02 December 2010

pernahkan kita sedar?

di sebalik segala perbuatan kita semasa mengambil air sembahyang, sedarkah kita terdapat penjelasan disebaliknya..mari kita renung-renungkan hikmah disebalik perbuatan yang kita telah buat hari-hari selama ini..renung-renungkan dan selamat beramal..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"..
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda2 yang tak berfaedah..


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"..
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri2..


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab2 ku ditangan kanan ku ini"..
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab2 nya di tangan kanan..


4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab2 ku di tangan kiri ku ini"..
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab2 nya di tangan kiri ..


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan," Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"..
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala..


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll..


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"..
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat2 maksiat"..
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah..




Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri..

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?..

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?..

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?..



note::bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang ISLAM


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...