11 November 2010

kehidupan lelaki dan minyak wangi

Korang perlu pilih minyak wangi sesuai yang dapat menyerlahkan diri korang semua walaupun muka tak hensem macam aaron aziz. Tak kira la minyak wangi tu jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi. Kalau dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, kita ni lelaki zaman moden, zaman millenium, zaman 2020, zaman 1 malaysia(tipu) semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.




Sesuai dengan imej maskulin (bukan azlan maskulin yang aku maksudkan) dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkitkan pesona dan tarikan maskulin. (maklumat dari buku sains darjah 4). Kalau wanita pulak lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki. 


Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin. Sumber boleh dipercayai ini diperolehi dari wikipedia.


Pemilihan haruman yang sesuai bagi korang dapat la menonjolkan karektor diri, sama ada korang ni romantik ke periang ke tegas ke dan yang sama waktu dengannya. Minyak wangi memfokuskan ciri-ciri individu dan karektor seseorang. Tidak saja menarik dari segi rekaan botol, setiap jenama minyak wangi memiliki identiti tersendiri.

Lelaki juga suka haruman yang dapat bertahan lama. “Misalnya, lelaki Melayu macam aku lebih cenderung mengenakan minyak wangi yang mampu memberi kesan haruman lebih kuat serta tahan lebih lama. “Dari segi jenama yang terdapat dipasaran, minyak wangi Sean John paling mencuri tumpuan kerana lebih bercirikan maskulin berbanding DKNY Men yang lebih kepada unsur buah-buahan,”. Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.


Tip pilih minyak wangi ideal

1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

2. Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.

3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Korang dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.


antara jenama minyak wangi yang menjadi
pujaan hatiku...


Acqua Di Gio - Giorgio Armani 

 Safari - Ralph Lauren


 Dark Blue - Hugo Boss


 Cool Water (M) - Davidoff


Dunhill Desire (M) - Dunhill


so, pandai-pandai la pilih minyak wangi yang sesuai dengan diri korang.


note::alah membeli, menang memakai.kehkeh


2 comments:

syirakhalid said...

♥♥♥i heart BVLGARI♥♥♥

amaraizat said...

syira::I LUV LISA SURIHANI.kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...