh hutang…?

apasal la kita malas semayang,
kita kena ingat umur kita bukannya panjang
pagi kita sihat petang boleh kejang,
nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

apasal la kita malas semayang,
siksa neraka cuba la kita bayang,
perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang.


apasal la kita malas semayang? apsal

p/s: sembahyang tiang agama. kalau tiang sendiri dah runtuh, yang lain macam mana?


06 December 2011

lelaki pun tau merajuk


jangan ingat perempuan je yang kuat merajuk. lelaki pun ade gak yang merajuk. tapi kalau ang pandai, apakah tanda-tanda lelaki tu merajuk? pikir cepat

.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah pikir dah? pikir lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

blank lagi? huh. baru nak belanja mekdi sapa dapat jawab. ok takpe, meh sini guwa nak tunjuk. 

sebelum guwa bercerita dengan panjang lebar, izinkan guwa menggunakan kata ganti nama bagi memudahkan anda semua faham akan apa yang ingin guwa sampaikan. guwa akan menggunakan frasa Leman sebagai lelaki dan Latipah sebagai wanita. harap anda semua faham la. antara tanda-tanda seorang Leman (lelaki) kalau merajuk kepada Latipah (wanita) ialah:


diam seribu bahasa
guwa tak tau la ada berapa banyak bahasa dalam dunia ni. tapi yang pasti setiap istilah mesti guna seribu bahasa jugak. kenapa? pikirlah sendiri. guwa malas nak cite panjang-panjang. ok, Leman akan diam je sepanjang ada dengan Latipah. walaupun Latipah bercakap dengannya, Leman hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Leman sikit pun tak akan layan Latipah seperti sebelum ini. jika benda ini berlaku, sah lah tu si Leman merajuk dengan anda, si Latipah.

buat tak tahu
Leman akan buat tak tahu dengan Latipah. kalau Latipah minta tolong seperti kemaskan meja ke, Leman akan buat acuh tak acuh je. paling teruk, Leman buat-buat tak dengar . ini cara protes yang paling teruk sebab si Leman bukan je buat si Latipah geram tapi buat seolah-olah si Latipah ni tak wujud.

menolak untuk makan bersama
bila Leman merajuk biasanya dia tak nak jumpa Latipah atau face to face dengan si Latipah. dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji Leman, Latipah dok je bersila depan Leman, sambil makan. tgk telan air liur ke tak si Leman tu)

masam muka
tindakan yang ni ialah tindakan yang paling si Latipah geram. dah lah tak nak cakap ngan Latipah, dah tu nak tarik-tarik muka pulak. tak puas hati la konon. tapi adat la kalau orang dah merajuk. Latipah pun lebih kurang je. dia punya masam muka lagi la, boleh buat gantung hanger kat muncung tu.

baca surat khabar
bab ni memang tabiat Leman. tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa Leman tak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri Leman. lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

menonton tibi sampai tengah malam
Leman akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Latipah kena la peka beb!

keluar rumah tanpa beritahu
Leman tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Latipah jangan paksa Leman untuk menjawab pertanyaan ang, kerana confirm Leman akan buat dek je!

matikan hanset
Leman tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. untuk mengelakkan Latipah mengganggu Leman, Leman akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. alasan Leman satu je, dia tak mahu dengar suara Latipah takut perasan marahnya lagi kuat. alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

hisap rokok
macam tak pernah dapat rokok setahun. keh keh keh



p/s : kepada wanita, cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. lelaki ni perlukan belaian seorang wanita (yang dah kawen je). ingat tu.

02 December 2011

akibat mencangkung di atas mangkuk tandas duduk



percaya atau tak, banyak  orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

tapi tindakan ini akan mengakibatkan ang berada pada posisi yang sangat berbahaya. mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

tengok gambar dibawah, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya.











p/s : sama sama dpk beringat ye


 credit to : hasnulhadiahmad

01 December 2011

SURAT SEORANG IBU





hargailah mereka kerana mereka adalah anugerah terindah yang pernah kita miliki






video credit to: candid syndrome, cst production and id motion pictures

27 November 2011

aummmmmmm! selamanya harimau malaya

picture, credit: bolasepak malaysia

kecik, besar.
tua, muda.
hitam, putih.
gemuk, kurus.
islam, bukan islam.
dap, umno, pas, pkr, mca, supp dan apa sahaja parti.
cina, india, melayu, iban, mamak, orang asli dan apa sahaja bangsa.
laki, pompuan, pondan, pengkid, gay dan apa jenis seksualiti.

s
emua boleh duduk dalam satu table pasal bola sepak. semua bersatu dan berpadu atas nama bola sepak.

kita bergaduh pasal pelbagai perkara di malaysia ni. pasal akidah pun kita bergaduh. tapi bila masuk bab sukan bola sepak dan badminton kita letakkan perselisihan dan pergaduhan kita ke tepi.

kita boleh bergaduh pasal apa sahaja di malaysia ni tapi bila bab bola sepak mari kita janji kita bersatu untuk negara. jadi rupanya bola sepak boleh mengeratkan hubungan rakyat di malaysia. inilah rupanya kuasa yang ada pada sebijik bola.



kesimpulannya, bersamalah kita menyokong perjuangan HARIMAU MUDA malam ni. go harimau Malaya go! selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya.

p/s: agak-agak boleh score berapa malam ni?

credit: bolasepak malaysia, amenoworld

26 November 2011

awal muharram, disini bermulanya titik tolak kehidupan


pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. renung dalam-dalam. kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. begitu juga dengan usia remaja. manisnya seperti jari yang comel mulus ini. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas!! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. bersediakah anda?

seterusnya naik kepada jari ketiga. jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. zaman remaja ditinggalkan. alam dewasa kian menjengah. diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. namun, anda mesti berhati-hati kerana dikala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

kita beralih kepada jari telunjuk. jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


*********************************** tamat mukadimah **************************************



jadi bersempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H, mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

sedikit review kepada sejarah Hari Maal Hijrah bagi rakan rakan pembaca yang mungkin telah terlupa. maklumlah kita ni kan manusia biasa. tak terlepas dari lalai dan lupa.

hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

semalam telah berlalu pergi, hari ini terus dilalui dan esok belum pasti. salam Maal Hijrah untuk semua. semoga apa sahaja yang ingin kita lakukan, matlamat utama kita ialah untuk mencari redha Allah, walaupun ia nampak berbeza dari biasa. 1433H, persefahaman asas perpaduan ummah




p/s : cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. dimanakah kita sekarang???


mukadimah credit to nizarazu.com


25 November 2011

nasilemak 2.0, anda superb!



siapa tak kenal dengan namewee tolong bagi tau guwa. dia selalu duk buat kontroversi kat utube. kadang kadang guwa tak puas hati sangat dengan dia punya perangai. ada je kisah kontroversi pasal kaum ni. tak puas hati tu, tak puas hati ni. tapi sedar tak sedar si namewee da buat satu filem dia sendiri. kira arahan dia juga la. ang da tengok cerita ni? guwa cadangkan, tengok la.

filem tu lain dari yang lain. kalau ang nak tau, nasi lemak 2.0 ni adalah filem komedi. banyak pengajaran yang telah diletakkan dalam filem ni. filem ini banyak menyampaikan perpaduan sesama bangsa. tak kira la dia tu melayu ke, cina ke india ke yang penting duduk di atas tanah yang sama iaitu  Malaysia. filem ni mengajar kita semua apa ertinya perpaduan.

kita punya filem tak habis habis menyampaikan cerita mat rempit, samseng, mistik, hantu, cinta monyet, gangster.
 guwa dah muak dengan cerita macam ni. muak. takde langsung nilai atau pengajaran dalam cerita cerita macam ini. balik-balik cerita hantu, hantu, hantu. 

cuba bagi tau guwa apa pengajaran yang ang boleh dapat bila tengok cerita hantu? kalau ang boleh senaraikan 15 sebab guwa tabik hormat sama ang sampai ke tujuh generasi. apa pengajaran dia pun guwa tak tahu la. abis kuat pun, orang yang datang menonton filem seperti genre tuh mesti mengatakan filem ni “best”. apa yang best? apa yang best sangat tu?

sinopsis nasi lemak 2.0 (credit nasilemak2.com)Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak". 

filem ini turut menyelitkan penggunaan bahasa melayu, tamil dan inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui. kata namewee, dia mahu memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.

guwa selalu dengar ramai dok kutuk filem ni, dan macam-macam lagi menghina. itu semua mentaliti manusia. cerita dia penuh dengan mesej dan pengajaran yang berguna.

ya, walaupun cerita ni ada unsur perkauman sikit, perli-perli, lawak bodoh dan sebagainya tapi bagi guwa filem ni ada pengajarannya juga. lagi-lagi pengajaran hidup bersatu-padu dan tolong-menolong. sekurang-kurangnya, dia ada jugak usaha nak tonjolkan pengajaran filem ni.

jadi, kita ambil yang jernih, buang yang keruh.

dah dah, guwa dah penat menulis. jom makan! pekena nasi lemak sedap jugak ni.





p/s: ya, guwa tahu kesilapan menghina lagu negaraku itu sangat besar silapnya tapi tak bermakna dia negatif semuanya. ambil yang positif!

p/s/s: guwa nak tanya, kenapa malaysia ni kaya dengan cerita cerita hantu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...