05 January 2011

Lee Chong Wei keluar BAM?


Assalamualaikum and good day

Actually aku tak paham apa yang dikatakan oleh Datuk Misbun Sidek. Mungkin ada sesuatu yang sensitif yang tak boleh diberitahu kepada media kot. Andaian aku la kan..

Berdasarkan pemerhatian kemelut dalaman adalah punca mengapa Datuk Misbun Sidek meletak jawatan. Aku rasa masalah ini sejak dari dahulu lagi dah ada. Berikutan perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek silap-silap Datuk Lee Chong Wei juga akan meninggalkan BAM. Alasan Datuk Lee Chong Wei kerana beliau ingin berlatih dibawah bimbingan Datuk Misbun Sidek.

Beberapa pendedahan telah dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei berikutan perletakan jawatan Datuk Misbun ini. Antaranya beliau mendedahkan BAM hanya tahu mencari silap pemain, jika mereka tewas pada mana-mana pertandingan yang disertai, tetapi sekiranya kejayaan yang diraih mereka tidak pula menghargainya.

"Semua masalah ini melibatkan pengurusan BAM, mereka hanya tahu minta laporan kalau kita kalah dan jika kita menang, mereka tak minta laporan pun. Tidak pula mereka tanya bagaimana saya boleh menang," ujarnya. 
Petikan kredit Utusan Malaysia.

Apa yang aku faham Datuk Misbun Sidek nak letak sebagai jurulatih perseorangan badminton negara. Oleh sebab itu, Chong Wei nak tinggalkan BAM. wadafak. apahal pulak?

BANTING: “Selamatkan diri kamu terlebih dulu sebelum selamatkan orang lain”. Itulah satu pesanan Datuk Misbun Sidek (kanan) kepada anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei yang mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan keputusannya meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara. Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu enggan berbicara lanjut, sekali gus menimbulkan tanda tanya maksud di sebalik pesanan kepada anak emasnya itu.
Misbun yang ditemui di rumah keluarganya di sini semalam juga enggan mengulas lanjut berhubung keputusannya untuk meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.
“Terlalu berat untuk saya perkatakan mengenainya. Ia terlalu sensitif,” katanya sebak. Bagaimanapun, jurulatih yang membimbing Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu bersedia bertemu Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh jika diminta. 
Ketika ditanya ada beberapa pihak menuduhnya tidak sayangkan negara dan mementingkan diri sendiri berhubung keputusan itu, Misbun terus sebak dan berkata: “Terpulang kepada orang nak kata, tetapi selama ini...”
Petikan kredit Berita Harian.

Setelah banyak kejayaan yang dirai oleh Datuk Lee Chong Wei di peringkat antarabangsa, beliau amat berhutang budi kepada Datuk Misbun yang telah menjadi jurulatihnya. Kenyataan Datuk Misbun Sidek yang mengatakan ingin keluar dari BAM (Badminton Association of Malaysia) di sebabkan masalah dan konflik yang melanda persatuan itu. Apa konfliknya? 

Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukankah Datuk Misbun telah berjaya menaikkan semula arena badminton negara? Telah berjaya melatih anak buahnya Datuk Lee Chong Wei hingga berjaya kini? Adakah disebabkan gaji? Latihan? Atau susunan semula struktur BAM yang baru yang dikatakan tidak disukai oleh Datuk Misbun Sidek?

Harapan aku moga kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan satu-satunya pemain badminton yang  cukup berkaliber dan seorang jurulatih yang cukup banyak pengalaman. Aku rasa elok juga kalau kementerian Sukan terlibat sekali untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini.Semoga segalanya selesai dengan baik. Insyallah.


note::perpaduan remaja melalui sukan. betul ke?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...