16 January 2011

kenali diri anda


"Yeee...tuan-tuan..insan yang cemerlang datangnya dari minda yang tenang
hati yang bersih dan jiwa yang?? yang mantapp!!! lambat.."

Itu la kata-kata yang biasa aku dgr kalau Dr.Fadhilah Kamsah ni mula berbicara. Tapi bagus la dia. Aku giler kagum dan respect kat dia ni. Sebab dia seorang yang berilmu tinggi. Tapi tak tau la sampai tahap mana yang penting lagi tinggi dari aku.

Okay, kali ni post yang tersangat kena mengena dgn diri aku. Pasal "Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah." yang aku amik kat application pesbuk aku. Korang pon boleh cuba. Klik link ini

Aku lahir bulan Januari. Jadi aku post yang bulan Januari je la kot. Lain-lain kalau korang nak tau, korang carik jer sendiri. Korang ader pesbuk kan? Gi la kat aplication tu. Ye tak?

Jom tgk Bulan Januari Punya :

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.




Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik 
Ok ini mungkin betul. Seorang yang serius? Btw, ramai cakap macam tu. Tapi muka guwa ni nampak je sombong. Tapi guwa ok je.

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Yang ni mungkin betul. Tapi aku penah baca satu artikel bahawa kalau kita semakin kuat mengkritik, semakin bertambah hutang kita. Aiyooo, sejak tu aku tobat dah nak kritik-kritik ni.

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Amende yang aku buat sampai nampak keuntungan ni eh? Aku rasa la sebab aku rajin tackle cik awek Lisa Surihani tu yang untuk aku dapat kapel ngan die sampai sekarang kot. Ok, itu tipu.

Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur 
Bukti? Tanyalah pada cik awek Lisa Surihani. Dia lebih mengetahui.

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
Yang ni aku tak pasti lagi. Nanti aku nak call Dr Fadhilah Kamsah nak tanya betul ke tak dia cakap ni.

Pandai mengambil hati orang lain
Ramai cakap aku mulut manis. Ye dop? Aku pon tak penah rasa mulut aku ni perasa apa.

Pendiam kecuali telah diransang
Ok, kajian ini amatlah tepat. Aku pendiam orangnya dari segi luaran. Tapi bila dah dapat geng ataupon dah sama kepala, mulut ni tak boleh la nak dok diam melainkan setelah di soletep.

Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi 
Ni no komen la. Tak tau nak cakap apa.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Agak-agak boleh apply keje jadi chekgu disiplin tak?

Badan sihat tapi mudah diserang selsema
Yang ni aku tak pasti. Sebab, tak penah pon terjadi tiap-tiap hari aku kena selsema.

Bersikap romantik tetapi tak pandai memperlihatkannya
Ok, yang ni hanya untuk cik awek Lisa Surihani je. Sekian

Cukup sayang pada kanak-kanak
Sangat. Kalau boleh dah kawin nanti nak anak 13 orang boleh?

Suka duduk di rumah
Yang ni kadang-kadang betul. Sebab? Kalau sekali aku kuar rumah, tak habis RM300 tak sah. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap hari tak duduk rumah? RM300 x 30 hari

Setia pada segala-galanya
Dr Fadhilah, yang ni cheq dok piqhiaq dari tadi. Setia yang macamana tu ye?

Perlu belajar kemahiran bersosial
Yang ni tak sama ke dengan belajar kemahiran hidup time PMR tu? Sia-sia je la dpt A dulu-dulu kalau kena belajar lagi.

Sifat cemburu yang sangat tinggi
Saya akui. Saya sangat cemburu bila tengok cik awek Lisa Surihani dok hari-hari berlakon ngan si Farid Tamil tu. hahha

Kalau renung-renung balik, ade yang betol dan tepat nya. Ada yang sikit-sikit yang sebaliknya. Ini hanya kajian semata-mata. Orang tak kan tahu kita macamana kalau mereka tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya. So, kenal la dulu baru judge.

Renung-renungkan dan selamat mencuba!

note::kenali dan nilai seseorang itu dengan pandangan kita sendiri, bukannya dengan percakapan atau pandangan orang lain

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...