14 January 2011

facebook tak ditutup! baca betul-betul


sumber : baca ini

Sekarang ni heboh sana-sini tentang penutupan Facebook. Kalau tak silap, tahun lepas pun aku ade dengar gak tentang Facebook ni nak ditutup pada 15 Mac 2010? Tapi boleh je guna sampai sekarang? Bila masuk 2011 ni pulak, cite yang sama lagi? Masuk 2012 nanti pun akan ada berita macam ni jugak ke? Facebook akan ditutup 15 Mac 2012 lagi? keh keh


Sebuah laman web, Weekly World News (WWN) telah menulis sebuah laporan mengenai penutupan Facebook pada 15hb Mac 2011 nanti. Mark Zuckerberg mengatakan beliau amat tertekan mengurus Facebook dan mahukan kehidupan seperti dahulu (sebelum sibuk).

Pesbuk tidak akan ditutup begitu sahaja pada fikiran aku sebab:

1. Takde pon ape-ape pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.

2. Pesbuk bukan hanya milik Mark je. Dia ada kawan-kawan sama-sama meniaga dan juga pelabur. Untuk menutup perniagaan pesbuk ni, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark je.

3. Kalau la Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup pesbuk. Cukup hanya menarik diri dari Facebook. Dia akan tetap mempunyai share walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD. Duit dah banyak. Dok goyang kaki kat umah la tengok tv sambil makan cekodok bawang.

4. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Takkan la bisnes ini ditutup begitu sahaja. Dah gila ke agaknya.

5. Pesbuk dah membesarkan pengaruh diorang ke seluruh dunia. Buktinya, sekarang ni kebanyakan website menggunakan pesbuk sebagai alternatif untuk login. Sebagai contoh, jika korang tak de akaun Youtube, boleh login je pakai FB kan. So, cuba fikir balik apa jadi kalau pesbuk ditutup??

Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi.


Korang cuba tengok ni kalau tak percaya lagi




Dan cuba korang bayangkan bila pesbuk ditutup


note:: Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiada kredibiliti. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...