23 April 2011

blog baru wajah baru

Assalamualaikum


Sebagai mukadimah, cheq ingin memberikan beberapa guide untuk ampa supaya ampa tak tersesat jalan semasa membaca setiap posting dalam blog ini. Sila jangan teruja kalau ayat-ayat di bawah ini sama seperti anda membaca terma dan syarat untuk menyertai rancangan realiti Maharaja Lawak. I'm Sorry! (buat gaya gedik Amir)

1. Adalah harus diingatkan bahawa blog ini adalah cetusan minda seorang belia yang kebosanan dan sudi berkongsi cerita dan pendapat. Sila jangan label blog ini sebagai diari, sebab membandingkan blog ini dengan diari adalah sesuatu yang sangat keji dan bapok.

2. Pembaca juga perlu dimaklumkan terlebih dahulu bahawa sebarang posting yang ada bukanlah untuk menjatuhkan maruah, menjatuhkan air muka atau menjatuhkan kredibiliti penduduk bumi yang lain. Jika pembaca berasa tersinggung setelah membaca sesuatu entri dalam blog ini, sila tutup komputer. Haha gurau la beb.

3. Sila jangan segan dan malu untuk menambah komen anda.

4. Sila jangan segan dan malu untuk menambah pujian anda.

5. Sila jangan segan dan malu untuk menambah sumpah seranah anda.

6. Tapi kalau nama anda adalah 'Anonymous', sila berasa segan dengan diri sendiri kerana nama itu sangat dibenci oleh persatuan blogger-blogger sedunia. Pergi register la tambi!!

7. Sebarang penambahan posting (update) adalah atas ketentuan penulis dan ketentuan Illahi. Pembaca tidak boleh memaksa penulis untuk meng'update' blog ini dari segi literal, fizikal mahupun mental.

8. Sebarang pendapat di dalam blog ini adalah telus dari hati penulis. Okeylah mungkin sedikit sarkastik. 

9. Penulis juga mempunyai minda kanak-kanak yang sangat ceria. Minda bapak budak yang sangat serius. Juga minda seperti seorang emak yang tak henti-henti membebel. Ada sesetengah cerita di dalam blog ini mungkin tidak berkaitan dengan pembaca dan tidak kelihatan menarik, tapi layan jer la.



10. Sesiapa yang tanya pasal entri-entri sebelum ni, korang punya soalan tu lagi susah dari final exam aku. So, aku malas nak jawab. Ini belog lama. Tapi kita mula dengan entri baru ok.


simbolik permulaan hidup baru
GAMBAU IHSAN PAKCIK GOOGLE


lagendaAMARAIZAT::nantikan entri seterusnya. sekarang aku bizi sket. study nak final
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...