04 January 2011

selamat memulakan semester baru!


Macam biasa la, bila mula je semester baru pasti diiringi dengan cita-cita atau azam yang baru. Ianya berikutan prestasi yang dicatatkan pada semester sebelumnya. Sama ada elok atau tak, "tepuk dada, tanyalah selera". pointer yang  aku dapat bagi sem lepas tak lah seberapa. Pastinya aku perlu lebih meningkatkan lagi usaha bagi memastikan aku akan dapat menerima segulung ijazah yang berkualiti suatu hari nanti. Nak bagitau ni, sem lepas aku cuma amik 12 jam kredit je. So untuk sem ni aku ngat nak amik lebih sikit la. 15 jam kredit. Cukup la tu. Banyak-banyak nanti takut tak terbawak pulak

Antara subjek-subjek yang aku amik sem ni agak mencabar kewibawaan aku sebagai seorang lelaki jugak la. Tapi takpe la. Susah senang kita tempuh je la. Ye tak? Ni subjek-subjek nya.

  • Soil Mechanics and Geology
  • Fluid Mechanics
  • Project Management in Construction
  • Ordinary Differential Equations
  • Technical Writing
  • Co-curriculum (Trekking)
Amacam? Nampak senang ke susah? No komen.

Btw, aku rasa masih lagi belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua bloggers dan reader yang sudi singgah kat belog aku yang tak seberapa ini. Tahun 2011 aku harapkan dapat memberi pelbagai kesan positif dalam proses kita belajar menghadapi kehidupan seharian. hehe. ayat berfalsafah tu

Seperti biasalah, asal datang sje tahun baru tak habis-habis orang sebut tentang azam baru. Ianya sudah menjadi "trend" atau norma masyarakat pada masa kini. Sedangkan azam sepatutnya bukan kita lakukan setahun sekali. Sepatutnya setiap malam sebelum kita tidur kita perlu muhasabah diri kita sendiri mengenai perlakuan atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Agak-agak korang ade buat tak?

Ok, sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Sebab aku nak gi kelas. Perjuangan mesti diteruskan. Ye tak?

note::selamat tahun baru dan selamat memulakan semester baru


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...