So let's begin the lesson.
1. PAHPALEH
Perkataan tu bunyi macam kelakar je kan? Walaupun kelakar, jgn nak pandai-pandai gelak. Aku ketuk sorang-sorang nanti. Pahpaleh ni biasanya digunakan untuk menggambarkan sesuatu yg terlampau. Sebagai contoh:
- Awok dapat markah penuh? Pahpaleh, hebat betol awok yek.
- Pahpaleh, lawo betol bini awok yek.
- Pramugara yang pahpaleh.
2. RODONG (GHODONG)
Rodong membawa maksud kawan atau member atau sahabat. Perkataan ini jarang digunakan memandangkan x ramai yg tahu maksudnya. Even orang Pahang pun banyak yg xtau. Mujurlah aku ade ramai member-member yang dok Pahang, dapat la blaja pe maksud rodong ni. Contoh ayat:
- Mane rodong awok hok datang rumoh ari tu?
- Mat gi bando ngan rodong die tadi.
3. KETNYE
Perkataan yg menjadikan loghat Pahang ni unik. Ketnye bermaksud tetapi. Cuba korang semua tengok loghat negeri-negeri lain, ada ke perkataan yg bermaksud tetapi melainkan tetapi itu sendiri? Xde kan? Sebab tu la perkataan ni unik. Contoh ayat:
- Koi nok gi bando ketnye koi xde rodong nok teman koi. (Koi di sini bermaksud saya. Juga boleh digantikan dgn kome, kawan, atau keh bergantung kepada daerah di mana ayat dituturkan.))
- Belajo tinggi ketnye bodo nok mampos.
Tu je la yg aku nak ketengahkan buat masa ni. Jika ada pertanyaan bley tanya aku ataupun Rashdan Mansor . Sekian. Selamat mencuba.
note::best hak merantau kat negeri oghang. boleh belajar macam-macam
No comments:
Post a Comment