10 November 2010

KEJAYAAN hari ini bermula dari KEGAGALAN semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera (bukan salam satu Malaysia ye)
Nabi Muhammad s.a.w. ada menyebut dalam hadis yang bermaksud:
Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. (Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya Bin Jabir).

Baiklah, aku yakin korang pernah baca hadis tersebut. Bagaimana dengan kita hari ini? Lebih baik atau sebaliknya? Sama juga, Saidina Abu Bakar al-Siddiq sentiasa berkata sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya. Jadi, percakapan seharian kita biarlah yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada yang mendengarnya. Termasuklah apa yang kita tulis sama ada dalam blog ke, sms ke, email ke, diari dan yang sama waktu dengannya. Biarlah yang membawa manfaat, bukan fitnah, mengutuk, mengata dan yang bukan-bukan. Adeh, buang masa la kalau tulis dan komen yang bukan-bukan. Membazir masa korang je. Berdosa pula tu. 

Cehhh, tapi apa yang aku tulis selama ini dalam blog lagenda AMARAIZAT ni, tak pernah memfitnah atau teori semata-mata. Ingat, apa yang aku tulis adalah berdasarkan PENGALAMAN SEBENAR dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Bukan OMONG KOSONG atau TEORI SEMATA-MATA. Realitinya, aku kurang bercakap tak tentu pasal, tapi aku ada idea bersama tindakan. Ok, itu tipu. keh keh. Aku kurang gemar orang yang cakap dan komen banyak dan entah apa-apa tetapi tak ada faedah apa-apa pun bila aku dengar atau baca. Aku taipkan kisah-kisah di blog untuk berkongsi dengan yang sudi membaca. (TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBACA SELAMA INI). Mungkin boleh dijadikan pengajaran dan panduan. Itulah tujuan aku. Kerana Allah. Kerana agama Islam, kerana orang Melayu, sebab tu blog ni dalam Bahasa Melayu.
Tolonglah jangan bandingkan bangsa kita dengan bangsa lain macam bangsa Cina dan yang sama wilayah dengannya. Ya, ya bangsa Cina rajin, kaya dan macam-macam lagi pujian untuk mereka. Eh, aku bukan anti bangsa Cina, tapi bangsa kita apa kurangnya, ramai yang berjaya jadi jutawan macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Hamdan Mohamad, Tan Sri Rozali Ismail, ada yang jadi motivator terkenal, chef terkenal di arena antarbangsa macam Chef Wan dan berjaya sampai ke angkasa lepas macam Dr Sheikh Muszaphar Shukor! Lihat, mereka dah jutawan, dah terkenal, banyak manfaat, jadi idola, jadi inspirasi, kita pulak? Apa sumbangan kita kepada manusia lain? Ha, fikir-fikirkanlah. Kalau ada sumbangan korang, TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH. Marilah, yakin dengan bangsa kita sendiri, kalau bukan orang Melayu siapa lagi nak puji bangsa Melayu ni.
Apa, bangsa melayu malas? Miskin? Jangan salahkan bangsa, jangan salahkan keturunan, jangan salahkan agama! Mari lihat apa PUNCA SEMPIT PINTU REZEKI. Ini adalah faktor-faktor yang disenaraikan oleh Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sebagai panduan kita:
1. meninggalkan solat
2. derhaka kepada Allah s.w.t.
3. derhaka kepada ibu bapa
4. membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan
5. memutuskan hubungan kekeluargaan
6. enggan bayar zakat
7. enggan bayar hutang
8. melakukan zina, homoseksual, lesbian
9. makan harta riba
10. makan harta anak yatim
11. hati kotor
12. sering berdusta
13. memberi dan menerima rasuah
14. riyak (menunjuk-nunjuk)
15. rahsiakan ilmu dari orang lain
16. khianat terhadap orang lain
17. ungkit-ungkit pemberian
18. suka selidik rahsia orang
19. sebar fitnah
20. cuai ketika buang air kecil seperti kencing berdiri atau tidak istibra’
21. kurang berdoa
Jadi bagaimana? Cuba diam sekejap dan kaji faktor-faktor di atas, ada tak pada diri kita? Mudah-mudahan korang atau aku sendiri bukan dalam kategori 1 hingga 21 tu. Muhasabah lah diri setiap hari dan perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik berbanding semalam dan terbuka luas pintu rezeki kita. Insyaallah. Jangan salahkan orang kalau rezeki sempit. Jangan salahkan pemerintah kalau susah nak bisnes. Jangan asyik bercakap dan merungut tetapi tiada tindakan. Jangan biasakan suka condemn orang, nanti terkena diri sendiri. Orang lain jadi hero, kita yang zero. Walau apapun, aku dah kongsikan dalam tulisan ini, semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian.
antara tokoh yang aku kagumi. korang kenal tak? kalau tak kenal, pandai-pandai la google sendiri cari profile diorang                                    













note::dikesempatan ni, aku nk ucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan yang berjaya melanjutkan pelajaran di UTHM. 

3 comments:

azwa amani said...

bgus entry nie.mengingtkan diri amani..ermmm..ayah amani further stdy kat uthm..adoii..rindu ayah

amaraizat said...

azwa::ohhh. hehe. selamat berstudy ye pada azwa dan ayahnya

amaraizat said...

wan::hahahha. siot je bersangka buruk an. aku pon igt nk letak, tapi mesti kene kritikan pedas dari para peminat nnt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...