12 January 2011

gempar! kisah AJL 25

Tadi pas abes kelas, dengan heavennya aku tido sambil telinga disumbatkan dengan penyumbat telinga mp4 aku. Waktu ketika itu kedinginan seperti berada di utara bumi sedangkan air bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bahasa apa? mana la aku tau. Dah cikgu BM dulu ajar sepoi-sepoi bahasa. Takde pulak cakap pasal sepoi-sepoi matematik pulak kan.


Sambil dengau-dengau lagu tu, aku terpesona, terpana, terpukau, terkesima dan yang sama waktu dengannya dengan beberapa lagu ni la. Korang cuba hayati bait-bait lagu ni. Tapi aku belum sempat lagi la nak hayati lagu Ana Raffali. Nanti la eh, kita tengok apa yang sedap sangat lagu beliau itu.




Lagu 1 : Pada Syurga Diwajahmu (Nash)

……air mata cinta darimu itu menjadi rindu….

……pada syurga diwajahmu tiada tanda kau berdosa….

Ulasan : kehebatan Nash jelas terbukti dengan hanya melihat wajah awek beliau sudah tahu ada dosa ke tak. kalau nak timba ilmu kena pi jumpa nash la bukan tok guru ye.



Lagu 2 : Layar Impian (Ella)

…..jika mimpi cinta kita bisa ku zahirkan jadi lukisan yang menarik pasti aku

…..sentosakan malam pesta bila engkau lafazkan janji dan memelukmu

……sepanjang tarian hingga pipi ku terasa basah dalam tangisan yang penuh kesyukuran…

Ulasan : Ella bersyukur kerana dipeluk oleh encik pakwe beliau semasa dok menari, bagi meningkatkan lagi tanda kesyukuran beliau marilah semua kaum lelaki pakat-pakat pi peluk dia



Lagu 3 : Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukay's)

…..dan jatuh air mataku, mendengar pengakuan iklhlasmu,

….sanggup bersaudarakan dia walau hakikat hati mu terluka,

….bla…bla…bla…..(sambung nyanyi)

….moga satu hari sambutlah cinta dan kembali ceria walau hati aku ini milik engkau dan dia…..


Ulasan : Lagu ni tentang laki yang menikah dua la. Susah la nk tengok madu-madu ni berbaik, yang dok dengaq yang dok dengki perut sama sendiri yang makan hati la, anak-anak terabai la nak kembali ceria apanya…



Lagu 4 : Biarlah Rahsia (Dato' Siti Nurhaliza)

.semakin aku hidup dalam cinta tiada kuasa mampu,

….menghalangnya hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Ulasan : Ini lirik berani mati punya JAKIM tak tapis k? tiada kuasa mampu nak halang cinta mak iti dengan bang K t. Sengal ubi keledek la sapa yang tulis lirik tu.



Actually, tajuk diatas tak berkenaan pun dengan entri kali ni. saje je nak wat gempar. kehkeh


note::sekian, terima kasih.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...