27 November 2010

episod gembira dan duka di GUANGZHOU


GUANGZHOU: EDISI SUKAN ASIA 2010

Salam sejahtera semua! Semoga korang semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Hari ini sukan Asia yang berlansung di Guangzhou akan melabuhkan tirainya, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh kontinjen Malaysia dalam edisi pada kali ini.
Jika sebelum ini kontinjen negara kita telah mencapai sasaran pingat emas di New Delhi dalam sukan komanwel, semalam kontinjen Malaysia akhirnya berjaya mencapai juga sasaran pingat yang telah disasarkan iaitu 9 pingat emas. Pingat emas ke-9 yang telah dimenangi oleh kontinjen Malaysia adalah melalui sukan skuasy dalam acara berpasukan wanita yang diketuai oleh ratu skuasy negara, Dato’ Nicol Ann David.
Aku dah mengikuti Sukan Asia Guangzhou ini sejak dari awal pertengahan temasya lagi, banyak perubahan ketara yang aku dapat lihat. Sudah pastinya banyak kejayaan yang tidak diduga yang telah dicapai, terutamanya pasukan hoki lelaki Malaysia yang pada mulanya tidak mensasarkan sebarang pingat. Tetapi telah terbukti apabila, mereka berjaya mencipta sejarah yang tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final sukan Asia buat pertama kalinya dalam sejarah penyertaan.
Tetapi terus terang aku cakap, aku agak terkilan dengan aksi di pentas final apabila pasukan hoki kita tunduk kepada pasukan Pakistan 2-0. Memang tidak dinafikan, Pakistan mempunyai reputasi tersendiri dalam sukan hoki yang telah memenangi 7 emas dalam sejarah sukan Asia dan mereka telah berjaya mendapatkan emas yang ke-8 aritu.
Apa-apa pun, aku tetap berbangga dengan aksi pasukan hoki kita. Semoga mereka akan lebih sukses di masa yang akan datang dan mengembalikan reputasi pasukan yang digeruni sebelum ini. Tahniah daripada aku buat kontinjen Malaysia yang telah mecapai sasaran 9 emas di sukan Asia pada kali ini, semoga kontinjen Malaysia akan terus berjaya di masa yang akan datang. Malaysia Boleh!

GUANGZHOU: EDISI UMI AZLIM 2007


Gadis ini mengejutkan negara kerana berita penangkapannya dan didapati bersalah serta dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou.
Bagaimanapun, lulusan Ijazah Sains Biologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman itu yang kini ditukar kepada penjara seumur hidup. Umi Azlim yang baharu empat bulan menamatkan pengajiannya ketika itu bagai membuka mata rakyat Malaysia mengenai kemelut penipuan ini. Apa yang menimpa dirinya wajar dijadikan iktibar kepada kita semua, tidak kira sebagai seorang individu, anak ataupun ibu bapa. Simpati dan doa kepadanya dan juga insan lain yang teraniaya agar mendapat pengampunan dan pembebasan.


Sejak terpenjara, banyak perkara yang berlaku pada keluarga Umi Azlim di dunia luar. Sebagai anak sulung, tiga tahun berlalu, adik-adiknya semakin dewasa dan ujian seterusnya mendatang lagi apabila ibunya meninggal dunia.


Umi Azlim mungkin sama sahaja dengan gadis lain yang menamatkan pelajaran di universiti, mahu segera bekerja dan kemudian membantu keluarga di kampung. Niatnya murni namun langkahnya kecundang hanya kerana dia bersangka baik. 


Kalau korang ikuti perkembangan cerita Umi Azlim ni tahun ini adalah tahun ketiga Umi Azlim berada kat sana. Namun, Umi tabah melalui dugaan itu dan dia sempat memberikan pesanan kepada rakyat Malaysia melalui Konsulat Jeneral Malaysia kat sana.


Pesanannya kepada rakyat Malaysia terutama remaja dan gadis muda supaya berhati-hati dengan orang asing terutama dari Afrika, jangan mudah terpedaya dengan kata manis dan pujukan mereka. "Dia juga menasihati remaja lain supaya sentiasa mempunyai iman yang kuat kerana iman yang kuat dapat membantu kita daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak mendatangkan faedah terhadap diri sendiri," kata Umi Azlim.

Difahamkan kedua ibubapa Umi Azlim sudah pun merayu untuk mendapatkan pengurangan jumlah hukuman kepada Umi dan saya berharap mendapat ihsan daripada kerajaan China. Mereka juga menasihati remaja supaya sentiasa berhati-hati walaupun dengan kawan baik sendiri. Jadikan kejadian yang berlaku sebagai iktibar supaya diri tidak menjadi mangsa seterusnya.

Kesimpulannya, terdapat satu episod suka dan satu episod duka yang berada di Guangzhou. Kepada kontijen Malaysia, tahniah dan syabas aku ucapkan. Manakala kepada keluarga Umi Azlim banyakkan berdoa kepada Allah kerana ingatlah Allah S.W.T sentiasa ada untuk membantu kita

note::setiap masalah yang datang pasti ada penyelesaiannya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...