27 October 2011

dunia ini bukan kecil, tapi ia tak besar

suatu hari,


boss berkata kepada secretary : kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

secretary menelefon suaminya : untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti.

suami menelefon buah hatinya : isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama.

buah hati menelefon murid tuisyennya : saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen.

murid tuisyen tersebut menelefon atuknya : atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. mari kita habiskan masa bersama

atuk (boss) menelefon secretary : minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. batalkan outstation tuh.

secretary menelefon suaminya : minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu.

suami menelefon buah hatinya : kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

buah hati menelefon murid tuisyennya : minggu ni kelas tuisyen macam biase.

murid tuisyen menelefon atuknya : atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. sori, saya tak boleh temankan atuk.

atuk menelefon secretary : jangan risau, minggu ni kita outstation. jadi uruskan semuanya..

seterusnya, lu orang sambung la sendiri.


pening tak nak baca ? kah kah kah





ikan di laut, asam di darat,
dalam periuk, ketemu jua.

dialog di atas sebenarnya adalah selingan sahaja. mesej yang ingin disampaikan adalah semua kat dunia ni berkaitrapat. dunia ni bukanlah kecil cuma ia tak besar. pi mai pi mai tang tu jugak. 


kerana itu asam yang berlainan bangsa dengan ikan kembung akhirnya bertemu di dalam ‘bahtera’ kuali sedangkan ikan kembung tidak pernah pun tahu akan kewujudan asam di darat, tetapi mereka disatukan.



p/s: dunia ini bukanlah kecil, tapi ia tak besar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...