16 November 2011

there is no perfect father. but a father will always love perfectly

video


assalamualaikum dan salam sejahtera

guwa sekarang tengah mood exam midterm. disamping itu, esok adalah hari yang amat bersejarah buat guwa sekeluarga. iaitu, hari lahir incik ayah guwa. jadi dengan itu guwa mengambil kesempatan untuk merakamkan video ini khas untuk ayah, incik abdullah yang berada jauh di melaka kerana menyambut hari lahirnya yang ke 52 esok (khamis, 17nov). 

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ayah! fuh! fuh! fuh! tiup lilin haaaa. terima kasih ayah. terima kasih kerana mendidik, menjaga, mengasuh saya..

jika saya katakan yang saya lebih menyayangi lelaki bijak dari lelaki hensem, ayah adalah contoh terbaik. tapi itu tak bermakna ayah tak hensem. hensem! like father like son la. keh keh.

kamu bijak dan adakalanya kamu comel
kamu garang dan pada masa yang lain, penyayang
kamu mungkin tegas, tapi masa pada yang sama kamu kelakar
kamu suka marah marah, tapi ada masa kamu menyanyi

ha! ha! ha! kamu memang best la!

mungkin kita pernah berselisih pendapat
mungkin saya pernah meninggi suara
mungkin kamu ada ceritakan perihal baik buruk saya
mungkin kita pernah tak bertegur

tapi saya tetap sayang kamu, ayah
siapa dapat tidakkan kamu, ayah?

apa yang saya buat kat sini, semuanya ada kamu
khabar gembira disini, saya beritahu kamu
jatuh tersungkur saya disini, saya diamkan. maaf
tapi itu tak bermaksud saya tidak ingatkan kamu
kekuatan saya disini, cuma tinggal kekuatan pada kamu
biarpun ayah jauh

Ya Rabbana
Hindarkanlah ayahku daripada sebarang
kepayahan yang merungsingkan
dan pemikiran yang membingungkan

Ya Allah
Panjangkanlah umurnya dalam keimanan
sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan
juga berikan dia kesenangan harta benda
yang penuh dengan keberkatan

Ya Rabbul Izati
Ampunkanlah segala kesalahannya
dan terimalah segala kebaikannya
dan rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat

Ya Allah
Ampunkanlah bagiku segala dosaku
dan juga dosa kedua ibu bapaku dan
kasihanilah mereka keduanya sebagaimana
mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil.

anyway! the point is Selamat Hari Lahir ayah!
semoga panjang umur, murah rezeki,
sihat tubuh badan dan juga bahagia sentiasa
bersama kami sekeluarga.

terima kasih kerana menjadi lelaki hebat kepada kami Isteri dan Anak-anakmu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...