26 October 2011

"aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "


"Aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "

kenapa perlu tengok ciri-ciri ekstrinsik (luaran) dulu.

sememangnya sifat semulajadi manusia melihat kecantikan luaran apabila menilai sesuatu secara kasar. sebagai seorang lelaki, sememangnya kita suka melihat perempuan yang putih kerana mind-set ni macam dah di ajar dari kecil. bila putih = cantik. 

sama la macam handphone, semestinya kita berkenan dengan design yang lawa, slim, color hitam berkilat, skrin terang dan lain lain. tetapi apa yang sebenarnya mempengaruhi kita untuk buat keputusan membeli handphone tu ialah feature yang ada pada handphone tersebut. buat apa rupa jer lawa tapi memori kecik, slow, menu tak user friendly, volume tak kuat dan macam macam lagi la.

guwa highlight kan suka melihat perempuan cantik kerana suka tak bermakna jatuh hati atau cinta. memang sifat lelaki yang suka 'flirt' atau dalam bahasa pasarnya 'meng-usha'. nak usha kena la yang cun-cun, kalau usha yang kurang sikit memang kena ejek dengan member la. itu guwa tahu, lu orang pon tahu. sape cakap tak tau, guwa tepuk dahi dia guna pembaris besi.


tapi bila masuk bab cinta atau soal memilih calon isteri, aspek lain turut diambil kira. baik dari segi pergaulan, percakapan, body-language, mental dan emosi, semua tu dipakejkan menjadi seorang wanita yang sempurna pada pandangannya. rupa jer putih, lawa tapi cakap kasar, takde siapa nak.


ada seorang perempuan kat tempat guwa belajar dulu. guwa taknak mention la kat mana. dia ni comel, kecik molek, senyum manis, rambut lurus, popular. ramai lelaki suka dia, tapi malangnya tak ada yang cinta, selang 4 bulan, dia konpem akan ditinggalkan. kemudian dapat pakwe baru, pun kena tinggal jugak. semua lelaki yang pernah couple dengan dia memang dah ada awek lain. dia hanya jadi barang melepaskan nafsu. kesian, cantik. dapat layanan lelaki tapi tak dapat merasa cinta sebenar, tak dihargai.


dunia hari ini terang terang memberitahu perempuan yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkulit gelap ni tak akan 'diusha' oleh kaum lelaki adalah dunia yang tidak adil. secara tidak langsung  rasa wujud diskriminasi terhadap golongan perempuan berwajah gelap ni. jadi tekanan wujud apabila mereka tau yang mereka tak diusha oleh kaum lelaki. relax, tenang, tak diusha tak bermakna tak akan dicintai seumur hidup.


serius, guwa pernah jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. tahu tahu je sekarang ni dia dah bertunang. dah nak kawin dah pon. siapa cakap orang berkulit gelap susah nak dapat pasangan hidup ha?


tanamkan rasa suka dan syukur terhadap diri kita walaupun kita sehitam mana pon. kalau kita sendiri tak suka dengan rupa kita, macamana orang lain nak suka dengan kita? 



p/s: guwa tulis entri ini sebab guwa sendiri pon berkulit gelap. dan guwa takde masalah sebab Allah mencipta sesuatu pasti punya 'ibrah.

3 comments:

aisha said...

sy suka lelaki mcm awk..matang dari usia..selalu nyer lelaki yg xpilih bulu ni,,seorang yang bijak..untuk pengetahuan awk..sy seorg gadis berkulit hitam manis..jrg lelaki usha sy..byk kw sy yg putih ditambah pandai berfesyen ada lelaki 2-3 org minat kat dia..smpai sy tertnya2 huduh ker org kulit gelap? rs stress smpai xnak kuar rumah..bg sy biar la ku;it htam asalkan sihat, dan sy yahik suatu hari nanti ada lelaki yg bagus melamar sy..doakan dekat sy :)

alin linda said...

org kata biar kulit gelap janji jgn hati gelap....
bg sy biar la gelap pun... biar xde yg nk usha ke ape...
yg penting kite tau owg yg terima kite 2, die terima kite seadanya...
cinta yg hnya pndang pada rupa akan hilang bersama kecantikannya yg kian pudar..
tp cinta yg dtg dr hati yg benar2 tulus akan kekal smpai bila2...
insyaAllah~~~~~

Unknown said...

Ok thanx saya rasa lebih berkeyakinan diri bila baca ni.. Dan saya suka statement ....... Lelaki memang Suka melihat kepada kecantikan seseorang wanita yang cantik ... Tapi tak bermakna seseorang yang cantik itu akan dicintainya dengan sepenuh...

Dan yg paling penting cinta harus datang dari hati dan bukan dari paras rupa yang tidak kekal ABADI..... Kerana Orang cantik dan putih macam mana pun apabila usia telah lanjut akan tetap menjadi kurang cantik kerana sudah tua. dan banyak kedut...

Saya hanya perlu mencari lebih banyak kebolehan diri saya dan memperbaikinya, untuk menjadi bakal isteri yang solehah dan menjadi hamba allah yang taat kepadanya.

Thanx again.. awak ni memang bijak and more mature than other malay guys.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...