02 February 2011

keagungan LAGENDA P RAMLEE



Semalam aku layan cite Do Re Mi. Berdekah melihat Pak Bilal yang terkejut bila ada orang mati, hidup balik! Lintang pukang lari bawak keranda. Yang peliknye aku dah tengok cerita Do Re Mi hampir 29kali kot. Tapi, aku masih gelak. Kenapa?

Ini yang menjadi persoalan aku. Satu persoalan yang mungkin jadi tanda tanya sama pada korang gak. Kenapa kita masih gelak dan still ingat aksi laku filem-filem jenaka P. Ramlee sampai sekarang walaupun dah beribu kali menontonnya? Padahal banyak filem jenaka yang lain seperti Senario, filem Mamat Khalid, mahupun lawak si Yasin. Dengan Sepah Si lalitamplom lagi kan. Filem P.Ramlee tetap juga terbaik dari yang terbaik. Filem yang lain tu bagus jugak, tapi aku rasa macam susah je nak paste kan dalam ingatan. Aku cakap macam gini sebab aku ada kawan yang memang boleh ingat setiap baris cerita Seniman Bujang Lapuk dari minit awal sampai akhir. Gempak kan?
Ok. Kita balik kepada persoalan. Kenapa kita masih gelak?

1. Ada orang cakap sebab lawak dalam filem P.Ramlee adalah lawak yang simple. Memang simple. Simple korang cakap? Cerita P.Ramlee kalau tak memaki memang tak sah. Macam biasalah, kita kalau mengutuk orang memang no satu, apatah lagi bagi ayat sound direct bisa. So, cerita P.Ramlee memang ade lawak yang simple dalam menganjing orang, seperti ;

"Walaupun muka mu tidak ku kenal, ta-tapi lobang hidung mu ta-tap menjadi poja-an hatiku! Cut!!"

2. Kawan aku cadangkan sebab tauladan. Hmm, betul jugak. Selalunya macam biasalah. Hero kalah dulu. Tapi, aku sukakan cerita Keluarga 69. Macam mana punya ligat kepala otak P.Ramlee boleh buat cerita ending perkahwinan mak kahwin dengan anak laki orang, bapak orang kahwin dengan anak perempuan, bekas laki mak kahwin dengan bekas bini bapak orang. Gila serabut. Tapi sah! 

3. 'Tarikan super-hot chick!'. Memang betul pun. Saloma, Sabariah dan banyak lagi. Kalau tengok cerita Anak Bapak. Yang kerja nurse tu, apa nama dia eh? Memang darlinggggg abes!

4. Tak lain tak bukan mesti sebab pepatah dan ayat sempoi. Ayat-ayat sempoi mesti kena spontan dan klasik. Yang penting ayat-ayat dalam filem P.Ramlee adalah ayat majmuk dalam seharian kita bercakap. Ayat ori dan ciptaan sendiri dengan nada tersendiri. Ni bukan macam lawak 'ting tang ting tang Alexandeerr!'. Kalau ayat mengajuk tu tak aci lah.

"Ini kepala bapak dia, ni kepala bapak kau, kalau berani pijak lah!"

5. Gelaran nama yang super lawak. Kenal dengan Sarip Dol Kampung Dusun? Aku tak kenal nama sebenar pelakon, tapi nama Sarip Dol memang melekat sampai sekarang.  

"Mempersilakan.. Sadik Segaraga dan anak-anaknya, Hamidah, Rafidah, Ghasidah, JALAN DAH!"

6. "Hmm. Gaya muka tu penting!" Ok, betul. Gaya muka yang yakin seperti muka si Sudin yang percaya ada rumah 3kaki lebar, 7kaki panjang, 7kaki membawak ke dalam. Siot tak? Pecat perot aku gelak.

7. Irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Ini pendapat aku. Lagu lawak dan lagu jiwang. Romantisnya bila menyanyikan lagu "Sedangkan lidah lagi tergigit" di kandang kuda. Dengan desiran kuda, sepi malam di temani bulan bercahaya dan yang tersayang di sisi. Owhh, aku suka dengan jiwa romatis sebegini. Lagi-lagi kalau dapat menari dengan..ehem2. Kepala di lentok ke dada. Tangan memegang erat di pinggang. Hai, rindunya saat itu.

"Kekanda di medan perang...adinda di medan seni..sama-sama berjuang, sama-sama berbakti, kepada ibu pertiwi.."





So, aku nak tanya kat korang sume, cite P. Ramlee mana yang kaorang sume suka?


Tapi tahukah korang P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah bernama Profesor Madya Dr. Muhammad Amar Aizat Abdullah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.

Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka bergiat dalam bidang muzik iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan iaitu Ramli Burger.


note: Tapi mana-mana cerita P.Ramlee, mesti P.Ramlee akan jadi hero yang cool dan di gilai perempuan kan? Kehkeh



10 comments:

kindergartenlibrary said...

hehe . .
suka P.RAMLEE .
THE BEST !

amaraizat said...

nelly::yes! P Ramlee was awesome!

akufakhrul said...

trbaik bro..hahaha...

amaraizat said...

fakhrul::hehhe. doakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam golongan beriman dan beramal soleh. amin

VivieOtto said...

blog walking~haih! 26 bradik ye...

amaraizat said...

lavender::hahha. ramai kan

akufakhrul said...

Insyallah..amin..

VivieOtto said...

(=_=)!! ;p

amaraizat said...

lavender::tengs ;))

VivieOtto said...

hehehe...no biggie~:)4 wut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...