28 January 2011

cuti datang lagi!


Masa ni aku percaya ramai student lain tengah sibuk nak kemas barang balik kampung. Kenapa? Sebab arini akan bermula cuti midterm bagi kita. So, cuti selama lebih kurang sembilan hari ni perlu dimanfaatkan oleh kita bersama supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. keh keh. Tapi sekarang aku tengah ligat berfikir cara-cara yang paling manis untuk menghadapi waktu cuti yang sangat mencabar.

Mencabar la bagi aku. Korang bayangkan, kalau kat rumah:

- Tiap-tiap hari bangun awal. Subuh memang on time. Encik ayah dan puan ibu akan lantang bersuara persis ahli politik kalau aku tak bangun Subuh.

- Pagi-pagi bangun terus cuci sangkar arnab. Bau macam bau neraka. Tak guna betul. Kalau dia berak keluar kamera DSLR Nikon suka la aku.

- Aku dan puan ibu akan berbincang untuk mendapatkan sarapan pagi kalau semua orang kat rumah pergi kerja. Selalu puan ibu pon cuti. Sebab puan ibu kan cikgu. Kadang-kadang sampai bertumbuk untuk memutuskan siapa yang patut pergi kedai beli nasi lemak. Ok, sesungguhnya itu tipu belaka.

- Part basuh kain paling nikmat. Kadang-kadang pasang lagu kuat-kuat, lepas tu menari sambil tekan punat kat mesin basuh.

- Tapi nak menjemur kain, haram... Kali ni aku dan adik aku bertumbuk. Bukan apa, tak kacip la anak jantan jemur kain. Buatnya kena ngorat dengan anak perempuan jiran sewaktu sedang jemur kain, tak manis pula dipandang kan...

- Kadang-kadang puan ibu sebelum pergi kerja, beliau akan suruh kami adik-beradik sekalian jelatanya kemas rumah. Adik-adik aku la paling rajin buat kerja-kerja tak bujang macam ni. Aku rilek je tengok cite Awan Dania. Sebab? Ade cik awek Scha Al-yahya.kehkeh

- Petang. Masa ni aku dan member2 pergi lepak di tepi padang sambil berbual kosong. Kadang-kadang pekerja Indonesia yang main bola kat padang tu akan ajak kami berentap. Kami memang pantang dicabar. Tapi selalunya kami kalah. Alah kasi can. Lagipun penyokong kat luar tak bawak bendera Malaysia pun.

- Malam. Masa ni rumah aku dah ramai sikit. Semua dah balik kerja. Waktu-waktu macam ni, kalau aku suruh encik ayah belanja makan kat restoran seafood pun, dia layankan aje.

- Tengah malam. Waktu ni aku dan geng-geng  akan carik tempat lepak. Tapi selalunya dekat sebelah bilik mayat hospital. Kami berani lu kata? Ada geng-geng kaki judi kat tempat aku ni lagi berani. Diorang boleh bantai main judi kat dalam bilik mayat.

Itulah rutin-rutin seharian aku untuk melengkapkan cuti selama lebih kurang sembilan hari.

SETIAP HARI.

Rasa macam membazir cuti yang pihak universiti bagi je. Ye tak? Jadi, sekarang aku mesti memikirkan cara untuk menjadikan cuti ni lebih bermakna. Agak-agak kalau men msg ngan cik awek Scha Al-Yahya die nak reply tak?



note::selamat bercuti semua! dan tak lupa selamat tahun baru kepada semua kawan2 chinese


27 January 2011

selamat hari lahir, amaraizat!

26 Januari 2011. Rabu. Tepat Jam 1.43 petang. Genap 22 Tahun

Usia aku meningkat. Kalau 20 adalah pintu gerbang kepada puluhan, maka 22 adalah isi kepada dunia puluhan.

Pertamanya aku ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri aku sendiri. Sudah 22 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih aku ingat diri-diri aku yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun.

Dan Allah mengurniakan aku perjalanan hari lahir yang terindah pernah aku lalui sepanjang hidup saya.

Pastinya, 26 Januari 2010 takkan aku lupa sampai bila-bila. Kerana apa? Kerana merekah keluarga, guru-guru, rakan-rakan, dan sahabat handai yang telah memberikan ucapan sempena hari lahir aku.

Sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup aku.


UCAPAN HARI LAHIR VIA CALL

Puan Ibu Noriah
bagi nasihat banyak-banyak. lepas tu wish Selamat Hari Lahir!

Adek Nurshahira 
Happy Birthday bang Amar.


Encik Ayah Abdullah
Selamat Hari Lahir Amar


UCAPAN HARI LAHIR VIA BLOG
terima kasih amirul kerana entri yang begitu spesel ini. thumb up!




UCAPAN HARI LAHIR VIA KATA-KATA

Akmal Arief dan Ahmad Bukhari
Siap nyanyi lagu besday lagi
Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan amar aizat. Allah selamatkan kamu

Rashdan
Selamat hari jadi bon

Ijat
Hepy besday kumar (ini mmg ayat nak kena pukul.haha)

Haizan
Happy Besday Amar.. Kita lahir sama bulan la

Amzar
Hepy besday mar!




UCAPAN HARI LAHIR VIA MESSAGE


Encik Ayah Abdullah
Selamat hari jadi panjang umur dimurahkan rezeki

Amirul Aizat
happy birthday to you,
to you happy birthday,
birthday to you happy,
happy to you birthday.
HAPPY BIRTHDAY '22'
From : Eijat Abdullah

Aiman Aizat
Happy birthday to you semoga panjang umur

Alini
Xpela.just nak wish.hepy bfdae!

Ecah Hassan
hey brO
epi brthday!
sweet 22th
haha. da tua da.
6t kawen jgn lupe jmpot taw.haha

Filzah
heyp! selamat hari lahir..tua tetap tua..hi3..semoga selamat
semuanya, bahagia di mane2, rezeki smurah2nya, n sehat sejahtera
hendaknya..k friend saja..syg kamu!

Ekin Wahed
Happy birthday amar aizat..may god bless u n have a blast. Tanx 4
every single thing that u had done to me. I had learned tOo much.
huhu..take care, be a good man.. N keep the smile in ur face.
because it's the symbol of ur charm.ok.
gudnite.-ekin.:-)

Faraadila Usop
Hepi bday..smoge pjg umO n murah rzeki n berjaya dlm idop
n bhagie dunie akhrt..Ok 2 je

Khairiah Ishak (truly pen pel)
Slmt ulang taOn kelahiran amar..
smga dimurahkn rzki n dpnjgkn umo..(^_^)

Azrul @ Cip
Hepi bday uncle

Jijah
Hapy besday amar..mge b'jaye dunia n akhrt..

Aklil Hamdee
Happy birthday..may Allah bless u

Iffah Auni
Amar, hppy bufday..smoge amar dmurah kn rezeki
n dpt awek.hehe

Tya Zea
Happy birthday amar aizat :-)


Azlan KK
Happy birthday!


Nibs
Bezday boz,study leklok k..nitez..take cre k


Mya Ixora
Ee pkck xmo angkt lak..hepy bday ;-) huhu sdh tua da ish3


UCAPAN HARI LAHIR VIA PESBUK

(klik untuk tumbesaran)



























































TOTAL: 409 wall post


DAN KEPADA KENALAN TERDEKAT, MAAF SANGAT-SANGAT SEBAB AKU TAK DPT NAK CALL KORANG. BESDAY ARI RABU. HARI ADE KLAS. PACK SANGAT WOO SEMALAM. DAPAT CALL PUN PUAN IBU, ENCIK AYAH DAN CIK  SCHA AL-YAHYA JE. SORI SESANGAT

Pertambahan umur, memang menggembirakan. Tetapi kita perlu sentiasa beringat bahawa, pertambahan umur adalah petanda bahawa umur kita semakin pendek. Waktu kita semakin singkat. Berakhirnya semalam tidak akan dapat dikejar.


Semakin dekatlah waktu pertemuan aku dengan Allah SWT. Entah sampai bila lagi masih boleh menghirup udara dan menggunakan sisa tenaga yang ada.

Adakah mati dalam ketaatan? Atau mati dalam keingkaran?

Di sinilah letaknya keperluan pada kesungguhan usaha menjadi hamba-Nya. Moga-moga, aku mati sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya.

Segala kudrat yang ada, segala tenaga yang masih wujud, dengan umur yang masih berbaki, dengan waktu yang belum luput, aku akan gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini hingga segalanya kering sekering-keringnya.

Akan ku gunakan semua ini untuk Allah SWT, menggapai redha-Nya. InsyaAllah. Biar mati dalam keadaan benar-benar menjadi hamba yang tunduk dan taat kepada-Nya. Doa saya pada pertambahan usia ini hanya satu. “Ya Allah, kurniakanlah aku taat”. Taat kepada Allah SWT.

Biar hidup ini bermakna dengan semuanya dikira oleh Allah SWT. Biar mati nanti bermakna kerna pulangnya aku sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya.

Aku nak ucapkan infiniti syukur kepada Allah SWT yang mengisi kehidupan ku dengan pelbagai perkara yang menarik. Aku sujud kepada-Nya dengan rasa kerdil agar Allah mempermudahkan pula apa yang akan saya lalui selepas ini.

Moga aku benar-benar dapat meneruskan kehidupan ini dalam teritori hamba.
Hingga kering segala apa yang ada pada usia.
Hingga usia itu sendiri luput daripada dunia.

Akhir kata, selamat hari lahir buat diri. Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat nanti.

Terima kasih khas kepada keluarga, guru-guru, sahabat handai yang masih lagi sudi untuk mengucapkan salam hari lahir kepada aku. Terima kasih untuk segalanya! Sekian

note::umur aku sekarang dah 22. lagi 6 tahun kawen!kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...