24 October 2011

ya. guwa anak melaka sejati. problem?


ramai yang dok mengadu terutamanya orang yang tak berapa nak kenal dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. derang dok komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? betul ker sampai begitu sekali?

sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. laser dan suka berterus terang. tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. cakap pun main lepas sahaja, tapi takde pun yang simpan dalam hati. habis kat situ jugak. orang Melaka ni diakui jenis yang cepat mesra. 

macam guwa katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. ada gak orang Melaka celup yang tak terpengaruh pun untuk kasau bila bercakap. ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit. 

setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. guwa merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. tiada yang diubahnya. selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

bagi guwa bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka. cuma bila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

apa pun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. ye tak?

p/s: orang melaka ni lemah lembut orang nya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...