05 January 2011

3 idiots. 1001 pengajaran disebalik gelak tawa



Jumaat lepas masa tengah cari channel Astro yang tayang cerita menarik sempena Tahun Baru 2011, terjumpa la cerita 3 Idiots ni kat channel Fiesta (CH 110). 3 kali aku tengok cite ni. Syok! Tak Tipu!

Memula tengok macam tak menarik, yelah sebab aku tak minat sangat cerita hindustan tapi lama-lama, dah nampak jalan cerita ni. Walaupun penuh dengan lawak dan gelak tawa tapi ada pengisian dan pengajaran dalam cerita ni. 3 Idiots ni menunjukkan kepada dunia kenapa pendidikan berorientasikan praktikal lebih bagus dan kenapa sistem gred itu sesuatu yang perlu dihapuskan. Memang betul bila masuk universiti, pelajar tu mesti nak dapat pointer 4.00. Siapa je yang tak nak pointer bagus. Ye tak? even aku pun nak pointer aku bagus. Kalau pointer rendah mesti sedih. Ye tak? Itu sebab dalam otak semua pelajar, pointer bagus itu melambangkan kepandaian dan kebijaksanaan seseorang walaupun pada hakikatnya, nak dapat pointer tinggi macam tu, pelajar lebih menghafal dari memahami.

Cerita ni cuba nak suruh kita buka minda. Belajar tu bukan untuk mengejar kedudukan pertama atau gred tinggi dalam kelas atau kuliah, tapi lebih kepada untuk seronok. Belajar bukan bermaksud mesti tertekan. Pilih kursus kat universiti berdasarkan apa yang sendiri minat, bukan kerana terpaksa atau sekadar nak ikut kawan-kawan sebab nanti mesti akan ada rasa kecewa dan menyesal. Masa tu kalau nak patah balik pun mungkin dah susah tapi tak mustahil.

Aku suka satu scene dalam cerita ni bila hero cerita ni Rancho disuruh mengajar kat depan. Lepas tu, dia ambil buku then tulis dua perkataan kat papan hitam, minta satu kelas cari apa definisi perkataan tu dalam masa 30 saat. Puas la semua orang belek buku nak cari maksud perkataan tu, padahal perkataan tu tak wujud pun dalam kamus atau mana-mana buku. Ada betulnya scene tu sebab aku rasa, masa belajar dulu, aku pun macam ni jugak. Book oriented study. Kalau bagi definisi, mesti akan cuba ikut sebijik sama macam definisi dalam buku padahal kalau betul-betul faham, senang je nak ingat.

Bila dah tengok cerita ni baru la aku nampak apa silap dan kekurangan masa aku belajar. Walaupun masa belajar dapat A untuk sesuatu subjek tu, tak bermaksud senang dapat kerja. CGPA tinggi pun bukan bermaksud senang nak dapat kerja. Industri memandang soft skill itu lebih penting dari pointer di universiti. Betul kalau pointer tinggi tu senang nak dipanggil untuk interview, tapi bukan bermakna boleh dapat kerja tu. 


Tgk page ni kalau nak review lebih lanjut.



Kalau korang ingat la, cuba baca rangkap pantun yang dibaca oleh Chatur a.k.a Silencer dalam cite tu? Mesti pecah usus korang tergelak kan. Pantun tu bunyi macam ni la

kentut kuat yang mulia,
kentut sederhana boleh ditahan,
kentut yang perlahan sangat teruk,
yang senyap langsung tak boleh ditahan.

note:: meminjam kata-kata Ranchoddas Shamaldas Chanchad, belajarlah dengan apa yang kita cintai dan minati! Pasti akan berjaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...