15 January 2011

HE HAD A LOT OF COLOR

Entri kali ni aku buat khas untuk bekas pemimpin negara kita. Sapa lagi kalau bukan Dato Seri S Samy Vellu. Siapa tak kenal beliau? Meh aku kasi pelempang jepun. Tipu la kalau tak kenal.


Untuk pengetahuan korang, Dato Seri S Samy Vellu akhirnya secara rasmi meletakkan jawatan nya sebagai Presiden MIC setelah 31 tahun memegang jawatan tersebut. Aku rasa Dato Seri merupakan pemegang jawatan kabinet dalam kerajaan yang paling lama, lagi lama dari Tun Mahathir. Otai orang tua ni beb.

"We will miss Dato Seri Samy Vellu because he add a lot of color.. sometimes a bit too much color.. "

Apa yang aku suka sangan dengan Dato Seri S Samy Vellu ni ialah bila beliau ditemuramah oleh sesiapan sahaja. Tak kira la time Buletin Utama kat TV3 ke, Berita Perdana kat TV1 ataupun Awani Global Kat Astro Awani. Yang pasti, beliau akan berikan jawapan yang terbaik dan kadang-kadang menggelikan hati kecik aku ni. Bila dia pegang jawatan menteri kerja raya dulu, hampir setiap hari la dia akan masuk TV.

Time makan malam sekitar jam 8lebih macam tu la, kitorang satu famili akan tengok berita sambil makan. Bila Dato Seri keluar je bapak aku suruh diam, nak dengar apa Dato Seri nak bebel kali ini. Beliau tak akan mengecewakan aku dalam setiap jawapan yang diberikan. Mesti ada je benda lawak keluar dari mulut dia.

Aku rindu sangat-sangat dekat Uncle Samy setelah dia kalah pilihanraya 2008 dulu. Sebab lepas dia kalah, macam sebulan sekali je nampak dia keluar berita. Nak entertainment masa makan kena tunggu Karam Singh Walia keluar.

Untuk memberi penghormatan terakhir untuk Dato Seri, aku nak kongsi beberapa famous quotes yang membuat orang Malaysia tepuk dahi dan terbantai gelak.

  • Samy Vellu memberi comment tentang pos laju "Besok kirim, hari ini juga sampai"
  • Dalam interview di TV, dia ingin meluahkan perasaan malunya "Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar"
  • Dalam sebuah ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong di sini". Tiba-tiba satu pakcik menyampuk "Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan". Dato Seri dengan bangga reply "Kalau takda sungai, kita bina sungai."
  • Semasa krisis air "Semua orang diminta jangan buang air!"
  • Dato Seri punya famous quote kalau toll naik "Toll naik sikit, banyak marah saya. You orang ingat semua ini toll saya punya bapak punya kah?"
  • Commenting on social problems "Orang-orang muda sekarang banyak suka hisap dade"
  • Sempena kempen derma darah "Marilah kita semua menderma dare"
  • Semasa kes Al Arqam di kemuncak "Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
  • Mengenai kepulangan Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan negara pulang ke bumi "Kita rasa bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi"
  • Di sebuah majlis perasmian bangunan "Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara (sepatutnya saudara-saudari), sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain"


Satu perbualan yang sangat menggelikan hati aku sampai gelak guling-guling adalah:

Dato Seri said "Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia respect sama kita. The jounalist replied "Tapi Dato Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?". Dengan cool nya Dato Seri reply "Itu pasal la u takda jadi menteri, saya sudah lebih 30 tahun jadi menteri, saya mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk".

Siyesly! Aku rindu nak tengok beliau kat depan TV skang ni.

note::we will miss Dato Seri Samy Vellu because he add a lot of color.. sometimes a bit too much color

2 comments:

syirakhalid said...

memang mengelikan hati..kihkih

amaraizat said...

kak oshin::haha. bekas big bos akak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...