01 November 2011

isnin.selasa.rabu.khamis.JUMAAT.sabtu.ahad


hari ni entri takde intro. straight to the point. sebab guwa pon tengah banyak kerja ni. tapi guwa nak juga sampaikan beberapa ilmu yang mana kita boleh kongsi bersama. mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan dariNya.

tajuk utama yang guwa nak sampaikan hari ni adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari. ramai orang yang gembira atau suka dengan tarikh hari ini, 1.11.11. ya, guwa admit. kalau guwa skang dah umor 29tahun memang guwa pilih tarikh hari ini untuk kawen. apa guwa pedulik ade orang datang ke tak. janji tarikh cantek! ok, itu mengarut dan takde kena mengena dengan entri ini. abaikan.

apa yang guwa nak kongsikan dengan lu orang hari ini adalah peristiwa dalam hari menurut sejarah Islam. jom check it out.


Hari Isnin
  • Naiknya Nabi Idris a.s ke langit.
  • Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
  • Rasulullah S.A.W dilahirkan.
  • Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.
  • Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilaporkan pada hari Isnin.
  • Hari wafatnya Junjungan mulia, Rasulullah S.A.W
  • Bukti keesaan Alah diturunkan, ”Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa
  • Wafatnya jurjis.
  • Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
  • Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
  • Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
  • Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
  • Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
  • Allah SWT menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
  • Allah SWT menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (di laut merah).
  • Allah SWT menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
  • Allah SWT menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s
  • Allah SWT menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
  • Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
  • Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
  • Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
  • Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
  • Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
  • Rasulullah S.A.W memasuki kota mekah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Hari Jumaat
  • Pernikahan antara Adam dan Hawa.
  • Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha.
  • Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s
  • Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Khadijah Khuwailid.
  • Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’
  • Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
  • Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh 
Rasulullah S.A.W sebagai hari tipu daya sebab..
  • Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
  • Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
  • Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
  • Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
  • Orang orang yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu Allah SWT mengangkat Nabi Isa ke langit.
  • Orang orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad S.A.W di Darun Nadwah.
  • Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
  • Allah SWT menjadikan neraka.
  • Allah SWT mencipta bumi yang tujuh lapis
  • Allah SWT mencipta langit yang tujuh lapis
  • Allah SWT menjadikan 7 anggota adam.
  • Allah SWT menjadikan bilangan hari yang tujuh.
  • Allah SWT menjadikan bintang2 yang beredar..
  • Allah SWT menjadikan laiutan yang tujuh…




diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah Nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. alangkah baiknya kalau kita berada di bumi Anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan Nabi-Nabi.


p/s: insyaAllah moga sama-sama dapat ambil iktibar yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua, dan yang buruk itu dari hambaNya yang daif ini.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...