14 October 2011

ya, kami bakal bakal engineer. amin

dulu-dulu kalau cikgu tanya kat sekolah pasal cita-cita jawapan guwa ringkas je, penjual aiskrim. kenapa? sebab guwa suka sangat makan aiskrim time tu. sampaikan guwa berangan satu hari nanti guwa nak bukak bisnes aiskrim ni sampai kat planet marikh. celaka. apa punya cita cita la. yela, dulu guwa penah dengar yang penduduk bumi akan dipindahkan ke marikh tidak lama lagi. sampai sekarang guwa masih bertapak kat bumi yang hijau ni lagi.


ok, berbalik kepada cerita asal, guwa tak pernah pon mimpikan nak bergelumang dalam bidang kejuruteraan ni sebenarnya. sebab guwa sendiri tak paham apa yan engineer buat. iye la, masa tu belum baligh lagi. anu pon belum potong lagi bhai!


ya, dan sekarang baru guwa memahami apa sebenarnya tugas engineer ini. even belum tinggi mana pon guwa belajar pasal engineering ni, tapi guwa dah menggenggam segulung diploma dan InsyaAllah jika diizinkanNya, segenggam ijazah akan menyusul. jadi kalau lu orang tau, apa sebenarnya sumbangan engineer ini sebenarnya dalam hidup kita. boleh bayangkan tak? boleh tak?


cuba lu orang bayangkan kalau engineer takde kat dunia ini? kebanyakan daripada kita tak menyedari kepentingan engineer sebab derang kadang-kadang berfikir kejuruteraan ini adalah satu yang kompleks, engineer bina satu benda itu kerana untuk kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu sahaja. tetapi sesuatu yang kompleks dan bersifat peribadi itulah yang diperlukan semua orang. kerana engineer tetap manusia biasa. 


kat bawah ini adalah kartun humor yang menggambarkan jika tiada engineer di dunia ini. jom tengok




DUNIA TANPA JURUTERA KOMPUTER



DUNIA TANPA JURUTERA AERONAUTIK



DUNIA TANPA JURUTERA ELEKTRONIK



DUNIA TANPA JURUTERA AUTOMOTIF




DUNIA TANPA JURUTERA AWAM



DUNIA TANPA JURUTERA TELEKOMUNIKASI


DUNIA TANPA JURUTERA ELEKTRIK


ha, mcm mana? payah kan kalau engineer tak wujud kat dunia ni. so, hargailah engineer dan bakal bakal engineer yang ada disekeliling anda itu. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...ok, itu mengarut. bai




p/s: kalau takde civil enginner, takde nye klcc. keh keh keh


p/s/s: picture credit to "the world wihout engineer"



1 comment:

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

pensyarah aku cakap, engineer ni kesian.keje teruk.tapi 'kerja' kita org tak nampak.orang yang bukan engineering juz tau bnde tu dah siap...huhu..


*wakil dak mekanikal.. (^__^)v -peace-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...