20 January 2011

indahnya islam!



Kita bangga dengan Islam, sebab itu kita sebarkannya, agar orang lain turut merasa. Ye tak?

Bila kita mengajak kepada kebaikan, kadangkala kita akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:

“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”

“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”

“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”

“Kau dah sempurna sangat ke?”

Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat kita yang nak mengajak kepada Allah SWT. 

Kadang-kadang banyak alasan yang akan diberikan seperti belum cukup sedia la, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.

Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu? Tak kan? So hari ni aku nak bagi tazkirah jumaat sikit la. Bukan hendak mengajar, tapi mengingatkan kepada kita sesama Islam. Ye tak?

Ok mula. Dan kita kena ingat apa perkaitan ketika kita dilahirkan dan ketika diambang kematian:
  • Ketika dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kita. Ketika meninggal dunia pulak, kita akan disolatkan tanpa azan.
  • Ketika dilahirkan, kita tak tau sapa yang mengeluarkan kita dari perut ibu kita. Ye tak? Mana la kita tau kan. Yang kita tau die tu doktor. Ketika mati, kita tak tau sapa mengusung kita ke kubur.
  • Ketika dilahirkan, kita dimandikan dan dibersihkan. Ketika mati, kita juga dimandikan dan dibersihkan.
  • Ketika dilahirkan kedua ibubapa kita dan sudara-mara bergembira. Ketika mati, kita ditangisi kedua ibubapa dan sanak-saudara.
  • Kita dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kita kepada tanah.
  • Ketika dalam perut ibu kita berada dalam tempat yang sempit dan gelap. Ketika mati, kita juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.
  • Ketika dilahirkan, kita ditutupi kain supaya aurat ditutupi. Ketika mati, kita dikafan dengan kain supaya aurat tertutup.
  • Ketika dilahirkan, kelahiran kita dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran. Ketika mati, kita tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.


Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan. Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringatan. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. 

Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT. Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.

Jangan lengah, jangan lewat-lewat.

Bergeraklah.

Bersegeralah.

Tidak perlu menanti sempurna.

Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.

note::islam itu indah


4 comments:

syirakhalid said...

nice one. tq:)

dotdotsekian said...

wah..lagu aris ariwatan..best2..haha

amaraizat said...

kak oshin::hehe. tengs kak

amaraizat said...

dotdotsekian::iyup. suke ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...