06 January 2011

tak perlu tukar nama HARIMAU MALAYA

Sebelum ini aku ada terdengar yang ada orang  ni tersinggung dengan perkataan Harimau Malaya. Pelik tak? Kesian Harimau Malaya yang kian pupus. Tengok sini kalau nak tau.

Jadi, jom sama-sama kita pergi ke kandang Harimau Malaya. Bawa surat beranak Harimau Malaya dan suruh Harimau Malaya tukar nama dia jadi Harimau Malaysia. Ye tak?

Mari kita tanya Harimau Malaya.

Aku: Pak rimau! Pak rimau kena tukar nama jadi Harimau Malaysia la lepas ni nampaknya.

Pak rimau: Aik? Kenapa pulak? Tak sedap ke nama aku sekarang ni?

Aku: Macam ni, sebenarnya ada yang tersinggung la dengan nama Harimau Malaya. Diorang cakap, tak menggambarkan 1Malaysia la. Perkauman la. Melukakan hati orang la.

Pak rimau: LOL? Ye tak? Kau ingat aku sesuka hati ke pakai nama Harimau Malaya ni? Dah aku lahir kat Malaya. Mesti ar pakai nama tumpah darahku. Kalau aku lahir kat Amerika ke, aku pakai la nama Harimau Amerika. Ngekngok betul lah! Ko pi marah nenek moyang aku la!

Aku: Rileks pak rimau. Jangan telan saya dulu. Saya tahu pak rimau tersinggung. Tapi nak buat macam mana, redha je la. Kita ni hidup berbilang kaum. Jadi sebagai bangsa yang memang baik hati. Sekarang kerajaan mempertimbangkan nama Harimau Malaysia ini. 

Itulah perbualan yang aku reka sendiri sebab aku tak puas hati. Kenapa nama Harimau Malaya ini dipolitikkan???

Aku takut suatu hari nanti anak cucu aku tanya. 

"Tok Amar, kenapa nama pasukan bola sepak kita nama Harimau Malaysia yang tak ada sejarahnya?"

"Sebabnye, ada orang tersinggung dulu. Jadi, kena tukar lah sebab 1Malaysia kan"

Tak ke nampak janggal tu.

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya ni selain dari gelaran kepada skuad kebangsaan, ia juga merupakan nama spesis harimau yang sememangnya wujud. Entah apa nama saintifik dia, malas nak copy paste. terbelit lidah nak sebut. Korang google sendiri la. Nak tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia ni tiada isu sabah dan serawak dipinggirkan. So, kepada yang berkenaan tak payah la nak bertelagah apa sebab sememangnya nama Harimau Malaya tu adalah mewakili negara Malaysia.

UNIVERSITI MALAYA

Ok, kenapa nama Universiti ni tak nak ditukar kepada Universiti Malaysia? sebab tak seglamer pasukan bola kebangsaan, cuba jadi glamer macam pasukan kebangsaan, pelajar dia cipta mesin merentas masa ke, lecturer dia boleh terbang ke, dah glamer, barulah orang nak sibuk tukar nama jugak

Aku tak nampak apa masalahnya gelaran "Harimau Malaya" diberikan kepada Wira-Wira Negara yang menjulang Piala AFF Suzuki aritu. "Harimau Malaya" adalah nama saintifik  yang diberikan  kepada spesis harimau yang terdapat di Selatan dan Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia. 

"Harimau Malaya" merupakan satu spesis yang terancam dan dilindungi. Gelaran "Harimau Malaya" ke atas skuad pemain muda bolasepak negara merupakan satu pengiktirafan kerana ianya melambangkan kegagahan, kekuatan, keberanian dan "Harimau Malaya" juga terkenal dengan mitosnya sebagai penguasa di rimba raya. Penggunaan "Harimau Malaya" tidak bermakna ianya terhad kepada penduduk di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dipanggil Tanah Melayu semata-mata dan meminggirkan penduduk di Sabah dan Sarawak. Jika hendak diikutkan penggunaan "Harimau Malaya" pernah diberikan kepada penjenayah perang, Jeneral Tomoyuki Yamashita. orang yang mengetuai penaklukan Semenanjung Tanah Melayu, tetapi bukan ini yang kita maksudkan. Lagipun, nama "Harimau Malaysia" yang dicadangkan tidak terdapat di dalam mana-mana journal atau ensaikelopedia. 

Penggunaan konsep 1Malaysia sewajarnya tidak disempitkan di dalam bidang kehidupan kita seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Cukuplah retorik sebegini dan seharusnya kita lebih menumpukan kepada apa yang dapat "Harimau Malaya" ini lakukan untuk menakluk Asia dan mungkin lebih jauh dari itu, InsyaAllah.

Kau orang tengok gamba-gambar kat bawah ni yang aku dpt dari website Nike. Terserlah kegagahan pasukan kita




note::apepun, selamat maju jaya wahai pasukan HARIMAU MALAYA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...