14 April 2012

malaysia : tak kenal maka tak cinta



siapa cakap duduk malaysia tak best? mai sini guwa nak kasi pelempang jepun namblas kali. orang malaysia memang best. angpa pi la ceruk mana dalam dunia nih, takkan ada punya perangai macam kita orang Malaysia.. tak kira bangsa, budaya, agama, warna kulit, bahasa, semua sama. 

pada kesempatan ini, sebabkan guwa takde mende sangat dah nak tulis, lepas puas dah guwa perah-perah idea nak hupdate belog. ini je jalan terakhir yang guwa mampu sampaikan untuk angpa suma. eh ingat senang ke nak hupdate belog? kalau di bagi pilihan antara hupdate belog dengan lari keliling stadium bukit jalil doploh satu kali, guwa rela keliling stadium sana. keh keh keh

baiklah yang pertama kita cerita pasal sarapan pagi. kalau ikut pakar pemakanan, pagi-pagi kita mesti ngadap karbohidrat, gula, dan protein untuk tenaga sepanjang hari. dan selalunya derang akan cadangkan cereal la, pancakes, sausage and omelette la. tapi, ade kita kesah?? kalau angpa perasan, apa beza sarapan pagi dengan makan tengahari, tea break, dan dinner?? TAK! TAKDE BEZA. haha.. yang pasti setiap hidangan akan ada nasi lemak, roti canai, karipap, teh tarik, mihun, nasi goreng, capati, tosai. sume mende ni kita makan tak kira time pun. jadi, lain kali kalau nak pikir untuk sarapan tak payah nak poyo-poyo la cakap makan koko krunch la, sandwich cheese with macaron la. tak payah la. kita tekak malaysia. 

yang kedua pasal rokok. andaikata ada anugerah pasal kempen paling popular dalam malaysia, mesti dapat kat kempen anti merokok. tapi buat la kempen apa sekalipun, letak la lisa surihani, rosnah mat aris sebagai model, keluarkan fatwa banyak mana pun, takde sape amik port. tabiat biasa bagi orang malaysia bila sebut rokok, lepas makan, wajib ada rokok kat mulut. time masuk tandas, wajib ada rokok kat mulut! time buat kerja, wajib ada rokok kat mulut. time tunggu bas, wajib ada rokok. tapi, bila amik gambar, time nampak awek, time mak mentua lalu, time bapak lalu depan mata, pandai pulak buang rokok tu. kahahaha. gentleman la sket.

apakah buah yang sedap baunya? apakah buah yang digelar raja buah? apakah buah yang luarnya berduri? apakah buah yang kita tak petik tapi tunggu dia gugur? haaaaaa jawab la cepat. takkan tak dapat teka lagi? bukan men banyak klu lagi guwa kasi. haha. ok, durian! terus terang cakap, dalam dunia ni, takde manusia lain yang makan durian macam kita. datang musim durian, pehhhhh berderet kete tepi jalan.. tapi selalunya, yang beratur nih mesti mercedes, bmw, and dan yang sama waktu dengannya.. tapi yang naik moto honda cup, saga, kancil mesti bawak balik umah. kenapa eh?

seterusnya bercerita pasal haram dan halal. yang nih kontroversi ckit. untuk orang melayu kita, kalau derang pi club, pub, pegang tangan lelaki pempuan boleh. tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi.. haram.. (sambil si lelaki memeluk pempuan)" hoi, dialog apa yang kau sampaikan ni?

nasi. ya nasi. uniknya orang malaysia nih adalah pada makanan ruji kita: nasi.. cina, india, melayu, kadazan, dusun, iban, dayak, melanau, orang asli, portugis, baba nyonya, siam, sebut je semua makan nasi! termasuklah mereka yang melayu konon pakailah gaun labuh macam nak amik award abpbh, rambut blond, hijau biru ungu, mulut berterabur cakap omputih, tapi kat tgn tetap nasi gak. sapa tak makan nasi, angpa bukan manusia malaysia ya. mungkin angpa sesat dari afrika ni.

lastly is about over-generalise. yang ni paling dekat sekali dengan semua orang; tak kira apa produk sekalipun, mesti ada satu bentuk identiti: beli mee cintan panggil maggi, beli ubat gigi safi panggil colgate, beli whisper panggil kotex, beli pepsi panggil coke, beli uphamol panggil panadol, beli twisties panggil cheekadis, beli drumstick panggil cornetto. apa lagi?

best kan jadi orang Malaysia.

p/s: kita sentiasa mempunyai cara kita sendiri dalam menghargai kehidupan kita

3 comments:

IeysHa said...

Bace entry ni pastu ade background music...best2.. ^_^

seedGhani said...

seterusnya bercerita pasal haram dan halal. yang nih kontroversi ckit. untuk orang melayu kita, kalau derang pi club, pub, pegang tangan lelaki pempuan boleh. tapi bila letak babi depan mata: "sorry, kami tak makan babi.. haram.. (sambil si lelaki memeluk pempuan)" hoi, dialog apa yang kau sampaikan ni?


double thumbs upppp!

Awie Omar said...

Salam. Terima kasih sebab sudi follow blog aku. Dengan senang hati juga telah
follow blog anda. Sebenarnya nak pelawa anda sertai NEXT TOP BLOGGER untuk
musim ke 2. Musim 1 dah habis. Boleh tengok kat blog dalam segmen NEXT TOP
BLOGGER. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan
saja di ruang komen entri anda di sini (aku akan tengok balik) atau komen saja
di blog. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa.
Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda
sebelum 23/4/12 maka aku anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima
kasih kerana sudi habiskan baca mesej ini.http://awieomar.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...