16 February 2011

nak berubah, tak semudah memakan sambal belacan


Zaman sekarang ni kalau kita duduk sembang-sembang, kita akan dapati ramai dikalangan kita ini mahu berubah. Tapi, banyak sangat alasan atau lebih manis jika aku katakan halangan. Antara halangan-halangan yang menduduki carta tertinggi ialah kurangnya ilmu, persekitaran yang tak membina dan paling tersembunyi dalam diri ialah takut orang kata atau diperli. Ye tak?

Memang dah sebati dalam budaya kehidupan masyarakat kita, bila orang nak buat baik je, muncullah kata-kata yang kurang manis akan berbunyi. Tapi kalau buat jahat lagi lah dikeji. Jadi nak buat baik ke buat jahat?




Tenanglah wahai jiwa amaraizat dan kawan-kawan semua. Takut apa nak buat baik? Manusia takkan puas dengan kita. Sedangkan Nabi S.A.W yang sempurna sekali pun sering dikeji oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Inikan kita yang solat pun di akhir waktu dan tak kurang yang meninggalkan solat.

Benarlah kata-kata Imam Al Ghazali, benda yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. Benda yang paling dekat dengan kita pula ialah mati. Jadi, kalau tak berubah sekarang, bila lagi? Siapa tahu dia akan mati bila?

Tenanglah wahai hati amaraizat dan kawan-kawan semua. Kalau nak berubah ingatlah mati, pasti akan dapat terjadi dan bukannya sekadar bermimpi di siang hari. Tak payah la nak ambil kira apa orang nak kata. Ye tak? Kalau difikirkan sangat kata-kata orang yang perli perubahan kita, takkan ke manalah kita.

Ok, fikir camni, kalau kita tak berubah ke arah kebaikan, siapa nanti nak tolong jawab dalam kubur nanti, merekakah? Tidak kan? Jadi mengapa harus takut kepada kata-kata dan perlian mereka.

Tanamkanlah azam untuk berubah. Jika korang lelaki, belajarlah untuk menjadi Imam kepada bakal isteri dan anak-anak. Jika korang ialah wanita, belajarlah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu yang baik buat bakal anak-anak dan suami korang. Laaaaa, rilex la mar, lambat lagi kot nak kahwin. Betul tu, lambat lagi. Tapi benda yang baik bukan mudah untuk dibuat, ia memerlukan masa untuk perubahan. Jadi mulakan dari sekarang.

Kau cakap senang la kan, aku ni budak jahat, macam mana nak jadi baik? Aku dah la perangai macam haram, semua orang tahu tu kot.

Alah ko cite senang la. Aku ni yang menanggung, ko bukan tak tau kawan-kawan aku macam mana. Ko ingat senang macam petik tali gitar terus bunyi ke? susah derr...

Jujur, aku memang bersetuju dengan dialog kat atas tu. kerana itulah realiti kehidupan di zaman  pesbuk dan twitter. Jadi yang penting tanamkan dulu keazaman, mulakan dengan memperbaiki solat. Jika elok solatnya, maka eloklah akhlaknya. Jika terasa lemah, maka bangunlah solat tahajud untuk mencari kekuatan batin dan jiwa.

Akhir kalam, berubahlah ke arah kebaikan, kerana di akhirat nanti, kita yang akan menjawab tentang apa yang kita telah lakukan pada hari ini. Bukannya kawan-kawan kita.


Terima kasih kawan-kawan yang selama ini mengingatkan aku ke arah kebaikan. Aku ingat lagi nasihat kalian, sesusah mana hidup kita, ingatlah masih ada yang lebih sukar daripada kita. Walaupun jatuh macam mana pun kita dalam kehidupan, ingatlah masih ada yg pernah jatuh lebih teruk daripada kita dan syukurlah walaupun kita jatuh dalam kehidupan ini, kita masih diuji oleh Allah kerana ujian itu adalah tanda Allah sayangkan kita dan inginkan kita hambanya yang sentiasa bersyukur kerana hakikat syukur itu adalah kebahagiaan hakiki.

note::selamat berubah, amaraizat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...