27 November 2011

aummmmmmm! selamanya harimau malaya

picture, credit: bolasepak malaysia

kecik, besar.
tua, muda.
hitam, putih.
gemuk, kurus.
islam, bukan islam.
dap, umno, pas, pkr, mca, supp dan apa sahaja parti.
cina, india, melayu, iban, mamak, orang asli dan apa sahaja bangsa.
laki, pompuan, pondan, pengkid, gay dan apa jenis seksualiti.

s
emua boleh duduk dalam satu table pasal bola sepak. semua bersatu dan berpadu atas nama bola sepak.

kita bergaduh pasal pelbagai perkara di malaysia ni. pasal akidah pun kita bergaduh. tapi bila masuk bab sukan bola sepak dan badminton kita letakkan perselisihan dan pergaduhan kita ke tepi.

kita boleh bergaduh pasal apa sahaja di malaysia ni tapi bila bab bola sepak mari kita janji kita bersatu untuk negara. jadi rupanya bola sepak boleh mengeratkan hubungan rakyat di malaysia. inilah rupanya kuasa yang ada pada sebijik bola.



kesimpulannya, bersamalah kita menyokong perjuangan HARIMAU MUDA malam ni. go harimau Malaya go! selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya.

p/s: agak-agak boleh score berapa malam ni?

credit: bolasepak malaysia, amenoworld

26 November 2011

awal muharram, disini bermulanya titik tolak kehidupan


pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. renung dalam-dalam. kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. begitu juga dengan usia remaja. manisnya seperti jari yang comel mulus ini. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas!! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. bersediakah anda?

seterusnya naik kepada jari ketiga. jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. zaman remaja ditinggalkan. alam dewasa kian menjengah. diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. namun, anda mesti berhati-hati kerana dikala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

kita beralih kepada jari telunjuk. jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


*********************************** tamat mukadimah **************************************



jadi bersempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H, mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

sedikit review kepada sejarah Hari Maal Hijrah bagi rakan rakan pembaca yang mungkin telah terlupa. maklumlah kita ni kan manusia biasa. tak terlepas dari lalai dan lupa.

hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

semalam telah berlalu pergi, hari ini terus dilalui dan esok belum pasti. salam Maal Hijrah untuk semua. semoga apa sahaja yang ingin kita lakukan, matlamat utama kita ialah untuk mencari redha Allah, walaupun ia nampak berbeza dari biasa. 1433H, persefahaman asas perpaduan ummah




p/s : cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. dimanakah kita sekarang???


mukadimah credit to nizarazu.com


25 November 2011

nasilemak 2.0, anda superb!



siapa tak kenal dengan namewee tolong bagi tau guwa. dia selalu duk buat kontroversi kat utube. kadang kadang guwa tak puas hati sangat dengan dia punya perangai. ada je kisah kontroversi pasal kaum ni. tak puas hati tu, tak puas hati ni. tapi sedar tak sedar si namewee da buat satu filem dia sendiri. kira arahan dia juga la. ang da tengok cerita ni? guwa cadangkan, tengok la.

filem tu lain dari yang lain. kalau ang nak tau, nasi lemak 2.0 ni adalah filem komedi. banyak pengajaran yang telah diletakkan dalam filem ni. filem ini banyak menyampaikan perpaduan sesama bangsa. tak kira la dia tu melayu ke, cina ke india ke yang penting duduk di atas tanah yang sama iaitu  Malaysia. filem ni mengajar kita semua apa ertinya perpaduan.

kita punya filem tak habis habis menyampaikan cerita mat rempit, samseng, mistik, hantu, cinta monyet, gangster.
 guwa dah muak dengan cerita macam ni. muak. takde langsung nilai atau pengajaran dalam cerita cerita macam ini. balik-balik cerita hantu, hantu, hantu. 

cuba bagi tau guwa apa pengajaran yang ang boleh dapat bila tengok cerita hantu? kalau ang boleh senaraikan 15 sebab guwa tabik hormat sama ang sampai ke tujuh generasi. apa pengajaran dia pun guwa tak tahu la. abis kuat pun, orang yang datang menonton filem seperti genre tuh mesti mengatakan filem ni “best”. apa yang best? apa yang best sangat tu?

sinopsis nasi lemak 2.0 (credit nasilemak2.com)Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak". 

filem ini turut menyelitkan penggunaan bahasa melayu, tamil dan inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui. kata namewee, dia mahu memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.

guwa selalu dengar ramai dok kutuk filem ni, dan macam-macam lagi menghina. itu semua mentaliti manusia. cerita dia penuh dengan mesej dan pengajaran yang berguna.

ya, walaupun cerita ni ada unsur perkauman sikit, perli-perli, lawak bodoh dan sebagainya tapi bagi guwa filem ni ada pengajarannya juga. lagi-lagi pengajaran hidup bersatu-padu dan tolong-menolong. sekurang-kurangnya, dia ada jugak usaha nak tonjolkan pengajaran filem ni.

jadi, kita ambil yang jernih, buang yang keruh.

dah dah, guwa dah penat menulis. jom makan! pekena nasi lemak sedap jugak ni.





p/s: ya, guwa tahu kesilapan menghina lagu negaraku itu sangat besar silapnya tapi tak bermakna dia negatif semuanya. ambil yang positif!

p/s/s: guwa nak tanya, kenapa malaysia ni kaya dengan cerita cerita hantu?

24 November 2011

HARIMAU MUDA = superhuman

picture credit : bolasepak malaysia

empat game dalam seminggu dengan dua game sengit, 
tiga game main waktu panas, 
final game sengit bawa ke extra time, 
terus balik mesia, 
tido tak cukup, 
masa rehat yang singkat,
tiga injured, 
tiga tak layak main. 
terima kekalahan ini. 
jangan ikut resmi lalang. tau nak kutuk bilamana kalah dan puji melambung bilamana menang. jadi penyokong yang setia.

harimau muda = robot.  atau superhuman. kalau manusia lain, dah mati tergolek dah. berbanggalah dengan semangat juang mereka.

tahniah harimau muda. 

cuba lagi ahad ini bertemu bahrain.

picture credit : bolasepak malaysia


 p/s: jangan jadi mereka yang cukup kuat komplen.

23 November 2011

warkah terakhir untuk awak


saya seronok bila membebel marah saya
sebab saya tau awak caring.

saya seronok bila awak belikan makanan untuk saya
sebab saya tau awak tak nak saya lapar.

saya seronok bila awak marah saya over-belanja
sebab saya tau awak tak nak saya susah di kemudian hari.

saya seronok bila awak mengamuk saya tak makan ubat
sebab saya tau awak nak saya cepat sembuh.

saya seronok bila awak belikan ubat untuk saya
sebab saya tau awak nak saya cepat sembuh.

saya seronok bila awak bercerita tentang impian awak pada masa depan nanti
sebab saya tau awak nak kongsi masa depan awak dgn saya.

saya seronok bila awak senyum walaupun saya marah
sebab saya tau awak nak redakan kemarahan saya.

saya seronok bila awak marah saya tak ungkapkan 3 perkataan penting.
sebab saya tau awak begitu pentingkan perkataan tu.

saya seronok bila awak sayangkan saya
sebab saya tau awak boleh bahagia kan saya.

saya seronok bila bersama awak
walaupun kadang-kadang kita salah faham
walaupun kadang-kadang kita marah
tapi sayang itu masih ada.

tapi itu dulu
sekarang bukan lagi masa untuk kita
terima kasih atas suka duka kita dahulu 

mulai sekarang, dan sampai bila bila
kita dah takde apa hubungan lagi
saya harap kita boleh jadi kawan, rakan
saya lepaskan awak..



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

untuk awak, lisa surihani
semoga kita berbahagia membawa haluan masing masing


terima kasih untuk masa suka dan duka kita, assalamualaikum


p/s: sebuah cinta itu lebih indah dengan hadirnya pengorbanan


22 November 2011

harimau muda: standing in the eyes of the world!


1 - 1
penalti 3 - 4




tahniah wira - wira negara!


akhirnya lagu NEGARAKU telah menggegarkan Stadium Bung Karno, tempat di mana lagu kebangsaan kita di persendakan oleh penyokong-penyokong Sang Garuda.

syukur juga kehadrat Ilahi kerana takdir dan nasib menyebelahi pasukan kita yang mana bermati-matian mengheret pemain Indonesia ke perlawanan sepakan penalti. dengan kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat menutup mulut-mulut mereka yang telah berperangsaka buruk pada team Malaysia.


hitam kuning! hitam kuning! hitam kuning!



tahniah buat pasukan Bola Harimau Muda Malaysia! korang memang terbaiklah! semangat korang memang power!

nak tengok mende yang paling menggelikan hati guwa tak? ok, scroll bawah pelan-pelan.












































eh ni apsal nangis ni? la toksah nanges2 la.
garuda ang dah mampus dah pun



p/s: gengam amanat wira juga panji malaysia. tahniah!

17 November 2011

harimau malaya boleh!






malam ni, ada dua kemungkinan je




yang ini




atau yang ini




ah. mana mungkin kedua-dua kemungkinan sama? sebab guwa yakin harimau malaya mampu untuk membaham skuad garuda malam ni.


perlawanan ini yang akan menentukan siapakah yang akan menjuarai bagi kumpulan A  dan seterusnya yang layak melangkah ke separuh akhir nanti. perlawanan yang akan diadakan di stadium Bung Karno ini nanti semestinya ramai penyokong Indonesia. diharap pasukan harimau muda ini optimis dan fokus dengan perlawanan yang penting ini dalam menundukkan ego kumpulan indonesia ini nanti.


dan sebagai tanda penghargaan bilamana skuad harimau malaya kita ini menang, guwa akan guna gambar ong kim swee dekat profil pesbuk guwa selama dua hari.




p/s: malaysia boleh!

16 November 2011

there is no perfect father. but a father will always love perfectly



assalamualaikum dan salam sejahtera

guwa sekarang tengah mood exam midterm. disamping itu, esok adalah hari yang amat bersejarah buat guwa sekeluarga. iaitu, hari lahir incik ayah guwa. jadi dengan itu guwa mengambil kesempatan untuk merakamkan video ini khas untuk ayah, incik abdullah yang berada jauh di melaka kerana menyambut hari lahirnya yang ke 52 esok (khamis, 17nov). 

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ayah! fuh! fuh! fuh! tiup lilin haaaa. terima kasih ayah. terima kasih kerana mendidik, menjaga, mengasuh saya..

jika saya katakan yang saya lebih menyayangi lelaki bijak dari lelaki hensem, ayah adalah contoh terbaik. tapi itu tak bermakna ayah tak hensem. hensem! like father like son la. keh keh.

kamu bijak dan adakalanya kamu comel
kamu garang dan pada masa yang lain, penyayang
kamu mungkin tegas, tapi masa pada yang sama kamu kelakar
kamu suka marah marah, tapi ada masa kamu menyanyi

ha! ha! ha! kamu memang best la!

mungkin kita pernah berselisih pendapat
mungkin saya pernah meninggi suara
mungkin kamu ada ceritakan perihal baik buruk saya
mungkin kita pernah tak bertegur

tapi saya tetap sayang kamu, ayah
siapa dapat tidakkan kamu, ayah?

apa yang saya buat kat sini, semuanya ada kamu
khabar gembira disini, saya beritahu kamu
jatuh tersungkur saya disini, saya diamkan. maaf
tapi itu tak bermaksud saya tidak ingatkan kamu
kekuatan saya disini, cuma tinggal kekuatan pada kamu
biarpun ayah jauh

Ya Rabbana
Hindarkanlah ayahku daripada sebarang
kepayahan yang merungsingkan
dan pemikiran yang membingungkan

Ya Allah
Panjangkanlah umurnya dalam keimanan
sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan
juga berikan dia kesenangan harta benda
yang penuh dengan keberkatan

Ya Rabbul Izati
Ampunkanlah segala kesalahannya
dan terimalah segala kebaikannya
dan rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat

Ya Allah
Ampunkanlah bagiku segala dosaku
dan juga dosa kedua ibu bapaku dan
kasihanilah mereka keduanya sebagaimana
mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil.

anyway! the point is Selamat Hari Lahir ayah!
semoga panjang umur, murah rezeki,
sihat tubuh badan dan juga bahagia sentiasa
bersama kami sekeluarga.

terima kasih kerana menjadi lelaki hebat kepada kami Isteri dan Anak-anakmu

15 November 2011

bangsa melayu, ayuh kita majukan bangsa kita



entri  ini adalah tentang perasaan emosi guwa sebagai seorang pelanggan dan tiada kena mengena dengan fakta.

orang Melayu ni kalau dia berbisnes, biasanya cepat je lingkup. sebab tak maju. kenapa tak maju? memang dia boleh cakap sebab dah nasib atau sebab takdir. tapi kadang-kadang kena check juga salah sendiri. tengok layanan yang lu bagi kat pelanggan tu macamana.

pernah tak kalau lu orang pergi ke kedai milik bumiputera, atau paling tak pun, kedai tu kedai cina tapi pekerjanya melayu dan dapat layanan mcm kambing? sombongkan budak-budak melayu yang jaga kedai ni? guwa tak kata semua. tapi boleh dikatakan banyak yang macam tu. pelanggan masuk, dia layan acuh tak acuh je. pastu bila orang tanya, jawab dengan tak pandang muka pelanggan pun. kalau nam orang yang jaga kedai tu, nam nam orang skali boleh ada perangai biadap macam tu. tu belum lagi jadi tokey r
estoran terkemuka Itali (Babbo) kat New York.

beza sangat kalau pegi kedai milik cina. lebih lebih lagi kalau tokey dia sendiri yang jaga kedai tu. mesti nak jaga hati pelanggan sebaik mungkin. walaupun kadang kadang kita tak beli pun tapi masih juga ucap terima kasih dan datang lagi.

ok, guwa sedar entri ni ada berunsurkan perkauman. tapi bukan sengaja nak kutuk kalo tak selalu terkena. cuma yang guwa boleh perasan, yang sombong ni biasanya pekerja la. tokey biasanya mesti nak jaga bisnes dia baik-baik. actually bangsa-bangsa lain pun ada jugak yang sombong, tapi kurang skit percentage nya. kalau tak percaya mari tengok apa yang guwa review.


  • peniaga melayu selalunya lambat buka kedai, tapi peniaga cina pulak pagi-pagi lagi dah buka. padahal derang bukak kedai motor je. kan dalam hadis pun ada cakap, awal pagi adalah waktu rezeki.
  • peniaga melayu pakai segak segak tapi belum tentu ada duit, tapi peniaga cina pegi bank pakai seluar pendek, baju pagoda je tapi duit dalam poket toksah cite la.
  • peniaga melayu takboleh tengok kedai sebelah, konfem kena santau. tapi peniaga cina bila tengok kedai sebelah satu bangsa derang, lagi dia suruh kita beli kat kedai sebelah.
  • peniaga melayu makin kaya makin lupa solat tapi peniaga cina makin kaya makin besar peti semayang depan kedai derang. 
  • peniaga melayu tiap tiap hujung minggu tutup kedai, peniaga cina masa tulah derang bukak kedai sebab hari minggu orang ramai.
  • peniaga melayu pelanggan depan mata selalu buat derk je, tapi peniaga cina bila dapat pelanggan akan jaga elok elok.
  • peniaga melayu baru bukak satu kedai dah pakai lima nam kete mewah tapi kalau peniaga cina dah bukak sepuloh kedai hardware pon pakai sebijik lagi kete mewah.

apa yang guwa cuba cakap kat atas ni semua apa yang guwa nampak. guwa bukan nak kondemkan bangsa sendiri tapi sebagai renungan untuk kita bangsa melayu sendiri. kalau ade point yang salah, tolong buktikan dengan guwa apa yang salah.


sekian.


p/s: sampai bila bangsa kita nak maju kalau berterus-terusan macam ni?

12 November 2011

woi, ketiak bau jamban la!



sebelum memulakan cerita izinkan guwa mengemukakan mukadimah terlebih dahulu. disebabkan hari ini adalah hari terakhir untuk guwa berada di bumi Melaka, jadi guwa terpaksa gagahkan diri untuk pegi beli barang keperluan sebelum berangkat ke bumi pahang esok. memang guwa terasa tahap kemalasan yang macam kerbau tahapnya ditambah pula dengan cuaca mendung ditambah pula dengan angin sepoi sepoi bahasa ditambah pula dengan baru lepas sarapan ditambah pula.. eh cilake berapa banyak kali ditambah nak letak ni. 


sesampainya guwa di pasaraya terbabit, dengan langkah deras bagaikan sang kancil dikejar sang rimba guwa pergi untuk mendapatkan apa barangan yang ingin guwa dapatkan. tolong jangan marah guwa sebab pakai ayat macam ni. guwa dah empat tahun tak buat karangan sejak habis spm aritu. memang tunggang langgang la kalau nak buat ayat.


eh dah la! guwa memang fail kalau bab menggoreng ni. straight to the point la. ok, nak dijadikan cerita...


time guwa beratur nak bayar tadi, guwa pergi dapatkan line 13. sebab yang bukak time tu line 12, 13, 14. cilake betul. buat banyak2 kaunter tapi bukak dua tiga kerat je. lepas nam minit beratur, guwa dapat rasakan aroma yang wangi menusuk jiwa sanubari. cis sebenarnya bau jamban. guwa tak tau datangnya dari mana. lepas lima belas saat menyiasat barulah guwa sedar yang bau itu datangnya dari ketiak brader yang beratur depan guwa. woi brader, ketiak lu bau jamban la! pegi la beli deodorant


********************************************************************

gambar hiasan


sebenarnya tu je yang guwa nak cerita. keh keh keh. tapi sebenarnya juga apa yang guwa cuba hendak sampaikan hari ini adalah mengenai bau badan. euwwww. guwa tau lu orang mesti cakap "cilake punya amar, macam ketiak dia wangi sangat". guwa tau la lu orang macam mana. guwa ada naluri keibuan tau sejak kecil. haaa. ok mari sini guwa nak terangkan serba sedikit mengenai apa itu bau badan dan jugak cara atasinya.


dengan gaya kak timah sambil memegang feather duster "oke anak-anak meh sini mak nak tunjuk meh!". bau badan biasanya berpunca daripada peluh yang keluar daripada badan. peluh bukanlah punca kepada masalah bau badan kerana ia tak berbau. tak percaya? cuba amik peluh tu dan bau. konfem takde bau. tapi toksah rasa la. konfem masin. tapi bakteria yang ada dalam peluh yang menyebabkan bau itu. 


dengan gaya seorang doktor pakar sakit tuan "nak tau dari mana datang peluh itu? mari saya terangkan". tubuh mempunyai dua kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. apa ekrin? apa apokrin? google sendiri la.


selain bakteria, pengambilan makanan yang ada bawang putih, kari, alkohol, ubat diabetes pon boleh menghasilkan bau yang kurang enak.


antara cara mengatasi masalah bau badan ni, lu orang hendaklah selalu mandi. jangan dok biar badan tu berpeluh dari pagi sampai malam. kalau baju tu boleh bercakap memang beratus sumpah seranah dia bagi lu orang. sebagai kesan maksimum, lu orang boleh juga menggunakan pewangi ketiak. sebagai contoh deodorant. ya! deodorant mampu mematikan bakteria yang menjadi punca bau badan.


guwa tau lu orang mesti tak tau nak beli deodorant jenis yang macam mana kan? ha meh guwa beri pendapat. mana tau serba sedikit boleh membantu lu orang.





1. SEMBURAN
kelebihan : mudah diserap dan tak mengotorkan pakaian
keburukan : kadang-kadang bauan tak kekal lama kat badan dan lu orang perlu sembur lagi




2. KRIM
kelebihan : tahan lama sket
keburukan : melekit dan amik masa untuk kering kat ketiak




3. STICK
kelebihan : tahan lama jugak
keburukan : pon sama macam krim jugak




4. GEL
kelebihan : mudah diserap
keburukan : susah nak jumpa kat kedai. cis




5. BEDAK
kelebihan : serap peluh dan sejuk je rasa ketiak tu
keburukan : menyebabkan baju pada bahagian ketiak kotor




6. ROLL-ON
kelebihan : mudah diserap
keburukan : yang mempunyai pewangi boleh menyebabkan alergi pada kulit




baik, dah panjang lebar dah guwa membebel ni. guwa nak sambung tido. selamat beramal.




picture: credit to encik google.


p/s: jaga keharuman ketiak tu bro! ketiak kita, budaya diri kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...