06 December 2011

lelaki pun tau merajuk


jangan ingat perempuan je yang kuat merajuk. lelaki pun ade gak yang merajuk. tapi kalau ang pandai, apakah tanda-tanda lelaki tu merajuk? pikir cepat

.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah pikir dah? pikir lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

blank lagi? huh. baru nak belanja mekdi sapa dapat jawab. ok takpe, meh sini guwa nak tunjuk. 

sebelum guwa bercerita dengan panjang lebar, izinkan guwa menggunakan kata ganti nama bagi memudahkan anda semua faham akan apa yang ingin guwa sampaikan. guwa akan menggunakan frasa Leman sebagai lelaki dan Latipah sebagai wanita. harap anda semua faham la. antara tanda-tanda seorang Leman (lelaki) kalau merajuk kepada Latipah (wanita) ialah:


diam seribu bahasa
guwa tak tau la ada berapa banyak bahasa dalam dunia ni. tapi yang pasti setiap istilah mesti guna seribu bahasa jugak. kenapa? pikirlah sendiri. guwa malas nak cite panjang-panjang. ok, Leman akan diam je sepanjang ada dengan Latipah. walaupun Latipah bercakap dengannya, Leman hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Leman sikit pun tak akan layan Latipah seperti sebelum ini. jika benda ini berlaku, sah lah tu si Leman merajuk dengan anda, si Latipah.

buat tak tahu
Leman akan buat tak tahu dengan Latipah. kalau Latipah minta tolong seperti kemaskan meja ke, Leman akan buat acuh tak acuh je. paling teruk, Leman buat-buat tak dengar . ini cara protes yang paling teruk sebab si Leman bukan je buat si Latipah geram tapi buat seolah-olah si Latipah ni tak wujud.

menolak untuk makan bersama
bila Leman merajuk biasanya dia tak nak jumpa Latipah atau face to face dengan si Latipah. dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji Leman, Latipah dok je bersila depan Leman, sambil makan. tgk telan air liur ke tak si Leman tu)

masam muka
tindakan yang ni ialah tindakan yang paling si Latipah geram. dah lah tak nak cakap ngan Latipah, dah tu nak tarik-tarik muka pulak. tak puas hati la konon. tapi adat la kalau orang dah merajuk. Latipah pun lebih kurang je. dia punya masam muka lagi la, boleh buat gantung hanger kat muncung tu.

baca surat khabar
bab ni memang tabiat Leman. tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa Leman tak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri Leman. lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

menonton tibi sampai tengah malam
Leman akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Latipah kena la peka beb!

keluar rumah tanpa beritahu
Leman tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Latipah jangan paksa Leman untuk menjawab pertanyaan ang, kerana confirm Leman akan buat dek je!

matikan hanset
Leman tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. untuk mengelakkan Latipah mengganggu Leman, Leman akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. alasan Leman satu je, dia tak mahu dengar suara Latipah takut perasan marahnya lagi kuat. alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

hisap rokok
macam tak pernah dapat rokok setahun. keh keh keh



p/s : kepada wanita, cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. lelaki ni perlukan belaian seorang wanita (yang dah kawen je). ingat tu.

1 comment:

Rosmadiana said...

lelaki merajuk lagi buruk tau,,,huhuhu nasib baik pandai memujuk..tapi ble da kne pjuk, lain kali kerap la merajuknya,,,^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...