28 January 2011

cuti datang lagi!


Masa ni aku percaya ramai student lain tengah sibuk nak kemas barang balik kampung. Kenapa? Sebab arini akan bermula cuti midterm bagi kita. So, cuti selama lebih kurang sembilan hari ni perlu dimanfaatkan oleh kita bersama supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. keh keh. Tapi sekarang aku tengah ligat berfikir cara-cara yang paling manis untuk menghadapi waktu cuti yang sangat mencabar.

Mencabar la bagi aku. Korang bayangkan, kalau kat rumah:

- Tiap-tiap hari bangun awal. Subuh memang on time. Encik ayah dan puan ibu akan lantang bersuara persis ahli politik kalau aku tak bangun Subuh.

- Pagi-pagi bangun terus cuci sangkar arnab. Bau macam bau neraka. Tak guna betul. Kalau dia berak keluar kamera DSLR Nikon suka la aku.

- Aku dan puan ibu akan berbincang untuk mendapatkan sarapan pagi kalau semua orang kat rumah pergi kerja. Selalu puan ibu pon cuti. Sebab puan ibu kan cikgu. Kadang-kadang sampai bertumbuk untuk memutuskan siapa yang patut pergi kedai beli nasi lemak. Ok, sesungguhnya itu tipu belaka.

- Part basuh kain paling nikmat. Kadang-kadang pasang lagu kuat-kuat, lepas tu menari sambil tekan punat kat mesin basuh.

- Tapi nak menjemur kain, haram... Kali ni aku dan adik aku bertumbuk. Bukan apa, tak kacip la anak jantan jemur kain. Buatnya kena ngorat dengan anak perempuan jiran sewaktu sedang jemur kain, tak manis pula dipandang kan...

- Kadang-kadang puan ibu sebelum pergi kerja, beliau akan suruh kami adik-beradik sekalian jelatanya kemas rumah. Adik-adik aku la paling rajin buat kerja-kerja tak bujang macam ni. Aku rilek je tengok cite Awan Dania. Sebab? Ade cik awek Scha Al-yahya.kehkeh

- Petang. Masa ni aku dan member2 pergi lepak di tepi padang sambil berbual kosong. Kadang-kadang pekerja Indonesia yang main bola kat padang tu akan ajak kami berentap. Kami memang pantang dicabar. Tapi selalunya kami kalah. Alah kasi can. Lagipun penyokong kat luar tak bawak bendera Malaysia pun.

- Malam. Masa ni rumah aku dah ramai sikit. Semua dah balik kerja. Waktu-waktu macam ni, kalau aku suruh encik ayah belanja makan kat restoran seafood pun, dia layankan aje.

- Tengah malam. Waktu ni aku dan geng-geng  akan carik tempat lepak. Tapi selalunya dekat sebelah bilik mayat hospital. Kami berani lu kata? Ada geng-geng kaki judi kat tempat aku ni lagi berani. Diorang boleh bantai main judi kat dalam bilik mayat.

Itulah rutin-rutin seharian aku untuk melengkapkan cuti selama lebih kurang sembilan hari.

SETIAP HARI.

Rasa macam membazir cuti yang pihak universiti bagi je. Ye tak? Jadi, sekarang aku mesti memikirkan cara untuk menjadikan cuti ni lebih bermakna. Agak-agak kalau men msg ngan cik awek Scha Al-Yahya die nak reply tak?



note::selamat bercuti semua! dan tak lupa selamat tahun baru kepada semua kawan2 chinese


8 comments:

Unknown said...

hohoho...
jemur kain tamaw??hak2...
hehehe...best uh erk nak cuti ye..
btw..nice entry..
tergelak aw pu3 bace entry ni.. =)
btw..selamat bercuti

Anonymous said...

hehe2..manisnyer mse cuti awk tu,ahaaks...;)

dotdotsekian said...

haha..saya agak la cik awek scha taknak balas kot msg awak tu..hahahaha

khairun salwa said...

bertumbuk juz psal nk g bli sarapan??! ouh, mmg sgt tidak logik~ hahaha. :)

amaraizat said...

puteri::tengs. selamat bercuti jugak!

amaraizat said...

senydream::hahha. tak la semanis senyuman awak kan..

amaraizat said...

dotdot sekian::saya tak rasa mcm tu. saya rasa die rindu saya mcm 50ribu jari kelingking

amaraizat said...

salwa::hahha. bertumbuk dalam mimpi kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...