08 February 2011
virus selsema
Aku tak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Batuk-batuk yang mulanya bernada manja, akhirnya menjadikan bunyinya serba serak hingga mengokol-ngokol dan terhinggut-ginggut tubuh aku kalau ia menyerang. Ditambah pula dengan perit tekak dan kerongkong, sangat-sangatlah membuat aku jadi tak selesa. Sampai nak menelan air liur pun rasa macam nak menangis saja.
Musim-musim hujan panas hujan panas macam ni, tubuh tua ini memang mudah kalah. Kena air hujan barang setitis dua, sudah dedor badan. Seram sejuk mula terasa. Urat saraf berdenyut-denyut. Mujur setakat ni, demam tidak mengiring sama. Kalau tidak terkapor-kaporlah aku takde daya hendak menahan virus-virus tersebut dari menghinggapi.
Beginilah keadaannya bila tubuh sudah semakin tua dimakan usia. Luar dan dalam jadi rapuh dan tidak bertenaga. Cuma aku tak kecik hati sangat sebab sudah selayaknya tubuh ini merasa yang sedemikian. Kerana usia sudah meningkat senja. Dan lagi, tubuh ini pun sudah tidak segagah dulu. Hahha. ayat macam la aku ni umo 78tahun kan?
Bila tengokkan orang-orang zaman sekarang ni, lagilah aku semakin menggeleng kepala. Zaman sekarang, muda-muda lagi sudah kena sakit itu ini. Darah tinggi, kencing manis, jantung, migrane, stroke dan macam-macam lagi penyakit la.
Perubahan gaya hidup manusia yang serba moden hari ini terlalu pantas hinggakan kita tidak peduli dengan kepentingan tubuh dan juga makanan yang diambil. Belum lagi dikira waktu-waktu makannya. Pendek kata, selagi tekak rasa nak makan, selagi perut boleh tahan, 24 jam pun boleh sapu apa saja. Tak kira siang atau malam.
Betul jugak pesan cik lisa surihani kat aku dulu.
Katanya, menjaga kesihatan ni, bukannya masa kita dah tua je, tapi sejak muda kita jadikan amalam yakni gaya hidup yang sihat. Kalau tidak, nasiblah. Bila dah tua, badan pun sakit-sakit, segala organ dalaman meragam sana sini, itu maknanya sudah terlambat. Ye tak?
Aku setuju sangat dengan pendapatnya. Kalau dah namanya sakit, makan ubat pun belum tentu dapat memulihkan tubuh kepada keadaan asal. Macam enjin dah rosak, godek-godek, overhaul sana sini pun belum tentu boleh sebaik enjin yang asal.
Oleh itu, sayangilah tubuh badan korang. Jagalah ia dengan sebaiknya selain mengisi keperluannya dengan makanan-makanan yang berzat dan penuh nutrisi seimbang. Badan yang sihat akan menjadikan otak dan sekelian tubuh cergas bertenaga.
Jangan besok, korang semua jadi tua sebelum waktunya. Paham tak?
Hidup biar sedap, yihaaa!!!
Adehh.. adehh.. adehh... hmmm... hmm...
Macam nak demam je rasanya... adehh... hmm hmm hmm
note::mana lah cik awek scha alyahya ni? taknak bagi ubat sesema kat aku ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...
hye,cntik r pic gurl kt ats uh??
hahaha..
tp yg slack nyer,awat hngus smpai dok m'leleh uh???
hehehehe...
cian nyerrr...
xpe2...
smoge pat smbuh au,n mkn ubt..
ngeee...
seputih::hahha. thanx!
Post a Comment